Pengalaman manis di Menara Condong Pisa, Italy :)


By : Master Kam Maria Abdul Mutalib

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Apa khabar para pembaca blog Mariafirdaus.com.my?

Kami doakan anda semua sihat sejahtera dan sentiasa dalam lembayung rahmat Allah s.w.t.

Dah lama entry Travelog Italy Trip Nov 2015 ni tertangguh. Maaf yer kerana kami banyak komitmen lain lately ni.

Syukur Alhamdulillah, pada bulan August 2016 nanti, kami dapat Free Shaklee Trip to USA untuk menghadiri Shaklee Global Conference di Florida. Dah confirm dapat 3 tiket ke sana.

Maka entry Italy ni WAJIB lah di siapkan sebelum Travelog USA 2016 nanti.

Kalau tak update sekarang, takut sampai ke sudah tak update terus. Huhu.

Oklah, ini sambungan dari entry sebelum ni ya:-

ITALY TRIP - PART 3 : FLORENCE CITY TOUR

23rd NOV 2015

Alhamdulillah, pada hari ke 4 kami di bawa ke tempat yang paling GLAMOUR di Italy iaitu THE LEANING TOWER OF PISA!!

Jom layan gambar-gambar sepanjang di PISA!



Inilah hotel yang kami duduk pada malam sebelumnya, iaitu HOTEL HILTON FLORENCE METROPOLE. Syukur kami tak perlu fikir pasal hotel dan kos sebab semuanya disediakan oleh pihak Shaklee. 

Tapi kalau anda travel sendiri dan nak dapatkan PERBANDINGAN HOTEL TERBAIK berdasarkan bajet dan keperluan anda, boleh cuba check di HotelsCombined.my. Website ni dapat membantu anda buat perbandingan dengan lebih mudah. Cubalah! :)


Macam biasa, Shaklee tetap mengutamakan makanan halal dalam setiap trip, khas untuk Muslim. So dah tak payah risau nak cari makanan halal macam kita pergi travel sendiri. 


Dining Hall hotel yang besar dan cantik. 


Nampak HALAL CERTIFICATE tu? So boleh makan semua tanpa was-was yer :)


Mak Maria memang penggemar buah dan sayur. So kat mana-mana pun, Mak mesti cari yang tu dulu. 


Yang kaler kuning atas tu macam nasi tapi bulat-bulat kecik. Tak tahu apa nama. Rasa pun macam nasi. Shaklee memang faham sangat tekak Melayu pegi mana pun mesti nak carik nasik juga. Hihi. 


Roti pun ada, jom pilih-pilih nak makan apa. 


Yogurt and fruits. 


Cereals and croissant. 


Biskut pun ada. 


Macam biasa, tank Maria ni kecik aja maka ini saja yang mampu diambil. Inilah rupa mini rice tu. Kat Malaysia tak pernah jumpa. CINCH ENERGY TEA + wajib kami ambil setiap pagi buat penambah tenaga sepanjang harini. Tambahkan lemon dalam CINCH TEA memang superb sedap!!


Menikmati breakfast yang sedap. Syukur Alhamdulillah. 


Haaa. Yang ni bukan Hotel sediakan yer. Ini namanya sambal bilis dan kacang. Hihi. Mak yang bawak. Tekak Melayu mesti nak ada pedas. Selepas beberapa hari makan Italian food, ada sambal ni memang pembuka selera! So benda ni idea terbaik bawak untuk travel Oversea. Makan dengan roti kosong ajer pun sodap!! 


Alhamdulillah, perut dah kenyang, jom kita turun untuk mulakan perjalanan!


Ambil gambar dulu depan hotel. 


Cer teka apa maksud signboard tu? Maknanya "to collection points". Sumber dari Google Translate. Hehe. 


Mak Mertuaku yang sangat happy bila pergi holiday. Memang hobi Mak pergi melancong. Alhamdulillah. Seronok dapat menggembirakan hati Mak. 


Mak Maria dan Kakak Maria. 


Team dalam bas kami. Jom ke PISA!!


Pemandangan sepanjang perjalanan. Musim luruh yang cantik. 


Autumn memang biasa cuaca agak mendung gitu. 


SubhanAllah, indah sungguh ciptaan Allah. 


Cantik bangunan ni kan, tapi tak tahulah bangunan apa. 


Pemandangan yang indah sepanjang perjalanan.


Haa.. Ini activity wajib. Sebelum sampai ke destinasi, kena settle kan pumping session dulu dalam bas. 

This is my Medela Freestyle pump yang Maria dah guna sejak anak first lagi dari tahun 2009. Senang nak pam susu kat mana-mana saja masa travel. Dalam bas pun boleh. Pakai Nursing Cover je :)

Memandangkan masa Italy trip 8 hari ni, Maria tinggalkan baby Fawwaz baru berumur 5 bulan dan masih fully breastfeeding (minum susu ibu saja, solid food pun belum start), maka Maria perlu pastikan yang production susu ibu maintain sepanjang holiday ni. 

So ini adalah tips untuk Ibu Menyusu yang nak kena travel dan tinggalkan baby beberapa hari. 

