By : Mohd Firdaus Mat Saad
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Another milestone in achieving my dreams.
Syukur kepada Allah. Allah kabulkan hajat saya untuk membeli kereta ini.
Ford Ranger Raptor.
Mungkin untuk para wanita, mereka tak nampak dan tak tahu apa beza kereta ni dengan kereta 4x4 yang lain.
Tapi buat para lelaki. Mereka lebih tahu dan arif mengenai Ranger Raptor.
King Of The Road.
Masa saya mula mula nak beli kereta baru, saya target nak beli Ford Ranger Wildtrak sahaja.
In fact. Saya dah tempah. Dah bayar duit deposit. Dah lulus loan. Kereta Wildtrak yang saya tempah di kedai dah sampai.
Tinggal nak register sahaja lagi.
Cuma saya terbuat satu 'kesilapan'. Saya cakap dekat Salesman Azim Jaafar.
"Jim, aku dah book dan nak beli Wildtrak. Tapi. Boleh tak bagi aku test drive Raptor. Kalau aku tak test drive kali ni, bila lagi aku nak test drive."
Nak beli Raptor ni, kena fikir banyak kali. Rega dia pun boleh tahan. Lebih dari RM 200k.
Jadi. Dalam fikiran saya. Tak dapat beli. Dapat naik rasa pun jadi la.
Saya ajak kawan saya Asyraq Abdullah untuk test drive.
Bila saya start saja bawa. Saya macam, "Wow... Kereta apa ni.... Kenapa sedap sangat ni....."
Asyraq di sebelah turut tergamam.
First time dalam seumur hidup kami naik kereta yang tegap, tinggi, sado dan mempunyai power yang sangat tinggi.
Tekan sikit dah jalan. Padahal kereta berat kot. Ini 4x4. Bukan kereta Mercedes.
Bila ada lopak, kami langgar tak terasa goyang. Kami dua dua tergamam dalam kereta.
Bila ada bonggol kami langgar, tak rasa sangat bumping dia.
Then Asyraq cakap benda yang membuat saya terngiang ngiang.
"Aku cakap hang jangan kecik hati wei... Lagi sedap kot kereta ni dari Mercedes hang...."
Actually, waktu tu saya dah rasa dah benda tu.
Kereta ni tinggi, tapi stabil sebab tayar lebar.
Power dia sangat tinggi sebab dia guna Bi Turbo. Dua engine turbo.
Sebab tu bawa sangat sedap.
Masa tu, Asyraq kata. Tok sah pikiaq apa dah. Beli terus yang ni.
Pada waktu tu, saya terus terasa dalam hati. This is my car.
Wildtrak is what I need.
But Raptor is what I want.
Saya cakap, tak pa. Balik saya bincang dengan Maria.
Di rumah saya bagi tahu Maria pasal kereta Raptor ni. Saya cerita pasal spec, kesedapan, keselesaan, dan perbezaan harga dengan Wildtrak.
Amazingly. Maria kata, "Kalau dah suka Raptor tu. Beli je lah bang.... Lagi pun, kita buat bisnes Shaklee ni memang ada dapat Car Bonus pun bulan bulan. Kita ada peruntukan untuk bayar loan kereta tu."
Maria tanya, berapa bayar bulan bulan. Saya cakap la, "Down payment RM xx, xxx. Sebulan kena bayar RM x, xxx"
Maria terus kata. "Beli jer lah."
Malam tu saya istikharah. Mohon petunjuk dari Allah. Dan hati saya masih terasa nak beli Raptor.
Esok pagi, saya cakap kat salesman.
"Ok Azim. Tukar dari Wildtrak ke Raptor"
Azim terkejut campur gembira. Yer la. Lagi tinggi harga kereta, lagi tinggi lah komisyen dia.
Kalau anda perasan, sebab tu lah saya ada cakap sebelum ni loan saya ada masalah. Kene apply lain. Haha.
Masalahnya sebab nak tukar kereta je.
Dan gambar yang saya dok up sebelum ni pun Wildtrak kelabu tu. Itulah "tunang" tak jadi saya.
