Cara Sedekah Al Fatihah Setiap Hari Untuk Arwah Ibu Bapa

By : Mohd Firdaus Mat Saad

Assalamualaikum wbt,

Semoga semua pembaca blog Mariafirdaus.com.my sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah.

Ada di antara kita yang sudah kehilangan ahli keluarga tersayang.

Ada yang sudah kehilangan anak.

Ada yang sudah kehilangan adik.

Ada yang sudah kehilangan abang.

Ada yang sudah kehilangan kakak.

Yang lebih sedih, kehilangan ibu bapa tersayang.

Selepas ahli keluarga kita ini meninggal dunia, maka terputuslah segala amalan mereka kecuali tiga perkara.

Salah satu daripadanya adalah : DOA DARI ANAK YANG SOLEH.

Persoalannya, berapa ramai di antara kita yang secara KONSISTEN boleh mendoakan buat ibu bapa dan keluarga yang sudah meninggal dunia setiap hari?

Ramai di antara kita yang "TERLUPA" mendoakan mereka. Sedangkan, mereka di kubur sangat sangat "TERNANTI" doa daripada kita.

Selepas kehilangan ayah saya pada 2014 dan kakak saya pada 2012, saya GAGAL mendoakan untuk mereka secara konsisten setiap hari.

Saya GAGAL buat benda yang simple untuk saya MENZAHIRKAN kasih sayang saya buat mereka yang sudah pergi meninggalkan saya.

Saya even lupa mensedekahkan BACAAN AL FATIHAH dan 3 Kali Bacaan SURAH AL IKHLAS buat mereka.

Akhirnya, saya terfikir. Macam mana nak mengatasi masalah ni.

Saya tahu arwah abah sentiasa menanti doa dari anak anaknya.

Saya tahu, arwah kakak saya sentiasa menanti doa dari adik beradiknya.

Saya tahu, arwah nenek dan atuk sentiasa menanti doa dari cucu cucunya.

Akhirnya, saya dapat idea dengan SET ALARM di phone yang akan berbunyi setiap hari tanpa gagal.


Saya SET ALARM jam 7 pagi untuk saya BACA AL FATIHAH dan sedekahkan buat ahli keluarga saya yang telah pergi meninggalkan saya.

Saya SET ALARM jam 7 petang untuk saya BACA SURAH AL IKHLAS ( Qulhuallahuahad ) sebanyak 3 kali.

Saya niatkan pahala bacaan ini untuk mereka.

Saya tahu, apa yang saya buat ini tidak mampu untuk membalas jasa mereka yang banyak kepada saya.

Tapi sekurang kurangnya, saya DAPAT MENSEDEKAHKAN AL FATIHAH DAN 3 X SURAH AL IKHLAS yang pahalanya seperti membaca satu Al Quran.

Saya dapat lakukan ini kepada mereka setiap hari.

Alhamdulillah.

Tips ini SANGAT SIMPLE. Tapi ramai di antara kita TAK BUAT.

Percayalah, arwah ibu bapa kita dan saudara mara kita SANGAT MENANTIKAN DOA dan KIRIMAN PAHALA DARIPADA KITA.

Ayuh. Jangan bertangguh lagi.

Set Alarm di phone anda sekarang.

Insya Allah, ia dapat menggembirakan mereka yang sudah pergi meninggalkan kita.

Amalan ini KECIL. Tapi pahalanya sangat BESAR buat mereka.

Jom kita berusaha jadi anak yang soleh.

Kita ajak rakan rakan kita juga untuk jadi anak yang soleh dan solehah.

Semoga selepas kita meninggal nanti, anak anak kita akan melakukan perkara yang sama untuk kita. InsyaAllah. Amin.

Semoga Bermanfaat.

~~~~~~~~~~~~~~

Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah. 

Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!




Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Maria untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

MASTER KAM MARIA
Certified Shaklee Product Consultant
Founder of Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire
Shaklee ID : 881455
come_maria@yahoo.com
019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp)

Catat Ulasan

[blogger]

MKRdezign

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget