Assalamualaikum,

Apa khabar semua  pembaca blog Mariafirdaus.com.my? Kami doakan anda sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera disamping keluarga tersayang. Terima kasih sudi melawat blog kami.

Hari ini kami nak share kisah kejayaan seorang lagi ahli team Maria Firdaus Millionaires in Shaklee (MFMS) yang berjaya naik ke rank SUPERVISOR pada bulan lepas iaitu October 2017.

FYI, SUPERVISOR adalah RANK PERTAMA sebagai seorang SHAKLEE BUSINESS LEADER SHAKLEE.

Mereka yang berjaya menjadi SHAKLEE BUSINESS LEADER setiap bulan layak menikmati:-

✅ CASH BONUS 4-5 ANGKA sebulan.
✅ Berpeluang mendapat CAR BONUS.
✅ Berpeluang menyertai FREE TRIP dalam dan luar negara.
✅ Berpeluang menyertai SEMINAR SHAKLEE secara percuma.

Sebab tu lah, once naik ke rank Supervisor, jalan semakin terbuka luas untuk kita membina EMPAYAR BISNES kita sendiri yang semestinya boleh diwariskan kepada anak cucu cicit kita kelak. InsyaAllah.

So jom kita baca kisah kejayaan Eeda yang dapat rasa sendiri Shaklee Effect, jatuh cinta dengan Shaklee dan berjaya naik ke rank Supervisor.


New Shaklee Supervisor Oct 2017, Sharifah Nurleeda. 


Assalamualaikum.

Saya Eeda dari Seri Kembangan, Selangor.

Berumur 38 tahun dan bekerja sebagai System Support di sebuah university swasta di Cheras.


BAGAIMANA SAYA MENGENALI SHAKLEE

Saya mengenali produk Shaklee dari FB kawan saya yang sama-sama belajar di UPM dulu, merangkap mommy Shaklee saya sekarang, Kam Haryatie a.k.a Mommy Shahab. 

Asalnya cuma nak beli vitamin C je sebab masalah jerawat dan parut tapi end up terbeli SET CANTIK (ESP, Vitamin C, B Complex, Alfafa, Vitamin E) dan SET SENDI (AJHT, Ostematrix dan Omegaguard) untuk mak saya.

Alhamdulillah saya dapat register sebagai ahli Shaklee dengan FREE MEMBERSHIP.


MY SHAKLEE EFFECTS!

Syukur Alhamdulillah, banyak sangat effects yang saya dapat sejak consume vitamin Shaklee, and of course dengan sukatan yang betul.

✅ Jerawat dan parut di muka semakin berkurangan.
✅ Resdung semakin baik.
✅ Badan makin bertenaga.
✅ Dulu demam setiap bulan, sekarang sistem imun makin kuat.
✅ Rabun hampir tiada, dan silau hilang terus.

Dengan konsisten Set Cantik (ESP, Vitamin C, B Complex, Alfafa, Vitamin E), Alhamdulillah, jerawat dan parut pada muka saya sekarang makin berkurang.

Selain dari tu, antara effect terawal yang saya dapat, saya rasa resdung saya berkurangan. Pagi pagi tak bersin dah, mata pun dah kurang gatal. Plan nak cantik tetiba resdung pun hilang! Alhamdulillah.

Badan pulak rasa makin bertenaga. Bila dah rasa kesan best, saya pun mula teringin nak try produk-produk Shaklee yang lain.

Masa tu saya jugak ada masalah demam setiap bulan. Dah hampir 6 bulan masalah ni. Setiap bulan mesti MC sampai doctor kat klinik di office pun dah tau. Memang tiap-tiap bulan mesti melawat doctor tu.

So saya decide nak try Vitalea Multivitamin, produk Shaklee yang dah dicipta sejak lebih 100 tahun lalu. 

Amazingly! Lepas konsisten consume Vitalea, Alhamdulillah next month tu saya dah tak demam, tunggu lagi next month pun tak demam, sampailah dah lebih setahun, saya tak demam dah. 

