Assalamualaikum,

Hari ini hari raya yang ke 6. Buat pembaca baru blog Mariafirdaus.com.my saya ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Dan Batin.

Baru baru ini, sebelum hari raya saya menziarahi kubur ahli keluarga saya yang telah pun pergi mengadap Illahi.

Sekadar berkongsi dengan anda :


Batu nisan ayahanda tercinta. Meninggal pada 2 Februari 2014.


Ini kubur arwah abah. Terletak di Masjid Hijau Kampung Kedah. Abah meninggal akibat serangan jantung. Anda boleh baca kisah arwah abah yang sangat menyayat hati di sini. KLIK SINI

Pastikan anda mempunyai kertas tisu yang mencukupi. Anda mungkin menangis membacanya.


Batu nisan arwah nenek saya. Mak kepada emak saya. Meninggal pada 13 Julai 2007. Arwah meninggal pada usia 79 tahun akibat sakit tua.


Kubur arwah nenek. Bersebelahan dengan kubur arwah abah.


Ini pula batu nisan arwah kakak saya. Meninggal dunia pada 12 Februari 2012 akibat kanser. Meninggal pada usia 36 tahun.


Ini kubur arwah kakak saya.

Di kubur, biasanya saya akan membaca Surah Al Ikhlas berulang ulang kali untuk disedekahkan kepada arwah keluarga saya yang telah pergi menemui Nya. 

Juga saya selalu membaca doa ini :

Ya Allah, aku mohon pada Mu Kau ampunkan dosa arwah ahli keluarga ku yang telah pergi menemui Mu. Kau ampun kan dosa abah, dosa tok, dosa kakak, dosa nenek moyangku dan dosa semua kaum Muslimin dan Muslimat.

Aku mohon pada Mu, terangilah kubur mereka dengan cahaya Mu. Janganlah Kau biarkan kubur mereka berada dalam kegelapan.

Ya Allah,

Jadikanlah kubur mereka sebagai salah satu daripada taman taman syurga Mu. Janganlah Kau biarkan kubur mereka menjadi salah satu daripada lubang lubang neraka Mu.

Ya Allah, Kau permudahkan urusan mereka untuk menjawab soalan Mungkar dan Nangkir di alam kubur ini ya Allah. Jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah.

Ya Allah, Kau jadikanlah kubur sebagai tempat untuk mereka beristirehat sementara menunggu hari kiamat.

Ya Allah, Kau berilah peluang untuk mereka menerima kitab mereka dengan tangan kanan. Janganlah Kau beri mereka kitab mereka dengan tangan kiri.

Ya Allah, Kau berilah peluang kepada mereka untuk minum air dari telaga Al Kauthar. Mudah mudahan dengan minuman itu mereka tidak akan haus buat selama lamanya.

Ya Allah, Kau masukkanlah mereka ke dalam 7 golongan hamba Mu yang mendapat Rahmat Mu di padang masyar nanti ya Allah. Permudahkanlah timbangan mereka di mizan nanti ya Allah. Kau beratkan amalan kebaikan mereka dan Kau hapuskan amalan kejahatan mereka.

Ya Allah, Kau permudahkanlah mereka untuk melintas titi siratal mustaqim nanti ya Allah. Permudahkanlah mereka untuk sampai ke syurga Mu. Janganlah Kau biarkan mereka terjatuh ke dalam lubang neraka Mu ya Allah. 

Ya Allah, Kau masukkanlah mereka ke dalam syurga Mu dengan rahmat Mu tanpa dihisab. Kau jauhkanlah mereka masuk ke dalam neraka walau sesaat pun ya Allah.

Ya Allah, Kau perkenankanlah doa ku ini ya Allah.

Semoga  apa yang saya kongsikan ini akan memberi manfaat kepada kita semua.

Wassalam

Mohd Firdaus Mat Saad
Mencari Pencen Kubur

* Jika anda berminat untuk Copy Paste Doa Di Atas, sila KLIK DI SINI

Jika anda rasa posting ini bagus, mohon anda tekan LIKE BUTTON di bawah ini. Semoga lebih ramai yang akan mendapat manfaat daripada Nya.

1 comments:

  1. Izinkan sy share...tma kasih atas himpunan doanya

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top