By : Mohd Firdaus Mat Saad

Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Semoga Allah memasukkan kita semua ke dalam syurga tanpa dihisab. Insya Allah.

Majlis Jamuan Aidilfitri Mariafirdaus 2019 

Alhamdulillah, ini tahun ke tiga keluarga saya buat Majlis Jamuan Aidilfitri.

Matlamat utama kami adalah untuk mengeratkan hubungan sesama saudara mara, sahabat handai dan juga jiran tetangga.

Ini peluang terbaik untuk kami semua bertemu dalam tempoh setahun. Pada waktu waktu lain, ada juga sedara mara dan sahabat handai yang berkunjung, tetapi ini peluang untuk bertemu dengan lebih ramai lagi yang dah lama tak berjumpa.


Jam 9 pagi, kami mula kemas meja dan susun kerusi untuk tetamu datang nanti. Cuaca pada waktu ini sangat panas.


Tentera ramai.... So, senanglah kerja.


Tiba tiba, sekitar jam 12.30 tengah hari. Hujan turun dengan sangat lebat. 


Namun, caterer yang kami tempah Alhamdulillah semua dah mula hadir untuk bersiap. 


Here we go. Majlis yang kami adakan adalah pada 6 June 2019. Ia bersamaan dengan tarikh lahir saya yang ke 38. Alhamdulillah. Kiranya Open House di Hari Lahir lah.... Baju tema kami berdua adalah biru turqoise. Nak cari yang betul betul sama warna, tak jumpa pulak. So, layan ajer lah. 

Seumur hidup, saya tak pernah ada 2 pasang baju raya. Tapi tahun ni advance sket, saya beli 2 pasang baju melayu dan sehelai kurta. Sampin pulak, mak hadiahkan untuk saya. Santek...


Jam 2 petang, hujan mulai reda. Para tetamu mula hadir ke rumah kami. Alhamdulillah. 


Gambar dengan anak anak. Nak suruh dia orang pakai baju melayu waktu waktu macam ni, agak mencabar. So, pakai ajer lah baju t shirt yer anak anakku. 


Family adik saya. Semuanya segak berbaju biru tahun ni.


Majlis jamuan bermula jam 2 petang.


Maria dan Kak Aza. Kakak Ipar saya yang sulung.


Ni pula Ainul, adik ipar saya. Macam berjanji pulak nak pakai baju warna biru.


Kami sediakan 120 tempat untuk makan pada satu satu masa. Namun, nampak gaya macam tak cukup tempat duduk lah pulak. Semua tempat penuh.


Alhamdulillah. ramai jemputan yang hadir pada hari ini. 


Jemput makan yer. Macam macam ada....


Makanan yang kami sediakan simple saja. Tak ada yang berat berat sangat. Ini Apom Balik. Kami tempah 500 keping. Satu keping RM0.70 so total kos RM350. 


Ini pula Cakoi dan Donut. Abang ni kami import jauh dari Permatang Pauh. Cakoi dan Donut sangat gebu dan lembut. Bila makan, rasa best sangat. Tak lembut sangat, tak keras sangat. Kira ngam ngam aja sukatan tepung dan air dia tu. Rasa pula sedap, kena pulak panas panas. Memang terbaiklah. Harga RM650 untuk 600 orang makan.


Ramai orang puji Donut dan Cakoi brother ni. Memang shadappp sangat.


Ini pula, ayam goreng RM1. Kami tempah 800 ketul. Fuh... "Meniaga laku" brother ni. Even kami tempah dia yang paling banyak, tapi dia yang paling cepat habis. Semua orang suka ayam goreng ni


Ni pula Abang Jan dan team. Mereka masak Nasi Goreng dan Maggi Goreng. Kami tempah untuk 500 orang makan.


Ini pula Wak Satay. Kami tempah 2000 ayam dan 1000 daging. Dah 3 tahun bersama beliau. Alhamdulillah, kualiti terbaik harga pun berpatutan. 


Ini pulak Char Kuew Teow. Kami tempah untuk 650 orang makan. Brother Malek ni selalu jual di Pasar Malam Parit Buntar. Rasa kuew teow dia memang sedap. Sebab tu kita panggil ke sini. 

Antara makanan lain yang kami sediakan adalah Cendol Ani Kuala Kurau. Kami tempah untuk 500 orang makan. 

Alhamdulillah, semua makanan licin habis. Meniaga laku lah orang kata. 


Ni kawan saya masa sekolah rendah dahulu. Rahimah. Dia dan family pun join juga. Thanks for coming ya...


Ini pulak classmate Farees. Iman Nur Aisya bersama Datin Shamsinar dan anak anaknya.


Ini pulak kawan kami, Syikin and the family. 


Keluarga dari sebelah mak saya...


Jemput makan yer....


Ini Abang Azmin dan Kak Yatie. Mereka datang dari Sungai Petani. Ni kira kawan kami kenal masa travel ke Kashmir India bulan April lalu. 


Ni pula Syed, geng Al Mashoor saya dulu. 


Anak anak sedara yang semuanya suka dengan semua makanan yang dihidangkan...


Bergambar dengan Pak Sedara. Pak Dak Fuad. Bekas YB Sungai Acheh yang lalu.


Ni pulak Dato' Farid dan Datin Fasehah. Katanya bakal YB Di Sungai Acheh nanti Dato' Farid kita ni. Hehe...


Nazril, kawan lama saya masa di sekolah rendah dahulu. Sekarang ni anak kami pulak jadi classmate.


Sedara sebelah mak yang datang pada sebelah malam. Waktu siang mereka tak sempat hadir.

Alhamdulillah, sebenarnya ramai sangat saudara mara, sahabat handai, jiran yang hadir. Tak sempat nak masukkan semua gambar dalam ni. Terima kasih kepada semua yang hadir. Semoga Allah memberkati majlis ini dan kita semua.

Akhir sekali, saya ucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir dan Batin.

Sabar dulu.... Buat rerakan yang nak turunkan berat badan selepas hari raya ni. Jom sertai kami dalam Program Lets Detox. 

Kami buat program turunkan berat badan dalam tempoh 17 hari sahaja. 

Insya Allah, result sangat sangat amazing. Anda sendiri akan teruja dengan berat yang akan turun nanti. 


Program Jom Detox ini kami dah cuba ke atas ratusan orang. Dan Alhamdulillah, result sangat memberangsangkan. 

Kalau nak tahu detail pasal program Jom Detox ni, boleh pm Maria di 019-2592731. 

Wassalam

Mohd Firdaus Mat Saad 
Motivating And Inspiring Others

=====================


Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka setiap bulan dari rumah?

Hubungi kami untuk:-
KONSULTASI PERCUMA,
HARGA PRODUK TERBAIK DAN
PELUANG BISNES BERSAMA SHAKLEE!

CONTACT : Click to CALL (019-2592731)
Click to WHATSAPP

FACEBOOK : Kam Maria Abdul Mutalib

INSTAGRAM : Kam Maria Abdul Mutalib

EMAIL : come_maria@yahoo.com

~~~~~~~~~~~~~~~~~

EBOOK PERCUMA!





Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah. 

Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!

==================

Adakah anda suka dengan perkongsian di Mariafirdaus.Com.My?
Nak dapatkan update blog terbaru terus ke WHATSAPP anda?

Click link ini : http://mariafirdausblog.wasap.my

Kami akan broadcast update blog terbaru yang bermanfaat, terus ke WHATSAPP anda. Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami.

0 comments:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top