Assalamualaikum,

Ayam hari ni dah umur 32 dan 28 hari. Wah... Pantasnya masa berlalu. Hari Jumaat minggu depan akan keluar ayam kalau tak dak aral melintang... Di EP07 masa timbang hari tu umur 28 hari, jantan berat 1454g dan betina 1318g. Not bad. Berdasarkan rekod2 sy sebelum ni... Dengan berat macam ni pada umur 28 hari, tanda2 utk dapat RM1 ke atas tu ada la...

Seminggu yg lepas, sy pusing ke sana ke sini.. Meneruskan perjuangan sy mencari tanah utk nak buat tapak reban ayam yg baru. Smlm ada sorang pak cik yg sy panggil Pak Su di Bandar Bharu call sy... Ada tanah bagus sesuai utk ayam kat sana.. Sy pun terus gerak ke sana... Lepas sy pi tgk, rupa2nya tanah tu duduk kat dalam. Dan nak kena lalu tanah org lain dulu.. Baru sampai ke tanah tu.. Sebab nak kena lalu tanah org, sy pun tak berkenan la.. Sebab ada beberapa kes yg mana kawan2 buat reban dan kena lalu tanah org, bila siap aja reban.. Terus tuan tanah depan tak bagi lalu... Macam2 alasan dia bagi. Dan terus dia kata kalau nak lalu jugak... Bayar RM1000 sebulan.. Perghh.. tersedak gak... Nak buat macam mana.. Ni la akibatnya kalau buat reban kena lalu tanah org.. Mula2 org buat tak tau, tapi bila dah siap.. Dia demand...

Rasanya ok lah kot buat masa ni.. That's all..

Wassalam

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top