Potret Kejayaan - aL-iKhsaN

Assalamualaikum,

Just to share with you... kisaha seorang usahawan muda yg berjaya.. Sy ambil artikel ni dari surat khabar KOSMO.... Menarik, and I want to share with you... Harap satu hari nanti sy pun boleh jadi macam ni... Aminnn...

Oleh SHAWKATH AZDEshawkath.azde@kosmo.com.my

Pada usia 11 tahun lagi, Ali Hassan sudah berjinak-jinak dalam bidang perniagaan menjual aiskrim yang dibuat ibunya. Hari ini, kesungguhannya dalam bidang perniagaan berbayar dengan sebuah empayar bernama aL-ikhsaN.

BAKAL menyambut hari ulang tahun ke-39 tahun lima hari lagi, lelaki yang masih muda ini bukan calang-calang ahli perniagaan.

Memupuk minat bisnes sejak kecil dengan prinsip hidup yang kuat berpegang kepada ajaran Islam, hari ini sebanyak 59 buah butik aL-ikhsaN di seluruh negara wujud dan menjadi bukti sebuah empayar perniagaan hebat miliknya.

Beliau adalah Ali Hassan Mohd. Hassan, pemilik rangkaian al-ikhsaN yang berkembang maju dalam tempoh 14 tahun.

Rangkaian kedai aL-ikhsaN bukan asing lagi dalam kalangan anak muda hari ini yang menggemari produk sukan berjenama popular seperti Nike, Adidas, Puma, Reebok, Umbro, Lotto dan Diadora pada harga yang murah.

Kejayaan mengembangkan kedai aL-ikhsaN sekali gus menghakis kritikan bahawa usahawan Melayu sering gagal dalam perniagaan serta menepis stereotaip bahawa orang Melayu sebagai malas dan layu.

Mercu tanda kejayaan empayar al-ikhsaN di seluruh negara sebenarnya bermula dengan urusan jual beli baju sukan berasaskan modal kecil dengan kelompok pelanggan yang tidak besar.
Ali Hassan menceritakan produknya pada masa itu hanya dijual kepada rakan-rakan dan pensyarah beliau sewaktu menuntut di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor.

"Masa menuntut di universiti dulu, saya akan beli satu dan jual satu. Ketika itu, jualan kecil dan modal juga kecil. Jualan dibuat kepada rakan-rakan satu universiti dan juga pensyarah saya.
"Sewaktu di UTM, saya juga bekerja sambilan sebagai penghantar piza untuk menampung perbelanjaan pengajian dan sara hidup," katanya yang berkelulusan Diploma Kejuruteraan Mekanikal UTM pada tahun 1993.

Ketika ditanya mengenai biasiswa yang diterimanya, beliau berkata: "Memang saya ada terima biasiswa tetapi saya berikan semua kepada ibu kerana kami bukan orang senang."
AL-IKHSAN juga melebarkan butik perniagaannya sehingga ke Alor Setar, Kedah.

Beliau yang merupakan pelajar cemerlang pernah ditawarkan peluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara tetapi ditolak kerana lebih cenderung untuk mengusahakan perniagaan.
Bercerita lanjut mengenai kebangkitan aL-ikhsaN, Ali Hassan memberitahu perniagaan pertamanya bermula di ruang sempit di Holiday Plaza, Johor Bahru dengan modal perniagaan yang diusahakan dengan titik peluhnya sendiri.

"Ketika itu, memang sukar untuk mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan kerana saiz perniagaan ini kecil. Itu bukan alasan untuk tidak berjaya. Saya kena rajin dan kuat berusaha dengan menjual baju sukan secara pantas.

"Dapat sahaja barang hari ini, jual secepat mungkin. Cari peluang yang ada di mana sahaja asalkan boleh dijual," katanya yang pernah naik turun pejabat kerajaan dan syarikat swasta bagi memperoleh tempahan dan memasarkan barangannya.

BUTIK aL-ikhsaN mendapat sambutan hangat di Johor Bahru, Johor.

Beliau mula mengusahakan perniagaan serius pada tahun 1994 apabila mendapati wujud trend permintaan terhadap barangan sukan yang amat menggalakkan.

