Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang membaca blog ini sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Kisah Petang Tadi

Petang tadi, saya berkesempatan berjumpa dengan seorang sahabat baik saya. Kami bersembang atas urusan kerja.

Dalam kereta, kami berbual. Tetiba, sahabat saya ini Azman ( Bukan nama sebenar ) memberi tahu saya.

"Firdaus, ingat tak yang hang tulis kisah sedekah di blog dulu? Yang hang cakap pasal beri yang terbaik tu? Yang jadi viral di semua group Whatsapp satu Malaysia waktu tu"

Anda Boleh Baca Kisah Itu Di Sini : http://www.mariafirdaus.com.my/2014/02/keajaiban-bersedekah-mesti-baca.html

"Mestilah aku ingat. Dah aku yang tulis. Ha... Kenapa?" saya bertanya kembali.

"Baru baru ni, aku aplikasikan apa yang hang tulis tu. Yang hang cakap, kalau nak sedekah, berikan duit yang terbesar kita ada dalam beg duit. Di tempat kerja aku, ada orang minta derma untuk Palestin."

"Mula mula aku dah bagi sedikit duit. Tetiba aku teringat pesanan dalam blog hang. Lepas tu, aku panggil orang yang minta derma tu, aku bagi lagi sekeping duit untuk Palestin. Masa aku derma tu, aku niat. Ya Allah. Bantulah aku. Gantikanlah duit ini dengan sesuatu yang lebih baik untuk aku."

"Waktu tu kan, aku nak cakap kat hang. Aku bukan ada duit pun. Dah la kereta aku rosak. Repair saja dah dekat RM3,000. Aku dah tak tau nak cari duit kat mana nak bayar duit repair. Tiba tiba, Allah bagi aku rezeki betul betul RM3000 jugak. Allahuakbar. Terharu aku. Lepas tu pulak, tiba tiba bos aku panggil. Dia bagi satu envelop. Dia bagi tau aku terpilih jadi staf cemerlang dan dapat bonus RM1,000."

Kemudian, beliau menyambung.

"Allahuakbar. Nak menangis aku rasa. Di ketika aku tak ada duit. Aku beri yang terbaik apa yang aku ada. Dan Allah ganti cash kat aku lebih dari apa yang aku beri. Subhanallah. Memang betullah. Sedekah ni memang betul betul power."

Sila baca kisah yang pernah saya kongsikan dahulu :  http://www.mariafirdaus.com.my/2014/02/keajaiban-bersedekah-mesti-baca.html

Kisah Kucing Dan Udang Kering

Selepas itu, beliau berkongsi satu lagi kisah dengan saya.

"Firdaus, sebenarnya aku tak suka kucing. Satu hari tu, ada satu kucing datang mai rumah aku. Aku tengok kucing tu, kesian dia. Nampak macam dia lapar. Nampak kurus saja. Waktu tu, aku tengok dapur rumah aku tak ada apa yang aku nak bagi. Tiba tiba, aku ternampak udang kering ada sikit kat dapur aku. Aku ambil udang kering tu, aku bagi kat kucing tu."

Waktu tu aku cakap dalam hati. "Kucing oi, udang kering ni aja lah rezeki yang aku boleh bagi kat hang". 

Nak buat macam mana, waktu tu udang kering tu aja yang ada di rumah dia. Tapi, satu perkara. Sahabat saya ini memberi dengan ikhlas apa yang dia ada.

Tahu tak apa terjadi kepada sahabat saya ini selepas itu?

Waktu tengah hari, beliau keluar dari rumah. Selepas pulang dari rumah. Beliau ternampak ada satu bungkus plastik tergantung di pintu pagar rumah dia.

Selepas dia buka plastik itu. Dia terkejut kerana dalam plastik itu ada banyak udang yang sudah siap di masak. Bukan udang kecil, tapi udang yang tersangat besar. Kalau dikedai makan, seekor dijual hampir RM15. Dan ada banyak ekor dalam plastik itu.

Beliau terkejut. Ya Allah. Pagi tadi aku bagi udang kering tersisa dekat dapur rumah aku. Petang ini Allah gantikan dengan udang besar yang sudah siap dimasak.