Alhamdulillah! Saya memang suka giler. This is good. Yes, Shaklee effects ni yang buat saya makin jatuh cinta dengan produk Shaklee! Kesihatan saya bertambah baik dengan izin Allah.

Satu lagi Shaklee effect yang best saya dapat ialah rabun hampir tiada, silau hilang terus! 

Saya ni sebenarnya ade rabun sikit, memang sepatutnya kena pakai spek tapi saya tak nak sebab tulang hidung sakit bila pakai spek. Silau pun tinggi sebab tu saya tak suka drive malam, bila cahaya lampu kereta kena mata, saya tak nampak depan.

Alhamdulillah, dengan izin Allah, lepas amalkan 2 botol Vivix, rabun dan silau ni hilang.

Allahuakbar, bahagia giler rasa. Syukur sangat Allah temukan saya dengan produk Shaklee yang hebat, dan terbukti selamat dan berkesan.


BAGAIMANA SAYA MULA BISNES SHAKLEE

Asal saya join Shaklee saya tak fikir pun nak buat bisnes, cuma nak makan vitamin jer. Walaupun lepas register tu, mommy Shaklee saya ade bagitau pasal peluang buat bisnes.

Tapi bila dah rasa sendiri Shaklee effect, especially lepas saya dah tak demam setiap bulan, saya rasa saya kena kongsi kebaikan Shaklee ni dengan semua orang keliling saya.

Sebab saya tahu, ahli keluarga, kawan-kawan saya pun masing-masing ada banyak masalah kesihatan. Takkan saya nak simpan sorang-sorang je kebaikan yang dah rasa, kan?

Ada seorang kawan office yang perasan saya dah tak MC setiap bulan macam selalu. Sebab dia yang kena cover saya kalau saya MC.

Dia yang notice dan cakap, "Eh macam dah lama ko tak MC kan. Kalau tak mesti tiap bulan ko pi melawat Dr. Margaret".

Sejak tu saya pun start share pasal Shaklee dengan kawan-kawan saya.

Saya juga bagitau mommy Shaklee saya, yang saya nak start buat bisnes Shaklee.

Saya mula belajar lebih lanjut pasal produk dan peluang yang ada dalam bisnes Shaklee.

Ada banyak info dan kelas yang mentors kami dah sediakan dalam group Shaklee members, tinggal kita nak proaktif belajar dan amalkan apa yang kita belajar.


KENAPA SAYA YAKIN DENGAN BISNESS SHAKLEE

Sebab utama saya decided nak buat bisnes Shaklee adalah kerana Shaklee effects yang saya dapat.

Produk yang bagus means kita dapat tolong ramai orang. Bila ramai orang dapat kesan yang baik so kite pun dapat feedback yang best jugak.

Actually saya memang cari bisnes yang betul-betul boleh bantu orang. 

Saya pernah terlibat dengan salah sebuah company takaful. Cuma saya kurang berkenan dengan prinsip,  jangan cari orang yang sakit, cari orang sihat supaya kita takkan ada masalah nak kena turun naik hospital untuk settlekan kes customer.

So bagi saya cara ni bukanlah sepenuhnya nak bantu orang.

Then bila saya terjebak dengan bisnes Shaklee, yes saya rasa Shaklee is the best business untuk kita tolong ramai orang.

Dengan Shaklee, 
✅ Kita tolong orang sihat untuk kekalkan kesihatan sepanjang usia. 
✅ Kita tolong orang sakit untuk improve dan dapatkan kembali kesihatan. 
✅ Kita tolong orang yang nak tingkatkan ekonomi dengan bisnes Shaklee. 

Semua orang kita boleh tolong. No exception.

Ini yang buat saya sangat yakin dan sayang dengan bisnes Shaklee. Bukan duit semata yang dikejar tapi manfaat produknya pada ramai orang.

Saya pernah jugak dapat offer untuk join bisnes dengan company supplement lain. Mereka mention tentang bonus yang lebih banyak, lagi senang naik pangkat dan macam-macam lagi.