"Mulanya, saya berniaga kerana mempunyai minat mendalam terhadap sukan bola sepak tetapi kemudian ia menjadi lebih serius kerana pada ketika itu agak sukar untuk mendapatkan barangan sukan," katanya yang merupakan anak bongsu daripada lapan adik-beradik.
Sambil meninjau susunan peragaan barang jualannya, beliau menyatakan dalam menjayakan sesuatu perniagaan, beberapa elemen penting perlu ada, antaranya kesabaran, kesungguhan, tiada perasaan malu serta tekun berusaha.

"Walaupun kita gagal sekali atau sukar mendapatkan pinjaman bank, kita kena istiqamah dan terus buat sahaja. Jangan fikir apa-apa, usahakan apa yang ada.

"Ini penting untuk kita bina reputasi walaupun mengambil masa satu atau dua tahun. Bila orang melihat reputasi kita yang semakin baik, barulah mereka akan percaya.

"Apa sahaja kita kena sabar.... perbaiki apa kelemahan yang ada. Jangan malu bertanya kepada pelanggan apa yang mereka tidak puas hati. Biar mereka 'komplen'," katanya yang berpendapat ia merupakan antara langkah untuk memajukan perniagaan ke tahap yang lebih baik lagi.

"Saya masih ingat lagi luahan pelanggan kerana barangan yang dipamerkan di kedai pertama sedikit dan banyak kekurangan. Itu tidak ada...ini tidak ada. Jadi, saya berusaha mendapatkan barangan yang mereka mahukan kerana ingin memuaskan hati pelanggan.

"Ambil sahaja apa 'komplen' pelanggan dan jangan kita tafsirkan pendapat atau kritikan yang diberikan itu sebagai negatif. Itu tanda mereka sayang kepada kita dan mahu melihat perniagaan kita berkembang," katanya.

Resipi kejayaan selama ini yang didukung dalam diri Ali Hassan sebenarnya berpaksikan sepenuhnya kepada tuntutan dalam agama Islam.

"Formula aL-ikhsaN dari dulu sehingga sekarang adalah jangan kita meninggalkan solat lima waktu, jaga ibu bapa kita sebaik mungkin, tunaikan zakat dan berikan sedekah dan bantu mereka yang susah.

Beliau menyerah semuanya kepada kekuasaaan Allah dan mempercayai sekiranya melakukan sesuatu perkara kerana Allah semata-mata, kesannya amat berbeza.

"Dari sini keajaiban akan berlaku dengan izin Allah. Kita kena yakin dengan janji Allah, iaitu siapa yang ikut perintah-Nya... kemenangan dan kejayaan akan diberikan di dunia dan akhirat. Mula-mula nampak susah tetapi sekarang semua keajaiban itu menunjukkan hasil. Inilah isi kejayaan yang sebenar," jelasnya.

Selain pegangan kukuh pada tuntutan agama, senjata aL-ikhsaN yang sentiasa berada selangkah di hadapan pesaing adalah harga produk sukan dijual amat berpatutan bagi semua lapisan masyarakat.

"Apa yang paling penting ialah aL-ikhsaN memberikan produk-produk berkualiti dan berjenama antarabangsa dengan harga yang cukup berpatutan. Ini memberikan kepuasan kepada pembeli, sekali pakai mereka akan kembali lagi.

"Kebanyakan produk yang ada di aL-ikhsaN tidak terdapat di kedai-kedai lain. Pilihan produk juga luas dan dijual pada harga berpatutan. Model kasut sukan dan peralatan lain yang dipakai oleh pemain bola antarabangsa terkenal juga terdapat di kedai ini.

"Malah, setiap barang yang dilancarkan di Eropah boleh didapati di sini pada hari yang sama," tambah beliau.

aL-ikhsaN Sport turut menyediakan kelengkapan sukan bertaraf antarabangsa yang mana produk yang ditawarkan adalah eksklusif dan berkait rapat dengan arena sukan dunia seperti Liga Bola Sepak England, Piala Eropah (Euro), Formula Satu (F1), Sukan Olimpik Beijing serta Piala Dunia 2010.

