Assalamualaikum,

Fuhhhh... Semalam aku dan bangla2 aku semuanya lembikkkk... Start tangkap ayam pukul 3.30 ptg, pukul 1.30 pagi baru habis. Jumlah bakul semalam hampir 800 bakul. Ayam yg jual semalam dalam 8000 ekor. Satu bakul 10 ekor.

Aku pun flat jugak, walaupun aku tak tangkap ayam, aku jadi Yusuf Haslam ( Pengarah ) saja. Tapi aku pun penat jugak dengan penangan satu demi satu lori yg masuk semalam. Dah la lori sampai lewat. Kena tunggu satu satu lori. Semua 6 lori.

Dan penangan terhebat, lori last sampai pukul 11.30 mlm, dan jumlah bakul 306. Lori besar yg korang selalu tgk kat atas jalan tu. Perghhh... Tangkap tak habis, tangkap tak habis. Lepas dua jam, siap tangkap. Aku respect gila kat bangla aku yg kerja, KONSISTEN tangkap ayam. Tak tau penat. Sekali tangkap 10 ekor ayam, terus masuk dlm bakul. Dan depa tangkap ayam ni, dari awal lagi 10 ekor sekali tangkap.

Pagi ni, akibat flat. Aku tidur balik lepas subuh. Dan bangun balik pukul 9 pagi. Pagi ni baru nak ke reban, nak cek balik ayam2 yg tinggal. Balance ada lagi 14500.

Melihat KELETIHAN yg aku alami masa keluar ayam, aku rasa FOR THOSE yg physically not fit. Jgn bela ayam. Penat tunggu ayam masa tangkap. Dan kalau perempuan nak bela, boleh tapi mesti ada org kanan sbb kalau perempuan CUN CUN tunggu kat reban MALAM MALAM BUTA dikelilingi oleh terlalu ramai lelaki, macam macam boleh jadi.

Ok... banyak sangat soalan yg aku terima pasal ayam ni dari visitor. Insya Allah, aku akan try jawab soalan demi persoalan.

Wassalam...
Mohd Firdaus

3 comments:

  1. salam,

    saya mazlina, ada tambahan soalan lg. kalau tak keberatan, boleh tak en firdaus tolong calculatekan modal yang diperlukan untuk ternak lebih kurang 1000-1500 ekor ayam. memandangkan saya nih cetek pengetahuan dlm dunia ayam. huhuhu. perancangan nak start bln januari tahun dpn. takut tak cukup modal jer... ManjaIxora@yahoo.com... tq..

    ReplyDelete
  2. saudari ni dah kawin ke?

    ReplyDelete
  3. Cop, saper pulak yg tanya saudari ni kawin ke tak? Aper kaitan kawin ngan bela ayam. Saper la yg suka guna anonymous ni. Hmmm

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top