Assalamualaikum,

Saya doakan agar Allah masukkan kita semua ke dalam syurga tanpa dihisab. Insya Allah.

Dalam sebuah hadis Qudsi dinyatakan yang bermaksud, 

"Dalam 1000 orang, hanya 1 orang sahaja yang akan masuk ke dalam syurga TANPA dihisab."

Maksudnya, lagi 999 orang tu akan ada yang masuk ke dalam neraka 1 minit, 1 jam, 1 hari, 1 minggu, 1 bulan, 1  tahun, 1 dekad, 1 kurun  atau pun selama lamanya. Nauzubillah.

Berdoalah agar kita semua itulah yang seorang itu. Yang menjadi insan terpilih untuk masuk ke dalam syurga tanpa dihisab. 

Ingat yer, kalau nak berdoa masuk ke dalam syurga, bukan sekadar "Ya Allah, masukkan aku ke dalam syurga Mu."

Tetapi, berdoalah "Ya Allah, masukkan aku dan ahli keluarga ku ke dalam syurga Mu TANPA DIHISAB"

Sebabnya, semua orang Islam akan masuk ke dalam syurga sekiranya ada secebis iman dalam dirinya. Tetapi, mahukah kita 'singgah' sekejap ke neraka.

Mati itu pasti. Sementara kita masih hidup ini, buatlah semua perkara yang mendekatkan diri kita dengan Rahmat Allah dan minta kita dijauhkan dari kemurkaan Allah.

Kisah Menghadapi Pekerja Bermasalah

Hari ini, saya nak berkongsi dengan anda satu kisah. 

Ia berlaku di reban ayam saya di Parit Buntar.

Ada seorang pekerja saya ini, saya pun tak tahu di mana silapnya. Dah dua kali saya suruh dia buat kerja ni, tapi dia tak buat.

Dan yang lebih menyentapkan saya, bila saya cari dia. Dia keluar. Rupa rupanya dia ada  buat kerja luar sedikit. Nak cari duit tambahan. Maklumlah, harga barang sekarang semua dah naik.

Saya suruh dia cuci bekas makanan anak ayam yang dah dikeluarkan dari reban. 

Dah berhari hari berjemur di luar reban. Kena hujan dan panas. Saya rasa dah tak boleh dibiarkan lagi. Takkan nak tunggu benda tu reput nanti baru nak basuh.

So, long story cut short. Saya pun tak mahu cakap banyak.

Kalau nak marah, nanti ia akan menyebabkan saya menyebarkan caj negatif kepada pekerja saya.

Saya tak mahu cakap banyak.

Saya ambil kereta surung, then saya ambil bekas makanan ni, saya ambil tangki hitam besar, isi air dan saya basuh sendiri semua tu.


Habis semua pekerja saya malu dengan saya. Semua cakap "Sorry Boss... Sorry Boss"

Saya cakap slow slow kepada mereka. 

"You di sini kena kerja betul betul. Kalau bos untung lebih, you pun dapat lebih. Bos seronok, you pun seronok. Jangan bagi bos marah dekat you. Nanti you susah, bos pun susah."

Adakalanya, kita perlu marah pekerja kita. 

Tapi, adakalanya kita perlu guna psikologi untuk memberi motivasi kepada mereka.

Sebab pekerja ada tunjang kejayaan kita dalam bisnes. Kita gembirakan mereka, insya Allah mereka akan gembirakan kita.

Kita nak bahagia? Belajar untuk membahagiakan orang lain.

Ini sahaja kisah yang ingin saya kongsikan hari ini.

Semoga bermanfaat.

Wassalam

Mohd Firdaus Mat Saad
"Bahagia Membahagiakan"

Tekan SHARE Di Bawah Jika Anda Rasa Apa Yang Saya Kongsikan Ini Bermanfaat. Jom Sama Sama Cari Pencen Kubur

1 ulasan:

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top