By : Mohd Firdaus Mat Saad

Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Semoga Allah memasukkan kita semua ke dalam syurga tanpa dihisab. Terima kasih sebab sudi melawat blog kami.

Ini sambungan dari entry sebelumnya:-

Travelog Turki - Day 3 : Kusadasi - Leco Leather - Ephesus - Isa Bey Mosque - Pamukkale

Jom tengok perjalanan kami hari ke-4 pulak. 



Memandangkan perjalanan kami harini adalah yang paling jauh iaitu dari Pamukkale ke Cappadocia sejauh 613km, kami perlu bersiap lebih awal. 

Wake-up call jam 5 pagi, breakfast jam 6 pagi dan bas bertolak jam 7 pagi. 

Semua mesti punctual. Kalau tidak, perjalanan jauh akan mengambil masa yang lebih lambat untuk sampai ke destinasi.


Breakfast seperti biasa. Anda pergi lah mana mana hotel pun, lauknya hampir sama. 


Sayur jadi makanan wajib mereka.


Bergambar kenangan di depan hotel Pamukkale Ninova sebelum memulakan perjalanan. 


Selepas beberapa jam perjalanan, stop for Comfort Break di Anatolia.


So time ni boleh lah nak ke toilet, nak makan, minum or shopping. Masa yang diberikan adalah 15-20 minit setiap kali break. Ini antara kedai yang terdapat di situ. Ramai jugak group kami yang ambil kesempatan shopping di sini. 


Perjalanan di teruskan lagi 2 jam. Boleh tengok pelbagai pemandangan menarik sepanjang trip ini. Ini gambar segerombolan kambing biri biri baru je melintas jalan. 


Alhamdulillah kami selamat sampai di Konya sekitar jam 12 tengah hari dan berhenti untuk lunch.


Apa yang kami suka bila travel dengan pakej macam Kembara Sufi ni, kita dah tak payah risau pasal makan. Biasanya restoren makanan yang mereka pilih memang selesa. Cuma kesedapan makanan bergantung kepada tekak individu lah hehe. So far kami puas hati dengan semua restoran yang dipilih. 


Di mana mana pun, sup ni macam pembuka selera untuk semua orang. Boleh cicah dengan roti. 


Roti with cheese ni sedap jugak.


Dalam terung tu ada daging masak kari. Rasa pun ok not bad. 


 Alhamdulillah, sedap sampai licin semua pinggan Tour Leader kami, Shahnom. Hehe. :)


Lepas lunch, kami menuju ke masjid untuk Solat Jamak Taqdim. 


Antara design masjid yang agak moden di Turki.


Pandangan hadapan masjid.


Banyak masjid yang kami singgah siap ada lift lagi tau. Memang awesome!


Kubah masjid yang besar dan cantik. 


Alhamdulillah, dah selesai solat.


Kami pun menaiki bas ke destinasi seterusnya, iaitu Mavlana Museum.


Mavlana Museum


Di Mavlana Museum ini terletaknya makam Maulana Jalalaludin Muhamad Rumi, seorang pujangga Islam yang sangat terkenal pada kurun ke 13.

Beliau sangat terkenal pada zamannya, dan menulis ratusan puisi yang terkenal dalam berbagai bahasa seperti bahasa Persia, Arab, Turki dan Yunani.

Maulana Rumi diundang ke kota Konya oleh Sultan Seljuk. Sultan menawarkan sebuah taman mawar sekaligus sebagai tempat pemakaman ayah Rumi.

Di sini, Maulana Rumi mulai menyebarkan sufi yang akhirnya dibangunkan Mevlana Museum.

Pada tahun 1926 ketika Ataturk berkuasa di Turki, makam dan masjid ini dijadikan Museum Mevlana untuk mengenang kisah para Sufi.



Maulana Jalalaludin Muhamad Rumi juga dikaitkan Tarian Sufi (The Whirling Dervishes) kerana ramai pengikutnya mengamalkan zikir sambil menari berpusing-pusing.

Tarian Sufi berasal dari kota Konya ini. Ia melambangkan keikhlasan seorang manusia sebagai mahluk ciptaan Tuhan dan bagaimana seorang manusia berputar melawan jarum jam sambil melafazkan kalimatullah agar bisa mencapai kesempurnaan dalam setiap doa yang dilafalkan didalam hati dan fikirannya.

Anda boleh lah google kalau nak tahu lebih lanjut tentang Maulana Rumi dan Tarian Sufi yang sangat terkenal di Turki.


Sebelum masuk, kita ambil Group Photo dulu. 


Dengan Kak Ina dari Johor. Seronok dia sebab company sponsor ke Turki ni dengan husband sekali.


Jom masuk ke muzium. 


Kisah sejarah Mavlana Museum. 



Dahulu tempat ni turut berfungsi sebagai masjid. Ini tempat mengambil wuduk. 


Di Turki, mereka sangat menitik beratkan seni bina yang cantik. 


Depan pintu muzium.


Semua orang wajib meletakkan plastik di bawah tapak kasut mereka untuk menjaga kebersihan dalam muzium.


Makam para Sufi. 


Juga terdapat pelbagai parangan antik yang dipamerkan. Dibelakang tu tempat isi air, nak isi air pun bekasnya mereka lukis dengan khaligrafi yang sangat cantik dan halus.


Makam Maulana Jalalaludin Muhamad Rumi. 


Eren menceritakan sejarah kawasan ini kepada kami. Ramai yang dengar, harapnya semua faham. Hehe.


Kubah di dalam muzium.


Dalam banyak banyak, saya kagum dengan benda ni. Menurut Eren, Tour Guide kami, yang warna putih tergantung ni, asalnya adalah satu batu marmar yang panjang. Kemudian, mereka ukir dan pahat batu ini untuk menjadi bola dan rantai sebegini.

