Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Macam Mana Saya Beli Kereta?

Baru baru ni saya dan kawan kawan pergi jalan jalan. Dalam perjalanan, kami tonton video Dr Azizan Osman tajuk Seminar Magnet Kekayaan Dan Kejayaan.

Dalam video tu, Dr Azizan ada share kalau kita nak sesuatu yang kita nak, ambil gambar dengan benda tu, then tampal di bilik. Tengok hari hari sambil berdoa. Cakap kita nak benda tu.

Then kawan saya tanya, "Hang masa nak beli Vellfire hari tu buat macam tu jugak ka?"

Jawapan saya. "Ha ah... Saya tampal gambar Vellfire tepi katil saya. Saya baca doa hari hari. Saya start buat dalam Mei 2014 dan Mei 2015 saya terbeli."


Ini yang saya buat. Tampal gambar apa yang saya nak di tepi katil.

Then kawan saya tanya.

"So, apa kereta next  yang hang minat nak beli.....?"

Saya jawab, "Kalau tanya saya, saya tak ada lah plan nak beli kereta lagi buat masa ni. Sebab la ni dok fokus buat rumah. Banyak duit nak pakai buat rumah...."

"Tapi.... Kalau nak beli... The next car saya teringin nak beli Mercedes C200"

Then kawan saya kata. "Jom kita pi ambil gambar hang ngan C200 kat Showroom"


Ini model terbaru C200 CGI 2015


Apa lagi, the next day. Kami sampai di Showroom Mercedes di Juru Auto City. Kalau anda nak ke sini beli Mercedes, anda leh jumpa Salesman nama Chee Lee. Best servis yang beliau berikan. Ini nombor dia :012-4876766.


Baru saya masuk dalam kereta, kawan saya ambil gambar dulu. Bagus kawan saya ni, bersemangat bagi motivasi kat saya suruh beli. 

Masa ni juga Salesman tu datang kat kami. Then... Tiba tiba kawan saya kata, "Bos... kawan saya nak test drive."

Dalam hati, "Choy.... awat la pi minta test drive. Aku bukan nak beli pun. Aku nak mai tengok saja."

Tapi salesman ni kata, "Boleh, tapi minta IC dengan Driving License dan kena isi borang dulu."

Tetiba saya yang tadi rasa macam malu malu kucing, terpaksa berlakon.

Berlakon dengan confident gaya ala ala confident nak beli kereta. "Adoyai....."

Hakikatnya, memang la nak beli. Tapi bukan sekarang... Suatu hari nanti la. Tapi kawan saya ni terjadi PUSH FACTOR saya pulak.

Isi borang, macam macam soalan dia tanya dalam borang tu. Pendapatan sebulan la. Kereta yang dimiliki sekarang la.

Bagus betul soalan yang di designkan tu. Memang betul betul nak study pasal prospek. Senang mereka nak follow up nanti.


Tara...... Dah start leh bawa. 

Benda nombor satu yang paling lawak yang memalukan, saya masuk dalam kereta dan nak tarik kerusi ke depan. Ku gagau kat bawah kerusi nak cari padel nak tarik kerusi ke depan. 

Then salesman tanya, "Bos you cari apa?"  

Saya dengan confidentnya jawab, "Saya nak tarik kerusi ke depan. Mana tempat tarik?"

"Ohhhh Boss... Kereta ni pakai push button untuk seat ni. You tolak dekat situ.... Kereta ni ada seat memory. So, bila you bawa nanti. You tekan aja nombor, then seat ni akan terus ikut macam yang you nak."

Dalam hati.... "Adoyai.... Malunya aku...." 

Terus cover, "Haa... betul. Saya ada bawa abang saya punya kereta, memang adjust seat dekat sini."

Terus berlakon buat buat macam tak ingat... 

Then teruskan perjalanan...


Sejujurnya... Memang sedap bawa kereta ni. Ada banyak mode. Nak mode Sport. Mode Family. Dan lain lain lagi. Ikut cara drive kita nak. 

Masa jumpa bumper kat satu tempat tu, dia cakap. "Bos, depan tu ada bumber. Saya nak you tekan minyak. Speed bagi laju. You test tengok, apa impact dia....."

Apa lagi, saya pun terus tekan minyak. 

Amazingly, absorber dia memang power. Kereta ni mampu 'serap' kesan hentakan dan saya yang memandu tak terasa sangat. Memang best....


Seksi sungguh kereta ni. Punggung pun menawan.

Ok.. Lets talk about harga.

Harga kereta ni pada tahun lepas RM268,888 sahaja.

Tapi, selepas GST diperkenalkan. Tax berkurang. 

Harga terbaru kereta ini hanyalah RM248,888.

Kalau downpayment RM50k. 

Bulan bulan kena bayar RM2285.

So..... that's the price kalau nak pandu kereta Mercedes C200 yang baru.

Bila Nak Beli?

Bila saya nak beli kereta ni? Sembang pong pang pong pang.

Saya letakkan sasaran beli pada tahun 2016. 

Anda jangan tanya saya mana nak cari duit?

Saya pun tak tahu duit tu nak datang dari mana?

Tapi, saya yakin Allah akan bagi duit tu kalau kita dah berhajat.

Minta dari Allah. Jangan minta dari manusia.

Kalau seluruh alam cakerawala Allah boleh handle.

Setakat nak minta kereta ni dari Allah.... Alahai.... Nothing bagi Allah.

* Masa berhajat nak beli Vellfire pun, tak ada duit pun. Tapi minta saja dari Allah. Dan Allah bagilah jalan.......

So, anda yang baca ni. Tolong doakan saya ya.

"Ya Allah, Kau kabulkan impian Firdaus untuk beli kereta ni pada tahun 2016."

Cop : Tambah sket... Semoga plat kereta ni adalah MF8281

Thanks for reading.

Wassalam

Mohd Firdaus
"Nak Apa Apa, Minta Saja Dari Allah....."

Feel Free To SHARE Jika Anda Rasa Entri Ini Bermanfaat.

2 ulasan:

  1. Menarik..sy dah hampir 11tahun bersama Mercedes benz, selalu pandu test dan kerja baik pulih. Tapi dlm hati nk bela ayam mcm tuan, bantu org lain dan mendapatkan kereta idaman..insyaAllah..Amiin
    Kalau cita2 hampir kesampaian,nnt sy berhajat nk bersemuka dgn tuan,,hehehe share ilmu yer..

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top