Ini sambungan daripada entri sebelum ini.

 
Assalamualaikum,

Saya doakan, anda semua yang membaca blog mariafirdaus.com.my ini akan sentiasa dirahmati dan diberkati Allah.

Terima kasih kerana setia membaca entri demi entri perjalanan saya menjelajah benua Amerika. 

Untuk hari ini, saya akan berkongsi dengan anda perjalanan kami ke Disneyland, Los Angeles.


Disneyland Los Angeles

It was a very long day. So, please expect a very long entry this time. Jangan terkejut yer, ada ratusan gambar dalam entri ini. Dalam sejarah penulisan blog, entri ini adalah entri yang paling banyak mengandungi gambar. Tak pernah ada entri yang gambar melebihi 100 keping. Heheh..

Frankly speaking, salah satu sebab mengapa saya menulis blog ini adalah kerana saya mahu anda turut merasai apa yang saya rasa. Itu sahaja. 

Jujur saya katakan, bukan mudah untuk saya sort kan gambar gambar dalam entri ini untuk ia ikut turutan. Ini kerana gambar gambar ini diambil dari 3 kamera. So, sangat sangat mencabar buat saya untuk mengingati kembali urutannya. 

Namun, untuk memberi kepuasan kepada para pembaca blog mariafirdaus.com.my saya cuba buat yang terbaik untuk anda semua.

Nikmat Yang Allah Beri Dikongsi Bersama

Saya tahu, ramai di antara kita yang tidak berpeluang untuk ke Amerika Syarikat. Alhamdulillah, Allah sudah memilih saya untuk ke sana, malah secara PERCUMA pula tu. So saya rasa adalah lebih baik jika saya berkongsi pengalaman saya ini dengan orang ramai.

Mudah mudahan, lebih ramai yang akan mendapat manfaat daripada apa yang Allah berikan kepada saya.

Mudah mudahan lepas ni Allah 'hantar' saya ke lebih banyak negara lagi supaya saya dapat berkongsi lebih banyak dengan orang ramai.

So.... Today is a Disneyland Day. Saya akan 'hidangkan' anda dengan ratusan gambar sepanjang perjalanan saya di Disneyland, Los Angeles.

Untuk pengetahuan anda, ini adalah kali kedua saya ke Disneyland dan kali ke tiga untuk Maria ke Disneyland. Kali pertama saya ke Disneyland adalah di Paris. Begitu juga dengan Maria. Cuma kali ini kami nak merasai Disneyland di US pula.

So, enjoy the photos here.


Berada di Lobi Hotel Hilton. Bersiap sedia untuk keluar. Walaupun Mak saya tak mampu berjalan terlalu jauh, tapi semangatnya sangat tinggi nak ikut kami semua berjalan. Mak pun nak naik roller coaster jugak. Hehe.  

Jadi kami bawa wheelchair ni dari Malaysia untuk kegunaan Mak. Di Disneyland nanti, saya dan adik saya akan bergilir gilir menolak Mak yang duduk di atas wheelchair. 


Bas mula bergerak keluar dari hotel.


Di dalam bas, tour guide memberi penerangan kepada kami mengenai info Disneyland. Beliau turut berkongsi sejarah penubuhan Disneyland lebih 50 tahun dahulu oleh Mr Walt Disney. Bagi saya, matlamat penubuhan Disney pada waktu itu sangat bagus. Insya Allah, akan saya kongsikan dalam satu entri khas nanti.


Selfie dulu dalam bas. Nak buat macam mana, dapat isteri yang suka ambil gambar. Terpaksalah banyak bergambar. Hehe.... Nasib baik satu saja isteri, kalau tak lagi banyak gambar... Ala Maria, gurau pun tak boleh. Tak leh gurau, jom pi surau.


