Dilwale 2015
==========

Sejak balik haji 2011, saya memang dah tak minat nak tonton movie.

Kalau ada pun, satu dua movie omputih. Itu pun masa boring boring.

Hindustan dah lama gila tak tengok.

Ok. Dilwale 2015.

Dah tertengok. Tengok sorang sorang jer. Kawan bagi soft copy. So, tengok ikut laptop ajer la.

Kam Maria Abdul Mutalib​ masih 'kuat iman'.

Allah dah tutup 'nafsu' dia tengok TV or any movie. Bersyukurlah dia.

Komen saya untuk filem ini.

1. Macam biasa aja. Sama macam filem hindustan yang lain. Nak bercinta tapi ada halangan.

2. Kalau tanya saya cerita ni best tak? Jawapan jujur dari saya. Jalan cerita biasa biasa saja.

Cerita SRK dulu dulu masa saya muda muda jauh lebih best.

So, Dilwale ni bila nak dibandingkan dengan cerita dulu dulu bagi saya memang tak terbanding lah.

3. Saya tonton cerita ni dekat 40 minit saya dah mula rasa bosan. Apa la cerita ni sebenarnya.

Then bila sampai 1 jam 30 minit baru nak nampak jalan cerita. Ooohhhhh macam ni.

Bila dah nampak jalan cerita, dah boleh nak predict nak jadi apa lepas tu.

So simple.

4. Pandangan saya, yang belum tengok. Tak perlulah tengok.

5. Saya terasa seperti membuang masa 3 jam macam tu jer.

So, tak perlulah rasa terpengaruh dengan feedback cerita ni best yer.

Hahaha...

Kang ada yang marah aku pulak lepas ni sebab hentam filem ni.

Ok. Bye....

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top