Berhubung kesukaran dalam perniagaan yang dialami, beliau berkata, mengekalkan pekerja dalam industri peruncitan merupakan perkara utama memandangkan pemilihan kerjaya pekerja dalam industri tersebut masih lemah.

"Turnover staf adalah tinggi dalam industri peruncitan tetapi kami di aL-ikhsaN masih bagus lagi kerana kami memberikan pakej yang terbaik seperti motivasi dan latihan di ibu pejabat kami di Johor," katanya.

* Tgk, bagaimana org ni berjaya... Disamping perancangan perniagaan yg baik, hubungan baik dengan Allah turut membantu kejayaan dia... Keywordnya di sini, kalau kita jaga hubungan baik dengan Allah, insya Allah, Allah akan berikan rezeki kepada kita daripada pintu yg tak kita sangka sangka.... Moga kita semua dapat ambil iktibar..

COMMENTS

Name

3C Shaklee,17,5 Sebab Perlu Kolagen,1,5 Star Trip to Bangkok,1,5 Star Trip to Italy,7,Advance Joint Health Tablet,3,Advance Marketing Power,4,Agen Banda Aceh,1,Ahli Shaklee,4,Aidilfitri,5,Air Kencing Kuning,1,AJHT,3,Aktifkan Keahlian Shaklee,2,Al-Quran Tagging,1,Alahan,1,Alfafa,3,Alfalfa,1,Alfalfa Complex,1,Allergic,1,Allergy,1,Allergy Test,1,Amalan Hari Jumaat,1,AMP,5,Anak Sihat & Pintar,1,Anggur Muscadine,1,Anti Aging,2,Anti Penuaan,2,Aquaria KLCC,1,Arman Zaharil,1,Atasi Nyanyuk,1,Awet Muda.,1,B-Complex,1,Baby Development Guide,1,Baby Food,1,Baby Shaklee,1,Bagaimana Memilih MInyak Ikan Omega-3 Berkualiti Tinggi,2,Bahaya Beli Shaklee di Lazada Shopee 11thStreet,1,Bahaya Painkiller,1,Bahaya Ubat Penahan Sakit,1,Banda Aceh,1,Basic H,1,Batu Maung,1,Batuk Berkahak,1,Bayi Kahak,1,Bayi Selsema,1,BComplex,2,beli lampu murah,1,Berani Berniaga,2,Berpuasa dengan Shaklee,1,bina,1,Bina Reban,15,Biozone,6,Biozone Food Purifier,6,Birthday,1,Bisnes,2,Bisnes Shaklee,24,BLNC,2,Bomoh Patah Selama Perak,1,Breastfed Baby,1,Breastfeeding,10,Breastfeeding Tips,15,Buah Pinggang Rosak,1,Buasir,1,Buat Duit Hari-Hari,3,Buat Rumah Sendiri,7,Bukit Bendera,3,Bukit Merah Laketown,1,Bukti Kajian Klinikal Shaklee,1,Busines,2,Business,49,Business Opportunity,170,Business Shaklee,18,butik feedmilk Shah Alam,2,Cameron Highlands,1,Car Bonus Shaklee,1,Car Sticker Juru,1,Cara Elak Osteoporosis,3,Cara Elak Tulang Rapuh,2,Cara Melakukan Qiamullail,3,Carotomax,1,Cegah Osteoporosis,3,CEO Shaklee,1,Ceramah Motivasi,26,Chewable Vit C,2,Cholesterol,1,Collagen,6,CoQ-Trol,2,CoQ10,2,COQHealth,2,Darah Tinggi,4,Delivery Servis,1,Detox Shaklee,2,Diabetes,4,Dialisis,1,Diet,1,Disneyland,1,Dr Hamid Arshat,1,Dr Zubaidi,1,Dzuha,1,Ebook,11,Ebook Percuma,1,Ebook Sorry Boss Saya Terpaksa Berhenti Kerja,1,Eczema,2,Empayar Maria Firdaus,14,Energizing Soy