Tiket untuk masuk ke Disneyland. Untuk pengetahuan anda, harga tiket seorang untuk masuk ke Disneyland adalah USD96. Kalau duit Malaysia dalam RM300 seorang untuk sekali masuk. Syukur Alhamdulillah, segala perbelanjaan ini sudah ditanggung sepenuhnya oleh Shaklee. So, kami dapat masuk FREE saja. 


Tunjuk arah bagi membantu pengunjung menuju ke tempat yang dikehendaki


Untuk pengetahuan anda, kami ke Disneyland pada hari Jumaat. Ia bukan hari cuti di US. Tetapi, bilangan orang yang datang. Subhanallah. Ramai sungguh. Dan Disneyland memang sudah di design untuk menerima puluhan ribu pengunjung dalam satu hari. So, kami tak perlu risau tentang bilangan pengunjung yang terlalu ramai. Everything is well prepared.


Untuk handle puluhan ribu pengunjung dalam satu hari, tempat parking kereta dan bas sangat jauh. Mereka ada tempat parking khas yang saya rasa jaraknya sekitar 1km ke 2km dari pintu masuk Disneyland. Tapi jangan risau, mereka sediakan 'keretapi' khas untuk angkut pengunjung dari tempat parking ke dalam Disneyland.


Orang ramai mula beratur untuk menaiki 'keretapi' dari tempat parking ke dalam Disneyland. 


Rupa-rupanya di US, mereka yang kurang upaya dan berkerusi roda diberi layanan sangat istimewa. Top Priority. So, kami sekeluarga terus dibawa menaiki keretapi tanpa perlu berbaris. Alhamdulillah.


Mak saya berada atas kerusi roda yang turut dinaikkan ke dalam keretapi. Untuk pengetahuan anda, mak saya masih boleh berjalan macam biasa. Cumanya, untuk long distance, kami tak mahu mak sakit kaki kalau berjalan terlalu banyak. Sebab itulah kami buat keputusan untuk bawa wheelchair dari Malaysia untuk kegunaan Mak.

Alhamdulillah. Kami tak perlu beratur untuk setiap ride dalam Disneyland hanya sebab kami bawa mak bersama kami. Pengguna Wheelchair diberikan layanan istimewa. Top Priority. 


Kami semua berada di coach yang paling hadapan untuk OKU. Lupa nak cakap, di US bila ada seorang OKU, satu family akan diberikan priority. Alhamdulillah.


Berada di atas coach.


Kedai kedai yang kami jumpa sebelum sampai ke pintu masuk Disneyland.


Ini yang best. Bila tiba di hadapan pintu masuk. Kami jumpa dua entrance, sebelah kiri tulis Disneyland. Sebelah kanan tulis Disney California Adventures. Dalam hati kami, "Apa barang nak pi Disneyland, mestilah kami nak pi yang adventure"

Rupa rupanya, kami silap. Tiket yang kami beli adalah untuk Disneyland. Tetapi yang kami masuk adalah Adventure. Haha... Dah kene 'halau' sebab salah masuk theme park.

Mana kami tahu, ingatkan yang Adventure tu pun sebahagian daripada Disneyland. So, kena keluar balik dan masuk ke Disneyland. Hihi..


Ini baru Disneyland. Apa lagi serbu!! Untuk pengetahuan anda, dalam Disneyland ia dibahagikan mengikut tema. Misalnya, Frontierland, Critter County, Tommorrowland, Adventure Land dan lain lain lagi. So, kami 'serang' section by section. Mudah mudahan, menjelang petang kami dapat cover lagi bayak ride.


First yang kami jumpa di Frontier Land adalah Tarzan's Tree House. Mereka buat satu pokok yang sangat besar yang lebih kurang sama macam dalam cerita karton tarzan. Mereka tunjukkan atas pokok ini cara kehidupan Tarzan. 


Pemandangan dari atas rumah tarzan. Mak saya malas nak naik tangga tangga ni. So, dia tunggu di bawah sambil menjaga beg beg kami.


Di atas pokok ke pokok yang lain ada titi gantung pulak.


