Assalamualaikum,

Syukur kepada Allah, atas segala nikmat yang Dia kurniakan.

Terlalu banyak nikmat Allah yang perlu disyukurkan. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Semoga Allah merahmati kita semua.

Akhirnya, Saya Ada Buku Fizikal

Alhamdulillah, akhirnya impian untuk ada buku fizikal Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang sudah pun tercapai.

Penerbit baru hubungi saya dan memaklumkan buku ini akan dicetak dalam masa terdekat.

Untuk peringkat awal, sebanyak 2000 buku akan dicetak.

Jika ada permintaan, ia akan terus dicetak untuk cetakan kedua dan seterusnya.


Ini cover buku muka depan.


Ini cover muka surat belakang.

Buku ini setebal 150 muka surat. 

Ha.... Mesti ada yang tanya.. Agaknya berapa RM yang saya dapat untuk setiap buku yang dijual?

Just to share with you, sebagai penulis saya hanya dibayar lebih kurang RM1 untuk setiap buku ini. 

Kalau anda tanya saya berbaloi ke dengan bayaran ni?

Memang lah tak...

Tapi... Saya ingat lagi mengapa saya tulis buku ini.

Sebabnya, Allah bagi saya terlalu banyak nikmat. Dan nikmat ini perlu dikongsikan dengan orang lain.

Saya rasa ini adalah salah satu cara bagaimana saya boleh berkongsi ilmu yang Allah berikan kepada saya dengan orang lain.

Matlamat saya mudah, saya nak tengok anak bangsa saya berjaya.

Saya nak lihat lebih ramai pelajar hari ini dapat mengetahui cara mudah untuk belajar.

Semoga sedikit yang dikongsikan, banyak yang mereka akan faham nanti.

Semoga usaha ini diberkati Allah dan semoga ia menjadi pencen kubur buat saya nanti.

Anda berminat untuk dapatkan buku fizikal ini?

Insya Allah, dah ada nanti saya akan maklumkan diblog ini.

Terima Kasih Buat Abang Saya : Norafizal Mat Saad

Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada abang sulung saya, iaitu Norafizal Mat Saad kerana beliau antara insan yang banyak memainkan peranan dalam kejayaan saya hari ini.

Segala ilmu yang dikongsikan di dalam buku di atas adalah hasil didikan dan perkongsian daripada insan bernama NORAFIZAL MAT SAAD.

Terima kasih Abang Norafizal. Semoga Allah merahmati, memberikati hidup, diberi kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

Semoga apa yang saya kongsikan ini sedikit sebanyak akan tempias pencen kubur yang berpanjangan buat abang Norafizal nanti.

Thanks yer Abang Norafizal, I really love you.

Wassalam.

Mohd Firdaus
Mencari Pencen Kubur



0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top