Protein,7,Enfuselle,1,EPO,1,Escape Penang,1,ESP,12,ESP Untuk Ibu Hamil,1,ESP Untuk Kurus,1,ESP Untuk Otot,1,ESP Untuk Tenaga,1,Evening Primrose Oil,1,Exclusive Dinner Jutawan Shaklee,1,Faedah Menjadi Ahli Shaklee,2,Fakta Kolagen,1,Family,118,Family Day,1,Farees,67,Fateh,9,Fawwaz,5,Feedmilk,2,feedmilk jubah menyusu popular,2,Fish Oil,1,Florida,1,Formula Mudah MESTI Kurus,8,Founder NECK,1,Free Trip Shaklee,56,Free Vitalea,1,Friends,20,Fungsi Kolagen,3,Fungsi Omegaguard,3,Gama Linoleik Acid,1,Gambar Kaabah,1,Garlic Complex,1,General,136,Genetically Modified Organism,1,Genset,1,GLA,1,GLA Complex,5,Global Allergy Centre,1,GMO,1,Good & Services Tax,1,Grand Canyon,1,Grand Seminar 2018,1,GST,1,Gunung Kinabalu,1,Haji Muda,3,Halal,1,Hamil Dengan Shaklee,1,Hari Raya,1,Helicopter Tour,1,Herb-lax,1,Hiasan Dalaman,1,Hiasan Rumah,4,Holiday,3,Home And Mobile Spa,3,Home Exterior Design,1,Homestay di Desaru,1,Homestay Di Kok Lanas,1,Homestay Di Machang,1,Ibu,1,Ibu Hamil Batuk,1,Ibu Menyusu Batuk.,1,Ibu Menyusu Berpuasa,1,IKEA Personal Shopper,1,Ikhlas,1,Immune Booster,1,Immune System,2,India,2,Indonesia,2,Inspirasi Mariafirdaus,4,Intensif Jutawan Industri,6,Interior Design,1,Istanbul,2,Italy,6,Jakarta Trip,1,Jam Dinding Kaabah,1,jenama baju feedmilk,2,Jom Detox,2,Jom Detox Jutawan,2,Jom Detox NECK,1,Jom Detox Now Everyone Can Kurus,1,Jom Rileks,1,Jom Shaklee,1,JomDetox,1,Jubah Menyusu,2,Jubah Mia,2,Jubah muslimah,2,Jutawan Shaklee,1,Kaedah Merancang Semulajadi,1,Kalsium,1,Kanser,1,Kanser Kolon,1,Kanser Usus,1,Keahlian Shaklee,6,Kebaikan Kolagen,2,Kebaikan Omegaguard,3,Kebaikan Shaklee Collagen,4,Kebaikan Susu Ibu,1,kedai lampu murah puchong,1,Kelebihan Ahli Shaklee,4,Kelebihan Shaklee,1,Kembara Sufi,9,Kembara Turki,8,Kencing Manis,4,Kepentingan Protein,1,Kepentingan Suplemen,2,Keperluan Makanan Bayi,1,Kereta Sewa Baling,1,Kesan Gadjet Pada Sikap Anak-Anak,1,Kesan Kehilangan Kolagen,2,Kesan Merokok,1,Kesan Susu Ibu,1,Kesihatan Bayi,1,Kesihatan Jantung,4,Kesihatan Minda,1,Kesihatan Sendi,2,Kesihatan Tulang,3,Kiriman Doa Di Depan Kaabah,1,Kisah Kejayaan Bisnes,3,Kisah Pesakit Kanser,1,Kolagen,5,Kolesterol,3,Kompilasi Info Produk Shaklee,6,Komtar,1,Konsultan Reban Ayam,3,Kontraktor Reban Ayam,4,Korban,1,Krabi,1,Kursus Dr Azizan Osman,3,Kursus Solat,1,Kursus Umrah,2,Kursus Umrah Online,2,Kursus Umrah Percuma,2,Kurus dan Sihat,2,Las Vegas,2,Lasik,2,Latest Post,1673,Lecithin,2,Legoland,1,Legoland Malaysia,1,Lelaki Buat Bisnes Shaklee,1,Life Inspiration,1,Look Younger Longer,2,Los Angeles,1,Magic Aura Shaklee,1,Magnesium,1,Makan Sedap,2,Mamacilik Empire,1,Manfaat Omegaguard,3,Maria Firdaus,2,Maria Firdaus