One thing yang saya lupa nak cek, pokok ni pokok betul atau pun pokok tiruan. Saya rasa macam pokok tiruan. Lupa pula nak cek daun pokok ni.


Bila sampai di bawah, tengok tengok orang yang 'jaga' beg kami dah tertidur. Huhu.... Ngantuk agaknya. Maklumlah, jam di Malaysia pada waktu ini tengah malam. Kalau tak berjalan, duduk atas kerusi macam ni apa lagi. Tidur la.


Antara ride lain yang ada di Frontierland adalah boat ride. Memandangkan naik bot ini pun mengambil masa 30 minit, kami 'malas' nak buang masa atas bot itu. So, bergambar dengan bot cukuplah. Di Disneyland, masa sangat berharga. Kami hanya 12 jam. So, memang tak boleh melengah lengahkan masa. Kena bergerak pantas.


Masuk rumah hantu. Untuk makluman anda, rumah hantu di sini tak sama macam rumah hantu di tempat lain. Siap naik 'kereta' bergerak lagi dalam rumah berhantu tu. Kiranya sambil naik kereta kita di bawa berjalan untuk tengok hantu hantu tersebut. It's an interesting rumah hantu.


Masa masuk rumah hantu ni, kami bawa mak dan tinggalkan kerusi roda di luar sahaja rumah ni aja. Untuk pengetahuan anda, di US jarang berlaku kecurian di tempat tempat seperti Disneyland. Ini kerana orang 'miskin' di US tak mampu untuk masuk ke dalam Disneyland sebab mahal. So, orang yang masuk ke sini adalah orang yang berduit. So, Insya Allah setakat kerusi roda mak saya tu tak ada orang nak curi lah.


Antara adegan dalam rumah hantu.



Keluar sahaja dari Haunted Mansion, kami terus ke Splash Mountain. Tempat naik ride ala ala balak dalam air. Sekali lagi, untuk naik ride ini, kami terpaksa tinggalkan kerusi roda mak di luar tempat berbaris. So bad, pada waktu ni kami tidak tahu. Jika kami guna kerusi roda kami tak perlu beratur, tunggu panjang panjang. Kami boleh masuk terus. Kan di sini Wheelchair is top priority. Malangnya kami tidak tahu. So, kami pun beratur.


Antara gambar yang sempat di ambil sementara beratur Splash Mountain.


It's a 50 feet drop dari atas. Agak laju dan yang pasti, bila turun..... baju akan basah.


Sementara kami beratur, kami ambil gambar mat saleh di sana. Untuk pengetahuan anda, masa kami pergi ni adalah musim panas. So kat Disneyland ni memang panas terik macam kat Malaysia je. So abaikan gambar gambar 'pemandangan' yang tak sepatutnya dalam gambar gambar selepas ini ok.


Selepas 25 minit beratur, kami bersedia untuk naik balak ini. Kalaulah kami tahu orang berkerusi roda tak perlu beratur, hehe.. Dah jimat 25 minit kami di sini.


Here we go.


Ready to go. Di sini dia ada tulis yang bersedia untuk basah. Sila simpan semua kamera atau peralatan yang sepatutnya. So, saya ambil gambar seadanya sahaja. Sebab takut juga kalau kamera basah nanti.


Saya duduk di barisan hadapan sekali. Maria No 2, Ainul No 3, Mak No 4 dan Duha No 5.


Balak kami mula bergerak mengikut arus yang disediakan.


Mula buat pendakian untuk naik ke tingkat yang lebih tinggi.


Naik lagi. Maklumlah, nak kena daki 50 kaki tinggi.


Sampai di sini saja saya berani ambil gambar. Selepas itu, saya dah tak boleh ambil gambar. Kamera terpaksa di simpan sebab takut basah nanti.


Hahha...Ini gambar yang diambil semasa kami turun 50' drop. Kami semua kebasahan. Syukur saya dah simpan kamera. Kalau tak, boleh tahan la basahnya tu. 