Dalam bola yang berlubang tu, ada lagi satu bola. Bola tu diukir dari celah celah lubang tu jer. 

Sebabnya, bola putih di luar tu tak ada tempat masuk. Macam mana bola di dalam tu nak masuk ke dalam. Tiada cara lain melainkan bola di dalam itu diukir dari celah celah lubang luar tu.

Dan kalau masa buat tu then terpatah, maka semua barang tu kira tak boleh pakai dah. 

Ada bahan ukiran yang mereka buat sampai 2 tahun, 5 tahun dan ada yang ambil masa 10 tahun untuk siap. Subhanallah.


Juga dipamerkan Al Quran tulisan tangan pada tahun 1452.


Al-Quran ini ditulis pada tahun 1851.


Di sekitar muzium ini.


Masuk ke kawasan dapur mereka pula.


Patung yang menunjukkan kehidupan para Sufi zaman dahulu. 


Kalau anda jenis minat sejarah, boleh lah baca lebih details di Wikipedia. Mavlana Museum. 


Dah selesai lawatan. 


Ambil gambar sekitar muzium. 


Seterusnya, kami naik bas semula untuk ke next destination. Selepas 2 jam, sampai ke tempat ni, so semua pergi toilet dulu dan hakak hakak ni apa lagi, shopping dulu.


Perempuan dan shopping berpisah tiada. Biniku pun terjebak sama beli satu dua barang di sini.


Sultanhani Caravanserai


Kemudian kami di bawa ke Sultanhani Caravanserai, sebuah hotel dibina pada tahun 1229. 


Sekitar 800 tahun dahulu, laluan ini dinamakan Silk Road atau pun Laluan Sutera.

Banyak pedagang yang berdagang melalui jalan ini. Zaman dulu, mereka travel pada waktu siang sahaja, sebab malam sangat sejuk, gelap, dan akan ada risiko berlaku rompakan terhadap barang dagangan mereka.

So, tempat ini dibina oleh pemerintah pada zaman tu, berfungsi macam hotel, tempat rehat dan rawat (R&R), dan mereka diberi perlindungan oleh pemerintah, sebab tu ada kubu tinggi di sekelilingnya.

Secara purata, mereka boleh travel dalam 25 km sehari. So setiap 25km akan dibina hotel macam ni. Ini adalah untuk menarik lebih ramai pedagang datang ke kawasan ni.  


Sejarah bangunan ini.


Jom tengok apa ada di dalam. 


Sebelum tu kita ambil gambar dulu. 


Sebelah kanan adalah tempat mereka menempatkan binatang tunggangan mereka seperti keldai, kuda atau unta. Ada tempat ikat dan tempat makanan buat binatang ini.


Dibahagian belakang ini pula ada banyak bilik bilik untuk satu kumpulan orang berdagang. Mereka akan bayar ikut berapa bilik yang mereka sewa.


Disini juga disediakan Masjid untuk para pedangang zaman dahulu bersolat.


Dan yang paling unik adalah tangga ini. Sempoi aja tangga tak ada railing.


Dalam kawasan ni siap ada kemudahan tandas, bilik mandi dan kelengkapan untuk para pedagang. 


Ok, dah selesai lawatan, kembali ke bas. Anda tengok, kat depan tu ada lagi satu bas. Ia bawa lagi satu rombongan dari Malaysia juga. 

Untuk makluman anda, yang ikut trip bersama kami pada hari yang sama dan itenary yang hampir sama ada 4 syarikat. Yang berbeza hanya Nama Syarikat Agen kita ikut di Malaysia dan Harga. Di Turki, semuanya itinerary nya hampir sama.


Alhamdulillah, selamat sampai di Gold Yildrim Hotel, Cappadocia. 


Bila sampai ke hotel, dinner dulu. 


Taraaa... Surprise Cake untuk Syed Hafiz Dzulkifli, birthday pada 16 Oct. Kami dah inform awal awal kat Tour Leader kami, hari ni Birthday Hafiz. 

So, dia cakap jom kita buat surprise. Siang ni kita jangan wish dia, buat rileks jer. Malam nanti masa makan kita bagi cake kat dia.

Happy Birthday Abang Hafiz. Life begins at 40!


Disebabkan tak ada bini nak suapkan kek ni, biras wakilkan kakak ipar tolong suap untuk Birthday Boy. Haha. 


Alhamdulillah, selepas perjalanan yang jauh harini, dah boleh landing atas katil. 


Nice room. 

So, apa itenary untuk esok. Apa lagi kalau bukan HOT AIR BALLON.

Highlight of this Tour.

So, next entry will be HOT AIR BALLON yer. Tunggu!

Wassalam

Mohd Firdaus
Motivating And Inspiring Others


Jika Anda Ingin Mengikuti Trip Sebegini, Sila Hubungi Nombor Di Bawah Yer



Harga yang ditawarkan adalah RM3999 + RM200 ( Tipping ) = RM4199 Sahaja.
Trip Untuk Tahun 2018 Sudah Dibuka Sekarang.

Jika berminat, anda boleh Whatsapp :  019-302 6460

Cakap ajer, nak pakej Turki macam Maria Firdaus ambil. 


Atau Klik Link Ini : http://bit.ly/kembarasufi-turkey  Anda Akan Direct Whatsapp Ke Kembara Sufi

Jika Ada Mana Mana Travel Agen Yang Ingin Mendapatkan Khidmat Penulisan Berinformasi Sebegini Dalam Trip Anda, Sila Hubungi Saya. 019-5782515. Just Bawa Saya Ikut Trip Anda Dan Saya Akan Mempromosikan Syarikat Anda Secara Percuma.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top