Empire,8,Maria Firdaus Millionaires in Shaklee,7,Maria Firdaus Mobile SPA Academy,12,Mariafirdaus,2,Mariafirdaus Baby,1,Mariafirdaus Kids,1,Mariafirdaus Travelog,66,Mariafirdaus Villa,2,Master Celebration Maria Firdaus,8,Master Coordinator Shaklee,26,Mealshakes,6,Mengandung Semasa Umrah,1,Mercedes Benz C200,1,MFMS,5,MFMS Academy,12,MFMS Empire,51,mia jubah popular,2,Minum Susu Untuk Kalsium,1,Modify Hilux,1,Most Fantastic Millionaires in Shaklee,5,Motivasi,86,Motivasi Usahawan,3,Motivation,4,MRSM PDRM Kulim,1,MRSM Taiping,4,Multivitamin,1,Multivitamin Pertama di Dunia,1,Muscadine Grape,1,Natural Skincare,1,NECK,7,Non-GMO,1,Norafizal Mat Saad,7,Now Everyone Can Kurus,53,nursingwear,2,Nutrien Untuk Tulang Kuat,2,Nutriferon,2,Nutrisi Semulajadi,1,Nutrisi Untuk Lelaki,2,Nutriwhite,1,Offline Coaching,2,Omega-3,6,OmegaGuard,17,Omegaguard Untuk Ibu Dan Bayi,2,Omegaguard Untuk Kesihatan Jantung,1,Omegaguard Untuk Kesihatan Otak,1,Omegaguard Untuk Kurus,1,Online Business,137,Organic Skincare,1,Orlando,3,Ostematrix,6,Osteporosis,2,Pakaian Menyusu,2,Panduan Didik Anak Solat,1,Panduan Perkembangan Kanak-kanak,1,Parenting,1,Parit Buntar,1,Pedoman Hidup,1,Pemilihan Soy Protein,1,Penang,4,Penang Hill,2,Pencen Kubur,20,Pengalaman Bersalin,1,Pengalaman di Gunung Kinabalu,1,Pengalaman Haji,3,Pengalaman Umrah,3,Pengedar Shaklee,2,Pengedar Shaklee Alor Setar,1,Pengedar Shaklee Bandar Darulaman,1,Pengedar Shaklee Bukit Jambul,1,Pengedar Shaklee Changloon,1,Pengedar Shaklee Jitra,1,Pengedar Shaklee Kapar,1,Pengedar Shaklee Kepala Batas,1,Pengedar Shaklee Klang,1,Pengedar Shaklee Meru,1,Pengedar Shaklee Nibong Tebal,1,Pengedar Shaklee Parit Buntar,1,Pengedar Shaklee Port Klang,1,Pengedar Shaklee Terbaik,1,Pengedar ShakleeTeluk Pulai,1,Penjagaan Kulit Shaklee Youth,2,Penyakit 3 Serangkai,2,Peranan bapa dalam penyusuan susu ibu,1,Perbezaan Ubat dan Suplement,2,Percutian Di Kashmir,2,Performance Drink,5,Period Pain,1,Perokok,1,Personal,1,Phytocol-ST,2,Piramid Makanan,1,Polifenol,1,Politik,1,Port Dickson,1,Postnatal SPA,2,Potret Kejayaan,14,Pra Haji,7,Pregnancy Set,3,Premium Beautiful,5,Produk Shaklee,116,Produk Tradisional Bahaya,2,Projek Buat Duit,7,Projek Buat Duit MFMS,20,Projek SPA,15,Protein Soya Terbaik,1,PT3,1,Puasa dengan Shaklee,1,Public Sharing,1,Pulau Pangkor,1,Pulau Perhentian,1,Pulau Pinang,1,Pulau Redang,1,Qiamullail,3,Rahsia Merancang Keluarga Semulajadi,1,Rahsia Pelajar Cemerlang,12,Ramadan Shaklee,1,Ramadhan,1,Ramuan Vivix,1,RAST Test,1,Resepi ESP,1,Resepi Sihat dan Sedap,1,Resipi Jutawan Bertaqwa,1,Restoran Pen Mutiara,1,Results SPM,1,Reunion MRSM Taiping,1,Rich Dad Poor Dad,1,Roger