Baru keluar dari Splash Mountain. Boleh la... We enjoyed our ride.


Baru keluar dari Splash Mountain, menuju ke next destination.



Kepada anda yang ingin merasai keseronokan 9 minit menaiki Ride ini, anda boleh menonton video di atas. Ia adalah rakaman penuh yang saya cari di Youtube. Bukan yang saya rakamkan. Khas untuk anda merasai apa yang kami rasa menaiki Splash Mountain.


Keluar dari Splash Mountain, kami tengok ada Ride Winnie The Pooh. Disebabkan mainan ini tidak famous, que time untuk mainan ini hanyalah 5 minit. Kira macam tak perlu beratur la. So, kami decide naik sajalah ride ini.


Ride macam ni kalau ada anak anak kecil boleh la. Ia perlahan dan tidak merbahaya.


Kami naiklah 'Ulat Beluncas' ni. Just enjoy our day.


Dalam 'Rumah Pooh' ini, kami dihidangkan dengan tayangan video kisah kehidupan Winnie The Pooh.


Basically, saya tak faham. Sebab saya tak pernah tengok cerita Winnie The Pooh. Kalau Farees dan Fateh yang masuk mungkin diorang faham lah. Hehe..


Lebih sesuai kalau bawa anak anak kecil untuk naik ride yang macam ni.


Puan Seri Maria bergambar di luar Winnie The Pooh. Boleh ke cenggitu.


Boat ride.


Heading to the next ride.... Nak naik aper pulak yer? Nak naik Indiana Jones la.....


Untuk makluman anda, di Disneyland ada sistem Fast Pass. Maksudnya, sebelum kita nak naik satu satu ride, kita boleh pergi ke kaunter Fast Pass. Di kaunter ini, kita boleh minta Fast Pass. Mesin akan berikan kita waktu pukul berapa kita boleh naik Ride itu tanpa perlu beratur panjang.

Misalnya, masa nak naik Indiana Jones ni, kami tengok Que time sekitar 60 minit. Maksudnya, kalau nak beratur kami kena que selama 60 minit. Tetapi, bila kami ke Fast Pass, mereka memberikan kami fleksibiliti untuk naik tanpa perlu beratur panjang di antara jam 11.30 pagi sehingga ke 12.30 tengah hari.

Sementara menunggu jam 11.30 pagi itu, kami dah boleh naik ride ride yang lain dahulu. So, sesiapa yang pergi ke Disneyland, anda perlu bijak merancang Ride mana nak beratur, Ride mana nak guna Fast Pass. Sebabnya pada satu satu masa kita hanya boleh hold satu Fast Pass.


Dalam perjalanan untuk naik Indiana Jones.


Walaupun kami menggunakan Fast Pass, tetapi kami tetap kena beratur sekitar 100 orang dihadapan kami yang turut menggunakan Fast Pass. Ia lebih cepat berbanding beratur macam biasa.



Ini adalah video Indiana Jones. Sebelum naik, kami dah dimaklumkan yang ride ini sangat laju dan merbahaya. So, saya tak nak ambil risiko untuk ambil gambar masa ride. Takut kamera jatuh. So, saya cari video di youtube untuk saya kongsikan anda. Pengalaman naik Ride Indiana Jones ini. At least anda dapat merasai apa yang kami rasa di sana. Enjoy the video.


So, whats next? Kami plan nak naik Roller Coster pulak.


Hiasan replika zaman koboi dahulu sebelum kami sampai ke tempat nak naik Roller Coster.


Sambil berbaris, makan dulu buah epal yang dibawa dari hotel. Alas perut. Maklumlah, dah nak hampir tengah hari ni.


Roller Coster yang akan kami naik.


Sebahagian daripada track yang akan dilalui.


Ride ini nampak macam tak merbahaya sangat. Simple ride. So, just ejoy.


Close to the Roller Coster.


Kami duduk di hadapan sekali.


