Assalamualaikum,

Apa khabar semua? Terima kasih sudi melawat blog kami.

Di kesempatan ni, kami ingin SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN untuk semua pembaca blog Mariafirdaus.com.my.

Even Syawal sudah menjengah hari yang ke 13, rasanya belum terlewat untuk kami kongsikan gambar gambar raya kami di sini yang serba sederhana.

Jom layan.

Malam Raya


Berbuka puasa malam terakhir.


Surau baru depan rumah saya. Dirasmikan pada malam raya. Baru saja siap. Solat Maghrib adalah solat pertama kami semua di surau ini. Selepas Isyak, takbir raya bersama warga Simpang Empat, Kampung Kedah, Parit Buntar.


Poster baru di depan pintu masuk rumah. Mak tak suka dengan gambar sebelum ini. So, kami tukar dengan yang ini. Alhamdulillah, mak suka. Malam raya baru siap pasang. Hehe.


Ni gambar asal yang mak kurang berkenan. Huhu.. Mak kata dia tak suka gambar orang dalam rumah. Saya dah berhujah beberapa kali berdasarkan apa yang diterangkan oleh Ustaz Zaharudin. Tapi, mak tetap tak setuju. So, nak tak nak saya tukarlah juga.

Nanti saya share mengenai kisah ini.


Malam raya, main bunga api dulu. Alhamdulillah, kami main pun bunga api yang kecil kecilan ajer. Sesuai la dengan anak sedara yang kecik kecik lagi.

Bergambar Bersama Keluarga Di Pagi Raya



First of all, bergambar dengan semua ahli keluarga. Tahun ini semua orang balik beraya di Parit Buntar. So, Alhamdulillah. Memang agak meriah.


Gambar Fawwaz tu dah tak dapat diselamatkan lagi. Moody pulak dia pagi ni. 


Family abang sulung


Lagi family Abg Jan

Solat Hari Raya


Surau just depan rumah saya. Lintas jalan semua anak anak sedara. Mak pagi raya tak larat jalan pulak. So, kena naik wheelchair.


Surau baru kami dipenuhi dengan ahli qariah. Alhamdulillah. Dapat disiapkan on time walaupun ada yang masih belum sempurna.


Fawwaz pun nak ikut gi solat jugak... Sampin ntah ke mana, songkok ntah ke mana...


Saya diminta untuk menyampaikan khutbah kali ini. 


Fawwaz khusyuk mendengar khutbah raya kali ini.


Selesai solat, Maria bergambar dengan  Farees dan Fateh


Balik rumah, sebelum menjamu selera sambung ambil gambar balik.


Asalnya saya pakai sampin singkat ajer, Maria suruh labuhkan sket. Hehe. Gurau jer.


Dengan budak budak kecik ni bukan senang nak ambil gambar.


Farees dan Fateh yang comel.

Beraya Di Rumah Jiran Dan Saudara Mara


Beraya di rumah jiran, Tuan Haji Hassan. 

 

Then ke rumah kawan baik mak. Fawwaz terjumpa buaian ni. Terus naik tak nak turun pulak.


Jom makan lagi..


Ke kampung arwah abah di Bagan Serai. Terjumpa pulak kereta tolak ni, semua orang pakat pakat nak naik. 


Bukan main suka lagi


Kampung halaman arwah abah.

Rumah Terbuka Raya Kedua

Kami adik beradik berpakat nak buat rumah terbuka di sini. Semua saudara mara dari belah arwah abah dan mak dijemput hadir. Tak dilupakan, jiran tetangga.

Tujuannya satu, nak merapatkan hubungan sesama ahli keluarga since semua adik beradik saya ada di sini.

Kami sediakan makanan untuk 400 orang. Namun, saya rasa tetamu yang hadir sekitar 600 orang. Alhamdulillah.


Preparation di awal pagi hari raya kedua.


Makanan disediakan oleh Hj Hud Catering.


Sebelum orang datang, kami anak beranak makan dulu.


Batch pertama yang sampai. Bermula jam 11 pagi. 


Ni baju raya tahun lepas. Warna biru juga. Hehe. 


Tetamu surprise. Jauh Kak Tun datang, dari KL untuk hadir ke rumah terbuka kami. Betul betul terkejut. 

Saya sekadar berkongsi kos yang dibelanjakan untuk open house. At least anda boleh buat anggaran kalau nak buat rumah terbuka nanti.

1. Khemah - 2 Unit x RM240 = RM480
2. Makanan Nasi Minyak Dan Lauk - 400 x RM7 sekepala = RM2800
3. Satay - 3000 cucuk x RM0.60 = RM1800
4. Apom Balik - 600 Biji x RM0.60 = RM360
5. Cendol - 400 Mangkuk x RM1 = RM400
6. Duit Raya - RM300

Anda totallah sendiri yer.

Akhir kata, saya dan Maria ingin ucapkan sekali lagi kepada anda semua pembaca setia blog Mariafirdaus ini dengan ucapan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.



Thanks kerana sudi membaca blog kami.

Wassalam

Maria Firdaus
Motivating And Inspiring Others

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top