Barnett,1,Rome,1,Rumput Sungai Buloh,2,Saintis Shaklee,1,Sakit Buah Pinggang,2,Sakit Jantung,4,San Francisco,1,Selamberselak,2,Sembelit,1,Senggugut,1,Set Anak Pintar Sihat,1,Set Bajet Kesihatan Optimum.,1,Set Berpantang,12,Set Berpuasa Shaklee,7,Set Berpuasa Shaklee Kanak-Kanak,7,Set Bersalin,11,Set Bersalin Shaklee,5,Set Bersalin Terbaik,1,Set Breasfeeding,10,Set Detox Shaklee,1,Set Gastrik Shaklee,1,Set Haji & Umrah,1,Set Haji Shaklee,3,Set Hamil Shaklee,1,Set Ibu Hamil/Bersalin/Menyusu,12,Set Jantung,1,Set Kanak-Kanak,8,Set Kanak-kanak Shaklee,3,Set Kecantikan,4,Set Kecantikan Shaklee,5,Set Kesihatan Lelaki Shaklee,3,Set Kesihatan Wanita Shaklee,2,Set Kesuburan,2,Set Kesuburan Shaklee,3,Set Kulit,1,Set Kulit Shaklee,1,Set Kurus,1,Set Kurus Shaklee,1,Set Lutut,1,Set Mengandung,4,Set Menyusu,15,Set Menyusu Shaklee,2,Set Minda Shaklee,1,Set Ramadan Shaklee,3,Set Sendi,2,Set Shaklee Untuk Pendakian,1,Set Shaklee Untuk Tenaga,1,Set Shaklee Untuk Umrah dan Haji,1,Set Sistem Imun,2,Set Slimming Shaklee,1,Set Umrah Shaklee,4,Shaklee,73,Shaklee 5 Star Trip,1,Shaklee Awards,2,Shaklee Baby,3,Shaklee Bagan Serai,1,Shaklee Berkesan,3,Shaklee Business,35,Shaklee Business Leaders Conference,1,Shaklee Business Leaders National Conference,1,Shaklee Collagen Powder,7,Shaklee dan Israel,1,Shaklee dan Makanan Sunnah,1,Shaklee Effects,8,Shaklee for Kids,2,Shaklee Free Trip,21,Shaklee Global Conference 2016,2,Shaklee Global Conference USA 2014,17,Shaklee Halal,2,Shaklee Incentive Trip,3,Shaklee Independent Distributor Terbaik,1,Shaklee Japan Trip,1,Shaklee Japan Trip 2017,6,Shaklee Kids,1,Shaklee Leaders,1,Shaklee Lovers,1,Shaklee Murah,1,Shaklee National Conferences Award,8,Shaklee National Convention 2018,1,Shaklee Nibong Tebal,1,Shaklee Nilai,1,Shaklee Parit Buntar,1,Shaklee Product Trainer,1,Shaklee Rewards,51,Shaklee Selamat,4,Shaklee Semulajadi,3,Shaklee Skincare,1,Shaklee Success Seminar 2015,1,Shaklee Total Detox Solution,2,Shaklee Trip Cruise,1,Shaklee Trip To Langkawi,2,Shaklee Untuk Buah Pinggang,1,Shaklee Untuk Darah Tinggi,1,Shaklee Untuk Jantung,1,Shaklee untuk Jemaah Haji dan Umrah,1,Shaklee untuk Kanak-kanak,3,Shaklee USA Trip 2014,1,Shaklee USA Trip 2019,1,Shaklee Western Mediterranean Cruise 2018,11,Shaklee Youth Skincare,2,Shakleebaby,1,Shakleebaby Gentle Wash,1,Shakleebaby Massage Oil,1,Shakleebaby Soothing Lotion,1,Shopping Trip,1,Sijil Halal,1,Sistem Imun,1,Skincare,1,SKPTM,8,SMKA Al Mashoor,1,Stroke,2,Success Stories Shaklee,4,Success Story TWB,12,Super Star Libra Cruise,1,Supervisor Shaklee,2,Suplemen Untuk Lelaki,2,Supplement untuk Berpuasa,1,Surah