Saya memberanikan diri untuk ambil gambar di atas ride ini.



Fulle Video sepanjang naik Big Mountain Roller Coster. Video ini saya ambil dari youtube. Ia rakaman penuh perjalanan naik roller coster ini.


Di luar Big Mountain Roller Coster. Next, kami menuju ke Tomorrowland pulak.


Di pintu masuk Tommorrow Land

  
Star Tours adalah 3D Ride. Namun Que time panjang sangat, so kami ambil Fast Pass untuk Ride ini so that kami tak perlu beratur panjang nanti.


Sementara menanti untuk masuk Star Tours, kami bergambar dahulu.


Masuk ke Buzzlightyear Astro Blaster


Again, ini juga merupakan satu ride di mana kita diberikan satu pistol sambil dibawa menaiki kereta di dalam bangunan ini. Sepanjang perjalanan, kita perlu menembak sasaran yang diberikan dan kita diberikan markah untuk setiap tembakan yang tepat. Tanpa disangka, mak saya dapat markah tertinggi antara kami berlima. 

Fuyoo... tak sangka power jugak mak saya main games macam ni. Boleh bawa pi Fun Fair mak saya ni.


Kami bermain video games. Cumanya, ia real video games. Kami perlu 'tembak' sasaran yang real. Bukan tembak dalam tv dah. Tugas kami, adalah menembak musuh musuh Buzz Lightyear.


Join the Star Command.


Patung Buzz Lightyear bersaiz orang. Sangat besar dan boleh bercakap. 

"I AM BUZZ LIGHTYEAR. I COME IN PEACE"


Lakonan Stars Wars.


Dah masuk waktu solat. Kami perlu bersolat dahulu Jamak Zuhur dan Asar.


It's time untuk naik Star Tours. It's A 3D Ride. Kira kita duduk atas kerusi, then dia akan bawa kita mengembara ikut cerita yang ditayangkan di atas skrin.

Kerusi kita akan bergerak seperti mana yang ditunjukkan dalam skrin. 

Memandangkan kita pakai cermin mata 3D, semua yang kita lihat nampak macam real seperti di hadapan mata kita. It's a very nice ride.


The Adventures Continue....


Kami bergambar sebelum masuk ke dalam 'kapal angkasa'.



Rakaman penuh 3D Star Tous semasa kami berada di dalam 'kapal angkasa'. 

Setiap movement dalam gambar yang dilihat akan dapat dirasai di tempat duduk. Seolah olah kita berada dalam kapal angkasa tersebut. Kalau nampak macam ia memecut, kita akan terasa macam sedang memecut. Jika nampak ia sedang membelok, kerusi kita akan turut membelok. Ia akan ikut macam yang ditunjukkan dalam skrin.


Bergambar di luar Space Mountain Roller Coster Ride. Pada waktu ini, kami ingin ambil Fast Pass sambil bawa mak yang berkerusi roda. Tiba tiba, pegawai yang bertugas menyatakan kalau kami bawa mak yang berkerusi roda, kami tak perlu beratur, tak perlu Fast Pass. Kami just pergi ke tempat masuk, maklumkan kepada staf yang bertugas kata kami bawa mak berkerusi roda. Dan kami akan di beri priority. Kami tak perlu beratur dan boleh terus masuk. Cuma kami perlu tunggu sekitar 15 minit. Dan beliau maklumkan, kami tak perlu beratur untuk naik semua ride. Boleh dapat PRIORITY.

"Whaaaaaaaaaat... Masya Allah. Kenapa kami tak tahu awal awal. Kalau tahu kan senang. Tak perlu nak beratur sebelum macam ni. Huhu... Lepas ni senanglah kerja kami. Dah tak perlu nak beratur. Yess.... Lagi banyak ride kami boleh naik macam ni."