Tapi saya takde hati pun, sebab hati saya dah jatuh pada Shaklee. Tambahan lagi, saya rasa ada sedikit perkara yang tak adil dalam bisnes yang lain tu.

Bagi saya, bisnes Shaklee dah ada produk yang terbaik, world class quality products!

Bisnes plan Shaklee pun sangat adil. Siapa usaha, InsyaAllah dia dapat hasilnya, tak kira kita dia level mana pun.


CABARAN YANG DIHADAPI

Sebenarnya, memang macam-macam cabaran yang saya hadapi. Cabaran dengan orang sekeliling dan jugak diri sendiri. Family antara cabaran yang agak besar.

Bukan takde yang buat bisnes dalam family saya, ada, tapi bisnes kecik-kecik jer. Bukan bisnes yang serius macam Shaklee.

So mostly family saya tak suka saya involve dengan bisnes yang perlukan saya attend kelas, belajar macam-macam untuk tambah ilmu. Bagi diorang nak bisnes, jual ajelah, tak perlu kelas-kelas ni semua. Mindset tak sama.

Kalau tak belajar macam mana nak maju dalam bisnes? Sampai bila-bila kat tahap tu je la kan.

So macam-macam cara saya buat supaya saya boleh attend kelas Shaklee. Hehehe.

Cabaran dari kawan-kawan pun ada. Bila saya start sharing pasal Shaklee di FB, ada kawan yang unfriend dan unfollow. Mula-mula saya down jugak.

Tapi one thing bila terlibat dengan bisnes ni kita akan belajar untuk jadi sado. Bukan sado badan tau. Hehehe. Sado mental dan emosi. Ape pun orang cakap kita dah tak kisah dah. Senyum jer.

At one point kita dah tak kisah orang yang jauhkan diri dari kita, dan kita akan pandang ke depan jer, looking for new friends dan better opportunities.

Sebab kita tau apa target kita dan apa yang kita nak dalam hidup kita sendiri. Orang-orang lain takde kaitan pun dengan hidup kita. Kalau kita susah pun bukannya orang-orang tu yang nak tolong kita kan?

Tapi cabaran hebat adalah diri sendiri sebenarnya. Bukan senang untuk paksa diri keluar dari comfort zone, dari rutin hidup yang biasa. Ini sayalah. Orang lain mungkin tak sama.

Buktinya dulu saya memang tak fokus. Buat bisnes pun on off. Sebab tu tak naik-naik rank pun.

Tapi once saya ada ada target dan memang nakkkkk sangat capai target, saya sendiri push diri untuk lebih fokus, ditambah lagi terbakar tengok kejayaan orang lain dalam Shaklee ni.

So saya fikir, kalau diorang boleh capai, saya pun mesti boleh!


KEJAYAAN TERKINI DALAM SHAKLEE

Alhamdulillah syukur pada Allah, akhirnya pada Oct 2017, saya berjaya jugak capai rank SUPERVISOR, iaitu rank pertama sebagai Shaklee Business Leader, dan genggam bonus Shaklee 4 Angka pertama saya. 

Allahu rasa nak nangis bila dapat. Actually dah nangis pun. It’s not easy untuk saya capai rank ni.

Walaupun ada orang senang jer dapat, tapi bukan pada saya. Serius, saya perlukan usaha yang gigih, mental dan emosi yang sado, dan paling penting fokus dan konsisten dengan usaha.

Yang paling utama, syukur pada Allah yang izinkan saya capai target untuk naik rank. Terima kasih Allah kerana makbulkan doa saya.

Saya nak ucap terima kasih untuk semua yang support saya, bagi sokongan pada saya, jadi 'jerung' untuk saya, keep on pushing me, sentiasa mengingatkan saya, sentiasa tegur saya, sentiasa membakar semangat saya. Tak tau nak describe betapa berterima kasihnya saya pada mereka.