Pastikan jaga timing pam semasa berjauhan dengan baby. Maximum mesti pam setiap 6 jam sekali. Pam dan buang jer susu tu kalau susah nak bawa balik. 

Letak reminder pumping time kat handphone supaya tak terlupa. Walaupun tengah malam tetap kena bangun untuk pam. Ini penting untuk maintain production. 

Di samping tu, Maria tetap amalkan vitamin yang ada dalam SET MENYUSU SHAKLEE macam biasa sepanjang travel. 

Syukur Alhamdulillah, production susu sentiasa maintain. Bila balik Malaysia lepas 8 hari, Maria terus boleh menyusu Fawwaz macam biasa. 

Stok susu yang Maria bekalkan untuk Fawwaz kat rumah pun sangat cukup, malah terlebih-lebih sudah. Hehe. Alhamdulillah. :)


Alhamdulillah, dah hampir sampai ke PISA. 


Selamat turun dari bas. 


Berkumpul sambil tunggu bas lain pulak datang untuk bawa kami ke dalam PISA. 


Masa ni cuaca agak sejuk juga. 


Bas dah sampai.


Kejap je naik bas ni dalam beberapa minit je. 


Dah sampai ke check point. 


Lepas turun bas kena jalan kaki lagi. Hehe. Memang banyak berjalan tau kat Italy ni. So vitamin Shaklee memang sangat membantu untuk maintain high energy di sini. 


Happy faces!


Antara kedai souvenirs di Pisa. 



Akhirnya! Nampak sudah Menara Condong Pisa! 


Memang condong betul!! Tinggi Menara ini adalah 60 meter tau. Ia mula dibina pada tahun 1173 sebagai belltower untuk Gereja di sebelah tu. 

Nak tahu sejarah kenapa Menara ni condong? 

Alkisahnya, disebabkan pergerakan di bawah tanah, menara ni mula condong semasa mereka membina tingkat ketiga pada tahun 1178, menyebabkan foundation bangunan ni jadi tak stable. 

Macam-macam usaha yang mereka buat nak kuatkan foundation, tapi menara Pisa tetap semakin condong.  

Bangunan ni dibina banyak fasa. Sehinggalah ia siap dibina pada tahun 1399. Hehe lama sungguh nak siap kan. Bertukar-tukar architect dan engineers nya. 

Sejarah penuh Pisa Tower anda boleh baca di sini. Nak cerita lebih nanti makin panjang pulak entry ni. Hihi. 


Seterusnya, macam biasalah. Sessi bergambar. 


With Shaklee Management, Mr Kelmen. 


Cathedral of Pisa. Negara Italy yang penuh dengan bangunan gereja berusia ratusan tahun. 


Akhirnya, ku jejaki juga bangunan bersejarah ini!! Thanks Shaklee atas peluang ini!


With my beloved Mom. 


With my beloved sister.


3 beranak di Pisa!


My lovely family. 


Bersama rakan-rakan seperjuangan di group GLC Family. 


Aktiviti bebas masa ni, so jom photoshoot! 


Tahan, tahan jangan bagi tumbang!


Hehe. Dah macam gergasi pulak Kak Lang ni. 


Ok, Firdaus kalau bab bergambar pun memang win! Siap google lagi adegan menarik nak ambil gambar dengan Pisa Tower ni. So silakan layannnn. 


Tiup je pun dah boleh senget bangunan ni!


Tahan lagi. Tahan lagi!!


Buat muka comel pulak dia. 


Cantik jugak gambar ni. 


Oklah, sekarang masa untuk shopping souvenirs, tanda ingatan untuk family dan my Shaklee Leaders tersayang. 


Settle bergambar, settle shopping souvenirs. Semua dah lapar. Kami pun pergi berkumpul di tempat yang ditetapkan. 


Untuk Lunch harini Shaklee bawa kami ke Bollywood Italian and Indian Restaurant. 


Menu di sini adalah nasi beriani yang sangat sedap. Tapi lupa pulak nak ambil gambar food. Masing-masing dah lapar punya pasal, makan terus. Hehe. Kami juga bersolat Jamak Taqdim di restoran ini. Mereka ada sediakan tempat untuk solat. Alhamdulillah. 


Alhamdulillah, selesai lunch dan solat, sekarang masa untuk bergerak ke destinasi seterusnya. 


With one of my mentors, Master Laila. Bekas Engineer Petronas, kini fulltime Working At Home Mom with Shaklee. 


Bersama Master Hafsah dan Aizan. Aizan ni kawan kami di University of Sheffield, UK dulu. Alhamdulillah, Shaklee menemukan kami kembali dalam satu team. Hafsah pun bekas Engineer Petronas, kini Working At Home Mom juga. 


Bye-bye Pisa!!


Mr Kelmen tolong tolak Mak pulak. Tq Mr Kelmen. 


Jom bertolak balik!


Alhamdulillah, pengalaman yang sangat seronok buat kami sekeluarga di PISA TOWER. 

Next destination is SHOPPING! 

Jom baca entry seterusnya di sini:-


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah. 

Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Maria untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

MASTER KAM MARIA
Founder of Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire
Shaklee ID : 881455
come_maria@yahoo.com
019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp) 

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top