Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang membaca blog ini sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah. 

Semoga kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.

Jemputan Ceramah Motivasi

Hari ini, saya di jemput untuk menyampaikan ceramah motivasi sebagai persiapan terakhir kepada para pelajar Tingkatan 5 sebuah sekolah di Pulau Pinang.

Tempat ceramah adalah di The Ridge - Teja Of The Sea di Batu Kawan.

Terima kasih kepada cikgu yang terlibat yang menjemput saya untuk berkongsi dengan para pelajar.

Kisah Pagi Ini

Mengikut jadual, ceramah akan dimulakan pada jam 9.00 pagi. Saya sudah membiasakan diri saya untuk tiba awal di tempat program.

Ada sekali saya sampai lambat ke tempat program dan akibatnya sangat 'mengerikan'. So, sebagai langkah awal untuk mengelak kejadian berulang, saya keluar awal pagi ini.

Jam 7.30 pagi saya dah keluar rumah.

'Ujian' pertama saya adalah saya tersalah jalan ketika nak menuju ke tempat program. Saya tak pernah pergi ke tempat itu dan yang lebih best. Saya tak guna Waze pulak. Sebab cikgu sekolah dah bagi direction kat saya yang saya rasa sangat mudah di fahami.

Worst thing happen. Saya tersesat jalan dan hampir termasuk ke 'Jambatan Pulau Pinang' Kedua.

Allahukabar.

Saya dah tiba di Point Of No Return.

Dah sampai ke kaunter bayaran. Saya cakap kat pekerja tol tu,

 "Adik saya tersalah jalan, saya nak ke Bandar Cassia. Tapi saya dah terlepas masuk ke jambatan ni. Macam mana yer? Ader jalan ke nak u turn?"

Adik tu kata, "Abang bagi hazard light, then abang slow slow reverse. Sampai ke simpang tu abang masuk la ke Bandar Cassia. Tak per bang, kereta tak banyak. Abang reverse slow slow."

Fuh.... It's a risky decision.

Saya nak ke Pulau Pinang dahulu then patah balik which saya kena tambah jarak perjalanan lagi 40km untuk pergi dan balik atau saya perlu reverse 1km.

Saya baca Bismillah, saya pasang lampu hazard light dan terus reverse. Syukur, tak banyak kereta pada waktu itu. 

Rasanya, sepanjang 1km saya reverse tu ada lah dalam 15-20 buah kereta yang saya berselisih. So, kira ok lah. Not so risky.

Alhamdulillah. Saya selamat sampai di tempat program jam 8.10 pagi.

Pihak sekolah minta saya datang awal sebab kalau boleh nak start program jam 8.45 pagi.

Namun, bila saya sampai di situ. Tempat itu pun belum buka lagi.

Tersampai awal lah pulak.

Tapi bagi saya mudah, sebagai penceramah. Biar saya sampai awal dan tunggu orang dari saya sampai lambat dan orang tunggu saya. Itu tanggung jawab saya sebagai orang yang memberi ceramah motivasi.

Kalau saya sendiri tak boleh nak on time. Macam mana orang nak 'percaya' apa saya cakapkan.

So, dah sampai awal tu kita ambil gambar dulu.


Saya lepak dulu ditempat tu. Ada tempat yang pemandanganya cantik. So ambil gambar. Dan buat video shooting sket. Bagi motivasi untuk orang lain dan letak di youtube.


Salah satu hobi saya sekarang adalah buat video dan berkongsi ilmu ilmu yang Allah berikan kepada saya. Anda tontonlah video ini, semoga ia bermanfaat untuk anda semua.

Dapatkan Ebook Percuma Di : www.bit.ly/pelajarcemerlang


Jam 8.50 pagi para pelajar dan guru tiba di The Ridge - Teja By The Sea. Namun, Allah menguji saya dengan ujian yang sangat besar pagi ini. Yang pertama, saya bawa wireless microphone sendiri, tapi saya tertinggal power supply dalam kotak microphone lagi satu. Syukur Alhamdulillah, tempat tu ada power supply. Selesai satu masalah.


