Assalamualaikum,

Semalam saya dan lagi 4 orang sahabat berpeluang untuk mendaki Bukit Bendera ikut Laluan Warisan.

So, jom layan gambar.

Parking Kereta 
Image result for jalan pokok ceri

Bagi yang pergi dengan kereta, sila parking kereta ikut laluan Jalan Pokok Ceri. Ia terletak lebih kurang 200 meter sebelum Stesen Keretapi Bukit Bendera. Kalau anda parking di tempat bertingkat dekat stesen, anda kena patah balik dalam 200 meter untuk ke jalan ini.

The Journey Begin - Laluan Warisan


Ada beberapa tanda ini, so boleh la berhenti ambil gambar kejap.


Baju hijau, Johan, baju hitam Dr Rezqa, baju biru Okaz.


Dengan lafaz bismillah, pendakian dimulakan.


Ini kali pertama kami mendaki melalui laluan ini. Sebelum ini kami dah dua kali daki guna laluan Moongate.


Permulaan yang mencabar. Tengok tangga dah rasa nak nangis.


Mula mula lagi Okaz dah kata, fuhh.. Mencabar wei. Baik ikut laluan Moongate. Lebih rileks.


Johan bawa tongkat, then bagi tongkat kat Okaz. Tongkat ni sangat sangat membantu bila mendaki bukit ni. Kalau tak ada pun tak pa. Boleh insya Allah.


Masing masing dah pancit. Tapi Johan dan Nazril masih steady.


Terasa azab juga naik tangga ni. Since ini first time kami naik, so kami tak tahu sejauh mana cabaran yang bakal ditempuhi. So far soo good.

Middle Station

Dari bawah nak ke Middle Station ambil masa lebih kurang 50 minit. Ni gaya jalan slow slow. Kami tak kalut sangat. 


Sampai ke sini, ambil gambar dulu. Tengok muka Okaz tu anda boleh bayangkan macam mana dia rasa.


Work Hard Play Hard.


Berhenti sekejap di middle station.


Singgah kejap untuk ambil gambar.


Johan membesar bagai johan.


Teruskan perjalanan. Dr Rezqa pun dah mula terasa semput.


 Nazril masih steady.


Tengok muka Okaz ni, apa anda rasa? 


 Tiba tiba, tara..... Ada hakak ni siap dukung anak dia lagi umur 3 tahun. Apa macam? 


Then jumpa budak kecik ni pulak. Sorang 6 tahun sorang lagi 8 tahun. Ni berjalan sendiri naik. Terus terasa tercabar. Sebab budak budak ni boleh potong kami. Haha...


Tangga tak berkesudahan.
Claremont Station


Tengok muka Okaz. Apa dia rasa agaknya waktu ni.


Senyum aja lah Okaz. Jangan stress sangat...


Ambil gambar dengan laluan train sekejap.


Nak kena lalu bawah track keretapi ni


Pemandangagn di sini memang cantik


Anda kena try sekali lalu track ni. Buat la sekali seumur hidup. Best jugak.


Dalam hutan, terjumpa dengan lipan bara ni. Kalau kena sengat mau pengsan ni. 


 Setelah 2 jam mendaki, Alhamdulillah. Sampai juga ke atas.


Tengok muka sorang sorang, hehe..


Apa lagi, makan dulu.


Baru nampak Okaz senyum.


Turun dengan keretapi sajalah. Sebab kami ada kerja lain pula lepas tu.

Nasihat Buat Anda Yang Nak Naik Dengan Mendaki

1. Laluan ni ambil masa lebih kurang sejam untuk orang yang fit dan dua jam untuk orang yang tak fit.

2. Sila bawa spray bagi hilang cramp. Sangat berguna kalau kaki cramp.

3. Bawa air dalam 1 liter. Insya Allah akan berguna kalau letih dan penat.

4. Sila bawa kurma, coklat atau benda manis. Ia berguna kalau tetiba rasa tak ada energy.

5. Laluan ni tak bahaya, anda boleh enjoy.

6. Kalau budak 6 tahun boleh naik, insya Allah anda pun boleh. Tapi saya nak bagi tau la, anak dia ni memang dah selalu naik. Sebab tu no problem. Jangan ingat semua budak boleh naik. 

Oklah.. That's all.

Mohd Firdaus Mat Saad
Motivating And Inspiring Others

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top