Apa yang saya syukur kan di sini adalah sebab saya dan isteri kami masing masing buat bisnes.
Kalau dibandingkan dengan semasa kami kerja makan gaji. Memang tak lah nak beli kereta Vellfire, Mercedes dan Raptor macam ni.
Syukurnya. Allah mudahkan segalanya untuk kami.
Sebenarnya, saya dapat merasakan. Ramai kenkawan dok rasa kami buat bisnes Shaklee ni, bisnes yang 'laih'.
Orang Cina kata "Hausiau". Bisnes MLM. Pa barang.
Seikhlas hati, mereka yang dok memperkecilkan bisnes MLM ni adalah mereka yang tak faham pasal nature bisnes ni sendiri.
Dengan bisnes MLM yang "laih" ni lah yang dok bayar bulan bulan loan ketiga tiga kereta kami ini.
Ada orang kata, membazir. No.. Its not about membazir.
Its about rezeki yang Allah bagi dan ia perlu disyukuri.
Saya beli untuk keselesaan dan keselamatan saya dan keluarga.
Kalau kita guna duit kita untuk beli, memanglah membazir.
Tapi kalau duit kereta kita orang yang 'bayarkan'. Nak bazir tang mana.
Its just to appreciate what we have.
Saya share ni pun sebab saya nak sahabat sahabat saya faham. Kita semua perlu buat bisnes. Even kita dah ada kerja dan gaji yang tetap.
Ada orang kata, nak kejar apa sangat. Ni semua dunia ja ni.
Saya tak rasa bila kita drive kereta Mercedes, kita jadi orang yang kufur.
Saya cuma nak ubah mentaliti sahabat, buatlah bisnes walau pun kita sudah bekerjaya.
Di Malaysia ni, ada banyak sangat peluang buat bisnes. Cuma kita je yang teragak agak nak ambil peluang tu.
Ketika kita dok terfikir. Kawan kawan yang bertindak pantas dan ambil peluang tu mungkin dah terkehadapan berbanding kita.
Adakalanya, tok sah pikiaq panjang sangat. Bertindak je.
Buat je bisnes.
Kalau dah tak tahu nak buat bisnes apa, cuba try buat bisnes Shaklee.
Let me show you, how this bisnes yang nampak 'laih' ni boleh transform hidup kita.
Tok sah malu la dengan kawan kawan sebab buat bisnes MLM.
Bisnes ni dah ubah hidup terlalu ramai orang. Dan mungkin ia boleh mengubah hidup kita pula.
Kot kot nak try buat bisnes, Just PM Maria. Pm dia bukan nak kena bayar duit pun. Dia cerita je peluang yang ada.
Kot rasa nak join. Then join lah. Kalau rasa tak serasi. Tok sah lah. The choice is yours. But give your self a chance to try.
Buat anak didik Shaklee kami pula. Kami adalah bukti hidup anda.
Bukan kami saja. Ramai lagi yang berjaya mendapat car bonus dengan shaklee ni.
Jadi buatlah bisnes betul betul.
Mungkin, ini adalah detik perubahan dalam hidup anda.
Hidup kaya adalah ketentuan.
Hidup miskin juga adalah ketentuan.
Tapi, Allah tentukan susah senang kita berdasarkan pilihan yang kita buat
Saya harap sedikit perkongsian saya ini sedikit sebanyak membuka mata hati anda untuk cuba buat bisnes.
Oklah. Kalau anda masih rasa bisnes Shaklee ni 'laih', 'low class'. Its ok. Tapi buatlah bisnes.
Buat lah bisnes yang anda rasa high class tu. Janji buat. Anyhow. Shaklee bukan satu satunya bisnes yang ada di muka bumi ni.
Ada berlambak lagi. Cubalah. Mana tahu. Itu lubuk rezeki anda selepas ini.
Semoga anda dapat sesuatu dari posting ini.
If not you then who.
If not now then when.
Its All About You.
Jom, layan gambar-gambar kami sepanjang sessi penyerahan kereta baru kami ni.
Saya doakan anda yang membaca posting ini juga akan berjaya memiliki kereta idaman anda. Amin.

COMMENTS