Masalah kedua. Ada beberapa video yang saya plan nak tunjukkan, tak boleh di buka di laptop cikgu tu. Masalah tak dapat diselesaikan. Jammmmmmm.....

Masalah ketiga, mereka buat program di tempat yang sangat terang. So, projector punya cahaya tak cukup untuk timbul di board putih tu. 

Lagi pun mereka dah hampir 2 bulan tak guna projector tu. So, kira sangat sangat kesian untuk saya. Again, masalah ini tak dapat diselesaikan.


Jam dah pukul 9.30 pagi. Dan saya terpaksa bersedia untuk berceramah tanpa slide. This will be my first time nak sharing selama 3 jam without slide. I know, this will really challenge me. In term of content dan perkara-perkara yang hendak disampaikan. Saya takut terlepas pandang perkara-perkara yang penting.


Pihak pengurusan masih cuba untuk pancarkan ke whiteboard. Kalau anda nampak tulisan di board itu, jangan salah faham. Itu adalah 'banner recycle' yang mereka guna. Tulisan itu bukan dari projector, tapi dari belakang banner.


It's time. Saya rasa saya tak boleh menunggu lagi. Saya perlu start. Kalau tak, it will be late.


Saya mulakan dengan bacaan doa. Mengalir air mata saya membaca doa untuk adik adik ini. Mengharapkan mereka dapat belajar sesuatu pada pagi ini.


Antara perkara awal yang saya beri tahu mereka. Saya akan buat secara santai. Ia tak akan formal. Ia adalah sessi bercerita. Bukan sessi berceramah.


Para pelajar Alhamdulillah, fokus kepada apa yang saya sampaikan.


Perkara pertama nak kena buat adalah 'bangkitkan' energy para pelajar. Sebab rata rata, energy mereka sangat low pada peringkat awal.


Anda nampak kerusi kosong di depan tu? Actually itu adalah 'pantang larang' saya kalau saya handle ceramah. Saya mesti 'ubah' sikap mereka untuk berada di hadapan.


Fokus menyalin nota. Tips macam mana nak ubah hidup mereka jadi pelajar luar biasa. Berjaya di dunia dan di akhirat.


Saya bertanya soalan kepada salah seorang pelajar. Apa maksud "How You Do Anything Is How You Do Everthing"


Antara tips mudah yang saya kongsikan, untuk menarik lebih banyak kejayaan dalam hidup. Mereka kena "Senyum".


Kalau tadi muka ketat, sekarang muka dah ceria sikit. Barulah happening sikit saya nak tengok.


Antara 'benchmark' saya nak tengok peserta boleh terima apa yang saya cakapkan atau pun tak adalah melihat sama ada mereka tidur atau tidak. Alhamdulillah, sepanjang 3 jam tak ada seorang pun yang tidur. Bahkan mereka suka dengar saya berkongsi rahsia demi rahsia untuk berjaya.


Berapa ramai nak berjaya angkat tangan say "I"


Boleh ke gaya cenggini? Hehehe.... Jam 11 pagi ada break untuk minum pagi. 


Semasa break, cikgu kaunselor brief saya tentang keadaan para pelajar yang hadir hari itu. So, saya lebih faham keadaan mereka dan lebih mudah untuk saya berkongsi. 

After all, saya saya decide tak perlu guna skrip. Belasah ajer untuk sessi kedua ini. Just kongsikan dari hati. Buat para pelajar ni macam kenkawan. Nak bagi nampak macam sempoi, untuk sessi kedua ini. Saya mula mula lagi dah selfie dengan mereka. Kalau anda perhatikan, waktu ini. Makin ramai yang dah bergerak untuk duduk di barisan hadapan. Yang kosong adalah kerusi di belakang. Alhamdulillah.


Sessi ujian 'komitmen'. Nampaknya, ramai yang tak dapat beri komitmen 100% semasa ujian pertama. But for sure, mereka belajar sesuatu dari saya dalam sessi itu.


