Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang oleh Allah.

Saya doakan, kita semua berjaya mencapai kejayaan hidup di dunia dan di akhirat.

Ini adalah sambungan dari entry sebelum ni:-


Day 5 - Tokyo City

Jika ikutkan jadual kami untuk hari ini, kami akan ikut acara berikut :

i. Visit Asakusa Kannon Temple, Nakamise Street
ii. Sumida River Tokyo Cruise
iii. Odaiba Waterfront

Tapi seperti biasa, Shaklee sentiasa berikan kami kejutan.

Itenary yang pertama diubah kepada visit Shaklee Japan office dan juga Tokyo Tower.

Macam best ajer.

So, jom kita layan gambar untuk Day 5 kami di Japan.

Breakfast Di Hotel


Bersiap sedia untuk hari ini


Breakfast di hotel. Macam macam makanan ada. Gambar ni yang Maria ambil. Huhu. layan aje lah yer.


Dewan makan di Imperial Hotel


Bila jumpa pisang, kami semua ramai yang pakat pakat senyum. Masa kami gi US haritu, waktu breakfast selalu ada buah pisang. Banyak buah pisang diletakkan dan semuanya habis.

One day, waiter tanya kami, macam mana kami makan buah pisang sebab tak ada kulit. Kami makan sekali kulit ker? Then kami ramai yang tergelak. Sebenarnya ramai orang dok 'Tapau' pisang tu masuk beg. Sebab tu tak ada kulit atas meja.

Kali ni Shaklee dah sound awal awal, "Jangan Tapau Makanan Breakfast Di Hotel Sebab Ia Adalah Buffet". 

So di Jepun boleh jumpa kulit pisang atas meja sebab semua orang dah tak tapau buah buah.


Semua orang makan serentak waktu pagi


Tandas di Jepun memang super duper bersih. Betul la orang kata kalau nak tidur pun boleh. Seriously, memang saya akui tandas mereka bersih.


Yang merah kiri untuk stop. Yang biru untuk 'tembak air' di lubang keramat. Yang pink untuk tembak air di tempat kencing. Memang perfect la tandas orang Jepun. Tinggal tak keluar tangan dari bawah tolong cuci kan ajer lagi. 


Maria hari hari nak bergambar dengan banner ni. Ntah kenaper yang dia suka sangat ngan banner ni saya pun tak tahu.


Waktu pagi di luar hotel


Jom jenjalan pusing bandar Tokyo


Di Jepun pun ada orang susah. Mereka tidak ada rumah. So mereka tidur bawah jambatan beralaskan kotak. So waktu siang mereka semua akan keluar mencari nafkah.

One good thing, kita tak akan jumpa orang minta sedekah di Jepun. Bagi mereka, walaupun mereka susah tapi mereka ada MARUAH diri. Jangan meminta. Mereka boleh bekerja, then mereka kerja. Antara kerja yang mereka buat adalah mencari barang recylce dari tong sampah dan jual di kedai recycle. 


Ok, dah sampai ke Menara Berkembar Tokyo.


Kami akan dibawa naik ke atas bangunan ini untuk melihat Tokyo dari atas. Semuanya dah dibayar oleh Shaklee. Tinggal bawa diri ajer. Best kan......


Sementara menunggu waktu dipanggil ke atas, kami bergambar dulu di bawah.


Di Jepun, it's all about time. Jika kita janji untuk naik pukul 10 pagi, so pukul 10 pagi la kita punya turn naik. Kalau datang awal tak akan dilayang. Kalau datang lambat, bye bye. So, must be PUNCTUAL.


Banyak pula bunga disekitar banugnan ini di bawah


Alrite masa dah time. Jom naik Menara Berkembar Tokyo. Sebenarnya ini adalah salah satu dari bangunan pejabat kerajaan mereka.


Macam macam kita boleh lihat dari atas ni 


Here we go. This is Tokyo City Centre.


Dari keseluruhan kota Tokyo, hanya yang warna hijau itu sahaja pokok. Yang lain semua dah ditebang untuk pembangunan.


Jumlah penduduk di Jepun adalah 120 juta orang. Di Tokyo sahaja ada 20 juta penduduk. So, selagi mana ada tanah di Tokyo ni, disitulah ada orang. Kalau kita tengok rumah dan bangunan tinggi ini, dekat dalam tanah ada lagi. Huhu...


Boleh kita bayangkan, kalau semua penduduk Malaysia dikumpulkan di Kuala Lumpur. Haa.. Macam tu lah di Tokyo. 20 Juta penduduk tinggal dan bekerja di Tokyo. Cumanya, saya sangat respect denga mereka. Di sana saya tengok tak banyak kereta.  Penduduk Tokyo memang guna Public Transport seperti keretapi bawah tanah.


Di tingkat atas menara ini, ada tempat rehat 


Dan barang jualan untuk pelawat yang nak beli  


Next, we are heading to Shaklee Japan Office.


Tingkat 21


Been there


Love Shaklee..... 


Office President Shaklee Japan. So simple.


Turun ke bawah, kami bergambar lagi sementara menunggu bas untuk bawa kami makan tengah hari


Shinjuku 


"Cakkkkkk"



"Orang cakk.....Dia orang pun nak cak jugak..."