Mommy Shaklee saya, Kam Haryatie, thank you sebab jadi mommy yang sentiasa mengingatkan dan mendoakan.

My Uplines, Affni, Masters Maria dan Firdaus terima kasih atas support yang tak henti.

Master Ira, Master Hafizan, thank you atas semua teguran yang sangat membina.

Master Ainul, thank you so much sebab cuci bersih otak masa kat Maldives dan jadi 'jerung' untuk pastikan saya capai target.

Terima kasih atas doa semua. Tanpa izin Allah, tanpa pertolongan dan doa dari semua, belum tentu saya berjaya naik rank. Alhamdulillah.


NASIHAT KEPADA SEMUA

Lepas cuba sendiri produk Shaklee, sekarang saya yakin Shaklee adalah suplemen terbaik untuk bantu tingkatkan dan kekalkan kesihatan kita, dan bantu kita lebih cergas dan bertenaga. 

Jangan tunggu dah ada macam-macam penyakit kronik baru nak amalkan suplemen.

Sepatutnya amalkan suplemen sejak masih sihat untuk kekalkan kesihatan kita sepanjang hayat. 

Seriusly korang takkan menyesal kalau cuba produk Shaklee. Kalau menyesal pun, sebab kenapa tak try produk ni dari awal, macam saya dulu. Hehe.

Produk Shaklee dah terbukti sejak 100 TAHUN dulu, sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI. 

Trylah dan rasa sendiri the Shaklee Effects, then you will know why I really love Shaklee products.

Dulu, saya pun cuma nak makan vitamin jer, tak terfikir pun nak join ahli apetah lagi nak jual.

Tapi once saya dah makan dan rasa efek yang best, saya sendiri tak tahan nak cerita kat orang pasal produk yang kita makan. Mesti kita nak orang lain pun dapat rasa kesan yang kita dah rasa kan. Jangan simpan kebaikan sorang-sorang. 

Dengan sharing, kita dapat bantu orang lain. Dan sebab bantu orang lain, Shaklee reward kita dengan macam-macam bonus pulak.

Bukan setakat Cash Bonus jer, Car Bonus, Free Trip pun kita berpeluang dapat. Semuanya bergantung pada hasil usaha kita.

Kepada semua Shaklee distributor yang sedang berjuang dalam bisnes Shaklee ni, especially yang belum ada rank macam saya dulu. Keep on fighting. Don’t stop.

Dari bonus kecik kita akan dapat yang besar. Memang makan masa. Sabar dan teruskan usaha.

Macam saya 2 tahun baru dapat capai rank Supervisor. Tu baru rank pertama, jauh lagi perjalanan ke puncak Master.

Memang tak senang, tapi once kite capai target kita akan rasa puas. Itulah manisnya dari susah payah kita.

Dan percayalah the power of FOCUS. Istiqomah berusaha. Jangan mengalah. Paling penting sentiasa berdoa.

InsyaAllah, saya takkan stop, saya pasti usaha sehingga berjaya capai semua impian saya dengan Shaklee. Ramai lagi yang saya perlu bantu. Mohon anda semua doakan kejayaan saya ya.

Terima kasih Allah, terima kasih untuk semua yang banyak bagi semangat pada saya.


Eeda
Seri Kembangan, Selangor
November 2017

=================


Tahniah Kak Eeda atas kejayaan cemerlang sebagai Shaklee Business Leader pada bulan Oct 2017.

Thanks for great sharing, semoga dapat beri manfaat kepada yang lain.

Kami doakan Kak Eeda terus berusaha dan cemerlang hingga ke puncak Master!

Untuk orang KL / Selangor yang berminat nak dapatkan produk Shaklee, boleh hubungi Eeda di 012-3894274. 

Thanks for reading! :)

Master Maria Firdaus
Motivating and Inspiring Others

~~~~~~~~~~~~~~

Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah. 

Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Maria untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

MASTER KAM MARIA
Certified Shaklee Product Consultant
Founder of Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire
Shaklee ID : 881455
come_maria@yahoo.com
019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp)


0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top