Bergambar di luar restoren tempat makan. Pada waktu ini, kami dah ambil tiket priority untuk naik Space Mountain Roller Coster. Kami diminta tunggu selama 20 minit. So, sementara menunggu kami berehat untuk bergambar dan makan tengah hari.


Batu ini sangat besar. Tetapi ia berpusing sendiri setiap waktu.


Kami makan dulu tengah hari. Apa yang kami makan? Pasta dan juga Pizza untuk Vegetarian.


2 keping pizza dan satu pasta ni harga sekitar USD25. Sekitar RM75 duit Malaysia.


Mak makan apa? Apa lagi, dia makan makanan yang dibungkus dari semalam la. Biasalah orang tua, mana lalu nak makan pasta dan pizza mat saleh.


Selepas makan, Maria nak naik Utopia. Apa menda la Utopia ni? Jom layan.....


Memandangkan kami dah tahu trick yang kami tak perlu beratur, apa lagi... Terus guna kelebihan ni. Heheh.... Naik Utopia tak perlu beratur.


Rupanya Utopia ni kira macam kita bawa kereta la.... Dah ada track. So, Insya Allah tak sesat.


Saya bawa kereta di hadapan. Sorang sorang.


Dibelakang saya adalah mak dan Maria. Di belakang mereka Duha dan Ainul.


Suka la sangat Maria tu naik Utopia yang 'sangat best' tu. Tapi apa pun, kami naik sebab dah tak perlu beratur. Memang cepat. Pergi dan terus naik... Hehe...


Nemo ni tutup pulak untuk kerja baik pulih... So, tak boleh naik.


Dah tahu trick yang kami tak perlu beratur, apa lagi. Terus la guna peluang yang ada. Hehe... Next... Naik roller coster lagi.


Senyum la dah tak perlu nak beratur panjang panjang. Bersyukur bawa mak masa ni.


Next kami ke rumah It's A Small World. Di Paris dahulu, saya masuk semua ride sekali sahaja, tetapi untuk It's A Small World, saya naik ride tu dua kali. Sebab lagunya yang sangat best dan patung patung dalam tu yang sangat cute.


Bergambar di hadapan Istana It's A Small World


Dibuka pada tahun 1989.


Pemandangan yang sangat cantik dari luar.


Ikan lumba lumba yang dihias dari pokok.


Seperti biasa, guna kerusi roda dah tak perlu beratur. Diberikan priority. Syukur Alhamdulillah. Kami bukan mengambil kesempatan, cuma menggunakan peluang yang ada sebaik mungkin. Kalau nak beratur semua, ia akan ambil lebih masa.


Cer tengok, barisan yang perlu beratur kalau nak naik. Ini baru sebahagian daripada barisan yang sememangnya sangat panjang.


Lembu.


Rusa.


The Ride is just begin.


The happiest cruise that ever sailed round the world.


Dalam rumah ini, kami di bawa mengembara mengelilingi dunia untuk melihat budaya dan pakaian orang orang dari seluruh dunia. Semua pakaian ini di pakai oleh patung budak budak kecil. Sebab itulah ia dinamakan Small World.


Pelayaran ini mengambil masa selama 10 minit. Best sangat. Sebab di luar sana panas. Di dalam ini pula ada aircond.


Patung kanak kanak yang menari nari.


Patung patung kecil.


Budak budak mesti suka...


Dah habis.....



Zirafah di luar rumah Small World....



Rakaman penuh 10 minit sepanjang menaiki bot di dalam Small World... Anda perlu tonton video ini. Anak anak anda mesti suka... Serius... anda tak perlu ke US untuk menikmati pengalaman ini... It's a very relaxing moment for all of us.


Ride di area ini lebih kepada kanak kanak. So, kami yang dewasa ni dah termasuk kawasan kanak kanak... layankan ajer la. Ibu bapa yang bawa anak kecil sangat sesuai bawa ke area ini.


Maria suka sangat ambil gambar....


It's time... 6.30 petang.... Masa untuk parade.... Semua watak kartun dalam Disneyland akan buat perarakan.


