Assalamualaikum,

Apa khabar pembaca blog Empayar Mariafirdaus.com.my?

Saya doakan agar Allah sentiasa memelihara kita semua dalam apa jua keadaan. Semoga Allah merahmati kita semua. Semoga dikekalkan hidayah untuk kita semua di dunia dan di akhirat.

Sebentar tadi, saya terjumpa video ini. Video bagaimana pihak penerbit yang bercadang untuk buat 'prank' kepada seorang imam semasa beliau sedang di temuramah di studio mereka.


Mereka nak tengok apa reaksi seorang imam apabila terkena 'prank' gempa bumi.

Pada awalnya, saya rasa macam kenapalah pihak penerbit nak buat macam ni? Dah tak ada 'modal' ke nak buat prank untuk orang lain. Kenapa nak mempermainkan seorang imam macam ni?

Tetapi, Allah Maha Kaya.... Apa yang saya saksikan sangat mengagumkan.

Betapa tahap keimanan seorang imam yang sangat tinggi apabila berhadapan dengan situasi 'gempa bumi'.

Ketika mana orang lain cuak, takut, pucat... Tetapi imam ini sangat tenang.

Beliau memperbanyakkan selawat, syahadah kepada Allah sepanjang tempoh 'gempa bumi' ini.

Subhanallah. Semoga Allah mencampakkan tahap keimanan sebegitu kepada kita semua.

Kepada anda yang belum menonton video ini. Sila tonton. Semoga ia memberi 1001 pengajaran dan keinsafan buat kita semua.



Agak agaknya, kalaulah kita yang diuji sebegitu rupa, apakah reaksi kita?

Ayuh, jom kita tingkatkan tahap keimanan kita kepada Allah. Kita yakin kepada Allah, Insya Allah semuanya akan menjadi mudah.

Wassalam

Empayar Maria Firdaus
The Most Happening Shaklee Group In Malaysia

Jika anda rasa entri ini bermanfaat untuk anda, mohon anda tekan LIKE button di bawah ini. Semoga apa yang dikongsikan ini dapat memberi manfaat kepada mereka yang lain pula. 

1 comments:

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top