Dah sampai ke tempat lunch. Tapi disebabkan tempahan kami bermula jam 12:30 so kena tunggu dulu di bawah. Tak boleh masuk ke restoren lagi.


Di sini, ramai orang guna basikal. Lebih jimat dan mesra alam.


Even waktu tengah hari, jalan di sini tak jammmm... Memang tak ramai orang guna kereta.


Wowwww.. Masa dah time. Kami terkejut hidangan kami tengah hari ni. King Crab.


Subhanallah. Alhamdulillah. Dah la ku suka makan ketam. Dan Maria tak makan ketam. Terpaksalah ku cover bahagian Maria sekali.


Masuk ajer, dah nampak isi isi ketam menanti kami. Meleleh air liur wei. 


Masya Allah. Alhamdulillah.


Tangan ketam.... Isinya Subhanallah. memang sedap.


Habis kami belasah ketam ni...


Waktu makan bermula..... Semua khuyusk membelasah ketam ketam yang disediakan.


Dah siap makan. Turun bawah. Pusing pusing kejap. Jumpa Seven Eleven


Hasil tangkapan


Beli biskut coklat kapal ni lagi.  


Sessi sebelah petang pulak. Tokyo Cruise. Naik cruise selama satu jam untuk pusing bandar Tokyo.


Di Tokyo ada 'Lanca' untuk orang yang berminat nak naik. 


Masa dah sampai. Jom naik boat.


Shaklee tempah khas satu boat ni untuk kami semua. So, memang tidak ada orang luar dalam boat kami ni. Thanks Shaklee.


Dalam boat. Wajib ambik gambar dulu.


Antara boat yang kami berselisih dalam perjalanan ini.


Ni tingkat atas


Turun ke tingkat bawah pulak.


Najmi. Teringat kat bini ler tu.


Ok, dah sejam naik cruise. Kita ke Odaiba Waterfront pulak untuk tengok Statue De Leberty.


Di tepi jeti


Merenung masa depan.... "Adakah Allah akan beri peluang kepada ku dan keluarga ke Mediterranean Cruise di Europe 2018 nanti, percuma dengan Shaklee...."

Jom jenjalan.. baru lepas hujan. Memang sejuk bangat waktu ni


Jenjalan di sini menuju ke shopping complex. 


Dengar ajer shopping, semua laju ajer jalan.


Here we gooooo........


Tara.... Tempat shopping. Kami diberi masa tak banyak. Sekitar 45 minit saja untuk shopping di sini.


Maria sempat merembat dua beg ni. Anello adalah beg brand Jepun. So, tangkap dua butir buat kenangan.



Kalau shopping tu mesti barang Maria jer la. Saya tak tahu apa nak shopping di sini.


Background State De Leberty


Di sekitar kawasan shopping complex sementara menunggu bas.


Dinner malam ini. Bombay Cafe.


Akhirnya, selepas seminggu kami temui juga kari. Kesedapannya sehingga menjilat jari. Alhamdulillah. Seriously sangat sedap. Harga makanan ni sekitar RM80 untuk seorang. Tapi tak per jangan risau. Sebab Shaklee dah tolong bayarkan untuk kami.


Balik ke hotel, ada hadiah bandana Shaklee....


Nampak tak, Shaklee dah ajak kami untuk trip 2018 punya. So balik Malaysia nanti nak kena bersemangat betul betul buat bisnes.


Hadiah Lucky Draw semalam.. baru hari ni nak tengok.


Malam masih muda. Saya dan geng geng pusing pusing kota Tokyo. Tapi so bad, semua kedai dah tutup.


Akhirnya mereka ajak ke Hardrock Cafe. 


Layankan ajer la. Naik tren ke Ropponggi.


Sistem keretapi bawah tanah di Tokyo ada 13 lines. So kena faham betul betul untuk naik train ni supaya tak tersalah jalan. Kami naik Hibiya Line dari Hibiya ke Roppongi. Tiket dalam RM7 one way.


Hanya kami berenam ke sana. Maria tak minat nak join sebab nak kemas beg.


Terjumpa kedai 100 Yen. Macam kedai RM4. Semua barang RM4. Tapi dalam kedai ni macam tak banyak barang yang boleh dibeli bawa balik Malaysia.

Here we go. Akhirnya sampai juga.


Semua orang beli baju je. Harga dalam RM120 sehelai baju. 


Tangkap sebutir


Kat belakang tu dia punya cafe. Tapi kami tak ke situ la.


Balik singgah Turkish Restaurant untuk beli kebab

Anda ada apa apa nak kongsi atau katakan kepada kami? Sila tulis komen anda di ruangan komen di bawah yer. We love to hear some feedback from you.

Inilah sahaja perkongsian untuk hari ini. Selamat Day 5 kami. Alhamdulillah. Allah mudahkan segala urusan.

Day 6 kami akan dibawa ke Disneyland Tokyo.


Wassalam.

Master Maria Firdaus
Motivating And Inspiring Others

Berminat Untuk Buat Bisnes Shaklee? PM Maria 019-2592731 for detail.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top