Anda jangan tanya saya watak kartun aper semua ni ok... Saya memang tak tahu.... Ok.. jom saya teka.. Adakah ini Alice? Ataupun Frozen... Saya tak pasti... Hehe.. Sorry.. saya tak tengok kartun...


Adakah ini Frozen?


Belon Disney yang dijual... Saya tak sure berapa harga. Tapi belon ini sangat unik sebab dalam belon ada belon.... Tak ada lagi di Malaysia macam ni...


Perarakan masuk watak Mickey Mouse...


Here we go...


Ini siapa? Goofie ker?


Ha... ini saya tahu.. Donald Duck..


Aladdin..


Persembahan tarian mamat ni dengan pisang... Kartun aper la dia ni berlakon...


Tarian....


Yang ni saya rasa Cinderella.... Macam cantik ajer.. Macam comel ajer....


Banyak watak watak kartun Disney yang famous dipertontonkan dalam parade ini.


Alice


Frozen


Mainan drum dan tarian


Tarian



You should watch this video. Almost sama yang macam saya tengok masa hari itu. Anda tengok la, at least kalau tak pernah sampai ke Disneyland pun anda dapat gambaran what is Disneyland.


Habis show... Kami sambung naik ride dan pusing pusing tempat yang belum sampai.


Cawan pusing pusing ni kami tak naik la. Ambil gambar ajer.


Hari dah lewat petang.....


Nampak macam best Peter Pan's Flight... Mak tak nak naik, so kami terpaksa beratur selama 30 minit untuk naik ride ini.


Here we go... Flying with Peter Pan's


Baru sampai ke tempat Cartoon Area.... Orang pun dah tak ramai....


Ambil gambar selagi sempat.


Sempat lagi naik roller coster.


Dah malam.....


Pada sebelah malam, ada pertunjukan bunga api. Memandangkan masa dah lewat, kami terpaksa beranasur balik dulu. Tak sempat nak tengok tembakan bunga api di sini. Dia orang cakap, sangat sangat best.


Di pintu keluar Disneyland. Selamat tinggal Disneyland. Land of Happines.....


Boleh tengok bunga api dari jauh sahaja....


Walau pun saya tengok dari jauh, saya nak cakap... Ini yang paling cantik saya pernah tengok.... 


Saya cari di youtube... Full version tembakan bunga api kalau kami tonton dari depan castle ini. This is how it will be. A very nice show. Sayang saya tak tengok dari situ.

Alhamdulillah... Habislah masa kami seharian dari pagi sampai malam di Disneyland, Calirfornia.

Untuk tiket yang berharga USD96, saya rasa macam oklah... Sebab bukan murah pun mereka nak buat Disneyland tu. Tapi, bila dihitung kira, jumlah pelawat setahun mencecah 20 juta orang, jika didarabkan dengan USD96 setiap seorang... 

Fuyoo... Berapa lah Disneyland untuk setiap tahun... Banyak tu...

Memandangkan semua perbelanjaan sudah di tanggung oleh Shaklee... So, kami just enjoy our day.....

Saya harap anda yang membaca posting ini akan berasa teruja. Semoga apa yang kami kongsikan ini dapat memberi inspirasi kepada anda juga untuk berjaya.

Semoga suatu hari nanti anda juga dapat berpeluang untuk melancong di luar negara.

Wasaslam

Master Maria Firdaus
Founder Empayar Maria Firdaus
The Most Happening Shaklee Group In Malaysia

Jemput baca kisah perjalanan kami seterusnya di sini.



Jika anda rasa apa yang kami kongsikan ini menggembirakan anda, mohon anda tekan LIKE button di bawah. Semoga kita dapat menggembirakan lebih ramai orang lain di luar sana. Terima kasih atas sokongan anda.

1 comments:

  1. Alhamdulillah..bestnya master. Berkat bawa ibu sekali..insyAllah, my dream too

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top