Sessi sumpah menyumpah. "Aku sumpah hang berjaya dalam hidup".  Saya ajar mereka, kalau nak berjaya. Kena selalu doakan orang lain untuk berjaya.


Team hug.


Team hug untuk pelajar wanita.


Fast action, fast result. Ujian kepantasan. Yang cepat dapat duit besar. Yang lambat dapat duit kecil. Yang lambat lagi, tak dapat aper aper pun. They are happy with the activities.


Ini sessi paling penting. Visualisation. Nak berjaya, mereka kena 'Rasa macam mereka dah berjaya". Fake It Until You Make It.


Ini pula sessi muhasabah diri.


Makin ramai yang semakin fokus sehingga mengalirkan air mata.


Syukur Alhamdulillah. Menderu deru air mata mengalir bila mengenangkan dosa dosa yang pernah dilakukan dahulu.


Kalau pelajar perempua nsaja menangis boleh tahan lagi, tapi kalau pelajar lelaki menangis. Ini maksudnya mereka betul betul feel.


Sampai ada yang menangis teresak esak sebab mengenangkan kesilapan kesilapan yang pernah mereka lakukan dalam kehidupan.



Kene pulak pasang lagu yang syahdu. Dua orang di belakang itu adalah guru pengiring yang hadir mengiringi para pelajar ini.


Semasa sessi ini, saya betul betul 'asak' hati mereka. Nak runtuhkan ego dalam diri mereka agar mereka faham mengapa mereka perlu jadi pelajar yang cemerlang.


Sejujurnya, saya terharu. Mereka benar benar 'menghayati' apa yang cuba saya sampaikan.


Saya suruh mereka peluk rakan sebelah dan sama sama doa dan berazam untuk sama sama berubah.


Saya dapat sedikit cenderamata daripada Pegawai MARA yang turut menjadi penyumbang kepada program tersebut.


Mesti senyum..... Di sebelah kanan adalah guru kaunselor sekolah tersebut.

Last sekali, group photo. Alhamdulillah, syukur rasanya. Saya gembira dapat berkongsi apa yang Allah berikan kepada saya dengan para pelajar.

Kepada guru dan para pelajar, saya mohon jutaan kemaafan jika saya ada tersilap dan tersalah kata. Jika ada kekurangan, ia atas kelemahan diri saya. Jika ada kelebihan, ia dari Allah Taala.

Semoga apa yang saya sampaikan ini sedikit sebanyak dapat menjadi 'pencen kubur' buat saya selepas saya tiada nanti.

Semoga ada sinar cahaya ketika saya berada di alam kubur nanti. Mudah mudahan saya dapat 'aircond', 'Astro full package', 'tilam yang empuk' di alam kubur nanti hasil ilmu yang dikongsikan dengan mereka.

Jika daripada 40 pelajar yang hadir, hanya seorang yang berubah. Ia cukup menggembirakan saya. Saya sedar, saya tak mampu nak ubah dunia, saya tak mampu nak ubah negara tapi saya mesti buat apa yang saya mampu buat.

Memberi, Memberi Dan Terus Memberi Sehingga Dijemput Pergi. Hidup Lebih Bahagia Jika Mati Menjadi Matlamatnya.....

Mohd Firdaus Mat Saad
Pakar Motivasi Pelajar Cemerlang Dan Keusahawanan
Founder Empayar Maria Firdaus

"Alang Alang Hidup, Biar Berjaya...."
"Alang Alang Mati, Biar Masuk Syurga. Jangan Masuk Neraka"


Anda Nak Ebook Ini Percuma? Ia Kisah Hidup Saya Semasa Saya Belajar Dahulu. Dari Kampung Kedah Ke United Kingdom. Sila download percuma di www.bit.ly/pelajarcemerlang

Tekan Button SHARE Jika Anda Rasa Entri Ini Bermanfaat Untuk Orang Lain

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top