Selepas di cari, akhirnya beliau tahu ada sahabat beliau yang hantarkan udang itu ke rumahnya.

Alhamdulillah.

Kisah ini memberi banyak pengajaran kepada beliau. Ya, bila kita ikhlas memberi, membantu makhluk lain walaupun ia hanyalah seekor kucing 'kurap', tapi ia sangat besar di sisi Allah Taala.

Kita beri sedikit, tetapi Allah beri banyak gantinya.

Kisah Membantu Ikan Kelemasan

Kemudian, saya beri tahu dia satu kisah yang baru berlaku kepada diri saya semalam.

Semalam saya naik motor bawa anak pusing-pusing kampung.

Sampai di satu tempat saya tengok ada orang menjala ikan. So, saya pun berhenti la di situ. Nak bagi anak tengok ikan.

Tiba tiba bila saya tengok dalam sawah yang kering tu di tepi tempat orang menjala itu. Saya ternampak seekor ikan cuci cermin ( ikan bandaraya yang selalu melekat di cermin ).

Saya sangat yakin, ikan ni mesti dibuang oleh orang yang menjala tadi. Mana mungkin ikan tu tiba tiba ada di sawah padi yang kering tu.

Di kampung saya, ikan cuci cermin ni sering dibunuh oleh orang yang menjala ikan. Ada yang ketuk ikan ni bagi mati atau buang di atas tanah. Mereka tak nak ikan ni beranak pinak dan memenuhkan tali air di kawasan itu.

Saya pun tak tahu mengapa. Mungkin sebab ikan ni tak boleh dimakan. Sebab itu mereka suka bunuh ikan tu.

Dalam hati, saya rasa kesian dekat ikan tu. Timbul rasa ihsan di hati saya. Saya lihat ikan itu, mengodek ngodek ke kiri ke kanan mencari air.

Saya lihat, masih jauh ikan tu dengan air yang terdekat. Saya rasa mungkin ikan ni akan mati.

Tapi, saya nak pi ambil ikan ni dan buang ke dalam air nampak macam tak kena.

Takkan saya nak buat macam tu depan orang yang menjala tadi. Malu pulak dia dekat saya nanti. Saya dalam dilema.

Kemudian, saya pusing pusing dulu dengan motor bawa anak saya. Saya fikir, lepas ni mesti orang menjala tu pi tempat lain. Masa tu lah saya ambil ikan ni.

Telahan saya tepat.

Selepas beberapa minit, saya kembali ke tempat itu dan orang itu sudah pergi ke tempat lain.

Saya lihat ke bendang yang kering tadi, dan saya tengok ikan itu masih lagi ada di situ.

Dalam hati saya, mesti ikan ni sedang melihat saya dan meronta ronta. "Tolong.... Tolong....."

Sambil mendukung anak saya, saya pergi ke dalam sawah yang kering itu ke arah ikan tersebut.

Sambil memegang ikan itu, saya bawa ke tepi air.

Masa tu, hati saya terfikir. "Kenapalah orang buang ikan ni. Tak kesian ka"

Sebelum saya buang ikan ini ke dalam air, saya berdoa kepada Allah.

"Ya Allah, aku ambil ikan ni dan buang ke dalam air semata mata kerana Mu ya Allah. Aku ikhlas kepada Mu ya Allah. Aku mohon kepada Mu, jika amalan ini Kau terima sebagai ibadah aku yang ikhlas. Aku mohon kepada Mu. Kau gantikanlah ia dengan sesuatu yang lebih baik untuk aku dunia dan akhirat."

Saya teringat, kisah seorang yang dimasukkan ke dalam syurga oleh Allah hanya semata mata kerana memberi air kepada anjing yang kehausan.

Hati saya terdetik, "Ya Allah, masukkan lah aku ke dalam syurga Mu dengan rahmat Mu tanpa dihisab"

Waktu itu, terfikir juga saya. "Tak malunya aku, tolong ikan tu saja. Benda kecik ajer pun. Nak minta syurga tanpa di hisab daripada Allah."