Al-Kahfi,1,Sustained Release Vit C,5,Susu Ibu,1,Susu Ibu dalam Al-Quran,1,Tazkirah,165,Ternakan Ayam,309,Testimoni,6,Testimoni Buah Pinggang Rosak,1,Testimoni NECK,3,Testimony Alzheimer,1,Testimony AMP,2,Testimony ESP,1,Testimony ESP Untuk Menyusu,2,Testimony Gastrik,1,Testimony NECK,6,Testimony Nyanyuk,1,Testimony Pesakit Buah Pinggang,1,Testimony Set Ibu Hamil,3,Testimony Set Menyusu,2,Testimony Shaklee Set Bersalin,1,Testimony Shaklee Set Ibu Hamil,1,Testimony Shaklee Set Menyusu,1,The Gravityz,1,The Landmark Study,1,The Most Fantastic Millionaires in Shaklee Empire,1,The Shaklee Difference,2,The Walking Beauty,12,Tiket Murah Aquaria KLCC,1,Tip Tambah Susu Ibu,5,Tips Anak Pandai,1,Tips Awet Muda,1,Tips Bercuti Di Legoland,1,Tips Berhenti Merokok,2,Tips Berpuasa,2,Tips Bersalin,1,Tips Bisnes,1,Tips Business,1,Tips Cemerlang,1,Tips Elak Batuk Berkahak,1,Tips Haji,2,Tips Hamil,1,Tips Jarak Anak,1,Tips Memilih Protein,1,Tips Mudah Berpuasa Untuk Kanak-Kanak,3,Tips Mudah Menyusukan Bayi Di Tempat Awam,1,Tips Penyusuan,11,Trampoline for kids,1,Travelog Haji,108,Travelog Istanbul,1,Travelog Shaklee Trip Italy 2015,10,Travelog Shaklee Trip Japan 2017,6,Travelog Shaklee Trip USA 2014,14,Travelog Shaklee Trip USA 2016,3,Travelog Shaklee Western Mediterranean Cruise 2018,9,Travelog Turki,9,Travelog Umrah,23,Travelog USA 2019,23,Trip Indonesia,2,Trip Yogyakarta,1,Tulang Rapuh,2,Turkey Trip,3,Turki Trip,7,Turunkan Kolesterol Secara Semulajadi,2,TWB,18,TWB by MFMS,17,Ubat VS Supplement,1,Ubat Vs Vitamin,1,Universal Studio,1,Universal Studio Singapore,1,Urin Kuning,1,US Trip,1,USA Trip,16,v,1,Video,4,Video Shooting,1,Visit Singapore,1,Vit E,1,Vita-lea for children,1,Vitalea,4,Vitalea for Children,1,Vitalea for Kids,1,Vitamin C,6,Vitamin E,1,Vitamin Kanak-Kanak,1,Vitamin Semulajadi,1,Vitamin Shaklee Percuma,1,Vitamin Sintetik,1,Vitamin untuk Ibu Hamil,2,Vitamin untuk Ibu Menyusu,1,Vitamin untuk kanak-kanak,3,Vitamin Untuk Lelaki,2,Vitamin untuk Perokok,1,Vivix,17,Vivix Shaklee,2,Vivix Untuk Diabetes,1,Vivix Untuk Kencing Manis,1,WAHM,1,Warna Urin,1,Wedding Anniversary,1,Womens Health Set,1,Working-At-Home-Mom,2,Youth Experience Party,1,YOUTH Mask,1,Youth Shaklee,2,Youth Skincare,1,Zinc,1,Zinc Complex,2,Zinc Plus,2,
ltr
item
Maria Firdaus: Potret Kejayaan - aL-iKhsaN
Potret Kejayaan - aL-iKhsaN
Maria Firdaus
https://www.mariafirdaus.com.my/2009/07/potret-kejayaan-al-ikhsan.html
https://www.mariafirdaus.com.my/
https://www.mariafirdaus.com.my/
https://www.mariafirdaus.com.my/2009/07/potret-kejayaan-al-ikhsan.html
true
6501105525487195336
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy