Assalamualaikum,

"Do what you love and love what you do".

Alhamdulillah, Maria gembira dengan apa yang Maria lakukan hari ini.

Maria bersyukur, Allah mempertemukan Maria dengan bisnes yang Maria suka.

Maria dapat menambah nilai hidup ramai orang dan pada masa yang sama, Maria mampu memperoleh pendapatan yang jauh lebih baik berbanding zaman kerja makan gaji dahulu . Syukur Alhamdulillah.

Baru baru ini, Group Jutawan Shaklee iaitu group Shaklee yang Maria sertai mengadakan program "Elite Dinner for Jutawan : Anyone Can Be A Millionaire".

Dinner ini dianjurkan oleh Presidential Master Cery bagi meraikan usahawan usahawan online yang berjaya di kedudukan Key Coordinator, Senior Key Coordinator dan Master Coordinator di bawah bimbingan beliau.

Kalau nak diikutkan, memang tersangat ramai. Mungkin hampir 100 orang. Tetapi hanya lebih kurang 40 orang bersama pasangan dan keluarga masing-masing sahaja yang dapat menghadirkan diri ke program ini.

Untuk makluman anda, kami semua menjalankan perniagaan ini secara online. Ada yang dari Perlis, Kelantan, Terengganu, Kuala Lumpur, Johor. Tidak ketinggalan Sabah dan Sarawak. Dari Utara ke Selatan, Malaysia Timur dan Barat.

Tapi jarak tidak menghalang kami untuk tetap bekerjasama dalam satu kumpulan. Tanpa perlu meninggalkan keluarga, bisnes online telah menyatukan kami semua. Ada yang langsung tidak pernah bersua, tapi kami sangat rapat di dunia online. 

Syukur Alhamdulillah Maria dipertemukan dengan group Jutawan Shaklee yang sangat hebat dan penuh dengan aura positive!!

Program kali ini diadakan di Hotel Bangi-Putrajaya yang terletak di Bangi, Selangor.

Berikut adalah gambar gambar untuk dikongsikan dengan anda.



"Elite Dinner For Jutawan. Anyone Can be A Millionaire"


Suasana di dalam dewan. Masih ada meja yang kosong kerana kami tiba awal pada malam itu.



Tema kami untuk malam itu adalah warna biru.


Nyam..nyam.. Sedap betul makanan pada malam tu. Alhamdulillah.


Fateh pun makan banyak. Dah habis makan nasi nak makan chocolate pulak..


Maria bersama Presidential Master Cery. My 'great-great GrandNanny' in Shaklee. Inilah dia sponsor utama untuk dinner dan hadiah-hadiah pada malam ini.

Umur beliau baru 34 tahun, seorang bekas Engineer. Beliau juga bermula dari bawah dalam bisnes Shaklee sejak 4 tahun dahulu. Dari income 2 angka sebulan dalam Shaklee, kini beliau pemegang bonus 6 angka sebulan.

Walaupun kini beliau seorang multi millionaire, tetapi penampilan beliau tersangat humble. Tersangat biasa-biasa. Beliau tersangat menekankan kami semua untuk mendekatkan diri dengan Allah untuk mendapat rezeki yang luar biasa.

Terima kasih Kak Cery kerana menganjurkan majlis ini. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan meluaskan rezeki buat Kak Cery. 



Maria bersama 'mummy' Shaklee Ainul dan juga 'nanny' Shaklee Master Hafsah. All of us are Ex-Engineers. Kini kami bangga menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM). Syukur atas nikmat yang Allah berikan.


Firdaus pula berjumpa dengan rakan lama di Sheffield dahulu. Master Aizan, suami kepada Master Hafsah. Beliau adalah Ex- Engineer Petronas. Sekarang, Aizan juga 'terpaksa' berhenti kerja bagi membantu isteri menjalankan perniagaan secara online disamping memulakan pengajian Phd beliau.


Dalam majlis ini, ada diadakan cabutan bertuah. Setiap yang hadir akan dapat hadiah. Cuma, hadiah itu besar atau kecil sahaja. No 22. Is this a lucky number for me?


Antara hadiah utama. MacBook Air, Handbag Burberry, 2 buah Iphone 5, 3 buah Ipad Mini dan selebihnya Voucher RM500 sama ada voucher membeli buku di MPH, voucher RM500 untuk membeli belah di Parkson atau voucher RM500 untuk penginapan di mana mana hotel di Malaysia.

Sebelum majlis cabutan bertuah dijalankan. Semua dah mula suspen. Semua mendoakan nak hadiah hadiah utama. Hehe... Maria mengidam nak MacBook.

Cuba anda teka, apa hadiah yang Maria dapat?


Taraaa...... Maria bergambar bersama Master Zura yang menyampaikan hadiah voucher. Voucher apa? Cer teka......


Alhamdulillah. Maria dapat hadiah voucher RM500 untuk pakej penginapan 2D/1N untuk mana mana hotel di Malaysia. Boleh anda cadangkan tak, hotel mana yang best di Malaysia ni? Budget dalam RM500 untuk satu malam.

Bestkan bila diraikan macam ni. Bukan ini sahaja hadiah yang kami dapat. Ada lagi tauu..



Ini Door Gift dari Kak Cery. Sehelai sejadah dan sebuah Tafsir Al-Quran.

Kak Cery berpesan, kita mestilah sentiasa menjaga hubungan kita dengan Allah, pasti Allah akan menjaga hubungan kita dengan manusia.

Allah yang memegang segala kunci rezeki di langit dan bumi. Maka, mintalah pertolongan kepada Allah. Rajin-rajin lah merintih dan merayu di atas sejadah, dan membaca SURAT CINTA AL-QURAN daripada Allah setiap hari.

Subhanallah, itulah pesan seorang Jutawan Bertaqwa kepada anak-anak didiknya. Seronok dan tenang hati berada dalam group Jutawan ini. Alhamdulillah.


Ini pula Jam Bunga Rose Kristal khas untuk para Masters daripada Kak Cery juga.
Terima kasih Kak Cery atas segalanya.


Sebahagian daripada para Masters, Jutawan Muslimah yang hadir. Walau di mana pun kami berada, keluarga dan anak-anak tetap bersama. 

This is our FAMILY BUSINESS :)



 Para Jutawan dan Bakal Jutawan. Kami semua mengambil gambar sebagai kenang-kenangan sebelum bersurai.

Terima kasih kepada PM Cery yang sanggup menganjurkan program sebegini. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kasih sayangNya buat kami semua.

Jika anda bercadang nak buat bisnes, Maria sangat sangat mengesyorkan untuk anda buat bisnes secara online kerana ia lebih mudah, kos yang lebih rendah dan risiko yang hampir tiada. You got nothing to loose.

Jika anda berminat untuk menyertai kami dalam Empayar Maria Firdaus Millionaire In Shaklee (MFMS), anda boleh menghubungi Maria.

Insya Allah, Maria akan tunjukkan jalan bagaimana untuk anda buat bisnes yang sama macam Maria dengan cara yang lebih mudah, praktikal dan terbukti berkesan.

Doa Maria buat anda agar Allah sentiasa mempermudahkan urusan anda dalam kehidupan anda di dunia dan di akhirat.

Wassalam.

Thanks for reading! :)

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Maria untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE AND
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Kam Maria
Shaklee ID : 881455
019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp)

3 ulasan:

  1. Thanks for sharing =) Suka baca blog ni =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, Thanks for visiting our blog. Semoga perkongsian kami memberi manfaat :)

      Padam
  2. Best !!..tp sy dah serik dgn MLM ni..apa harus sy buat???

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top