Arghhhh.... Apa salahnya aku nak minta. Bukan aku buat dosa pun. Kalau aku minta, Allah nak bagi Alhamdulillah. Lagi pun, kita semua masuk syurga bukan sebab amalan kita. Tapi sebab rahmat daripada Allah. Manalah tahu, itu amalan yang Allah 'pandang'. Tolong anjing bagi minum pun boleh masuk syurga, mana tahu tolong ikan ni boleh masuk syurga. Siapa tahu.

Namun, di lubuk hati saya. Saya tetap berdoa. "Ya Allah, murahkan rezeki aku."

Selepas itu, saya terus berkongsi cerita dengan Azman.

"Hang tahu apa jadi dengan aku hari ni Man?"

"Allah bagi kat aku rezeki yang aku tak sangka. Bulan lepas, aku ada beli saham. Semalam saham tu negatif. Hari ni, saham tu naik mencanak. Untung 5 angka dalam tempoh sehari saja. Subhanallah. Banyak gila."

"Allahuakbar !!!! Banyak gila" Azman mencelah.

Syukur Alhamdulillah. Saya benar benar tak sangka.

Allah Maha Besar. Allah Maha Berkuasa.

Allah boleh memberi rezeki kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki Nya.

Kalau Allah nak bagi, tiada siapa yang boleh menghalang. Adakalanya, kita tak perlu fikir yang besar besar untuk buat baik.

Mungkin, banyak perkara perkara kecik yang kita pandang remeh dan kita rasa tak penting. Tetapi, mungkin itu yang Allah pandang.

Pengajaran

Daripada kisah yang saya kongsikan ini, terlalu banyak pengajaran yang boleh kita ambil.

1. Kita mesti mempunyai sifat ihsan kepada haiwan atau makhluk Allah yang lain. Bantulah dengan apa yang kita boleh bantu. Jangan risau, jika kita ikhlas Allah akan balas dengan ganjaran yang lebih besar. Jika Allah tak beri di dunia. Yakinlah, Allah akan beri di akhirat nanti.

2. Apabila kita nak bersedekah, berikan yang terbaik kepada mereka yang mahu kita sumbangkan. Kalau nak derma, beri yang terbaik apa yang kita ada. Pada waktu itu, berdoalah agar Allah gantikan sesuatu dengan yang lebih baik.

3. Sentiasa yakin rezeki kita Allah yang tentukan. Tugas kita, berusaha, berdoa, bertawakkal. Insya Allah kita berjaya. Kalau Allah nak bagi, tiada siapa yang boleh halang. Kalau Allah dah tak nak bagi, tiada siapa yang boleh bantu.

4. Jagalah hubungan dengan Allah. Sentiasa yakin dengan Allah. Insya Allah,selangkah kita mendekatkan diri dengan Allah. Seribu langkah Allah mendekatkan diri dengan kita.

Mudah mudahan, kisah ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada kita semua.

Wassalam.

Mohd Firdaus Mat Saad
www.mariafirdaus.com.my

Mudahnya Menjemput Rezeki

Rezeki tak perlu di cari. Bila ia dijemput, ia akan mari.

Anda ingin tahu apakah amalan yang boleh dilakukan untuk memurahkan rezeki? Sila download ebook ini, SORRY BOSS !!! SAYA TERPAKSA BERHENTI KERJA. Ditulis berdasarkan kisah benar.

Salah satu topik dalam bab ebook ini adalah amalan yang menjemput rezeki datang. Sila DOWNLOAD PERCUMA. KLIK DI SINI


Kisah Motivasi Penuh Inspirasi. Ketahui Amalan Menjemput Rezeki Yang Dikongsikan Dalam Salah Satu Topik Dalam Bab Ini. KLIK SINI UNTUK DOWNLOAD


Jika anda rasa posting ini bermanfaat untuk sahabat anda yang lain, saya mohon anda tekan LIKE button di bawah. Mungkin akan ada ramai yang mendapat manfaat dengan satu LIKE daripada anda. Semoga ia menjadi pencen kubur buat kita semua.

1 comments:

  1. Mohon izin nak share di blog saya, www.eimag-menulis.blogspot.com
    perkongsian cerita yang sangat memotivasikan, memberi inspirasi & keinsafan.
    Terima kasih

    ~Ag Eim - Eim Ag~

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top