Assalamualaikum,

Alhamdulillah, hari ini 6 January 2013, genaplah 6 tahun usia perkahwinan kami. Pelbagai suka, duka, pahit, manis dan cabaran dalam kehidupan rumahtangga telah berjaya kami hadapi. Terlalu banyak kenangan indah yang tercipta, and many more to come for sure :)

Teringat saat manis perkenalan pertama kami pada October 2001 di bumi Sheffield, United Kingdom. Ketika itu Maria dan rakan-rakan sedang dalam proses mencari rumah sewa. Firdaus ketika itu adalah 2nd Year student dan merupakan Presiden Sheffield Malaysian Student Association (SMSA), Maria pula 1st Year student dan baru beberapa hari tiba di bumi UK.

Perkenalan singkat itu akhirnya membawa kepada perkenalan yang seterusnya sehinggalah kami selamat diijabkabulkan pada 6 January 2007 selepas berjaya melepasi pelbagai rintangan yang dihadapi ;-). Syukur Alhamdulillah, hidup kami kini sangat bahagia dengan kehadiran 2 permata hati kami, anak-anak soleh yang sangat comel dan bijak, Muhammad Farees (4 tahun) dan Muhammad Fateh (4 bulan).

To my dearest hubby Mohd Firdaus Mat Saad, thank you for being a caring husband to me and a loving father to our kids. Thanks for everything. You are my other half, you are the love of my life. Terima kasih kerana sudi membimbing Maria selama ini dalam perjalanan hidup menuju redha Ilahi. Semoga Allah memberkati keluarga kita dan menyatukan kita semua selama-lamanya sehingga ke syurga. Amin.

Enjoy our wedding pics, mengimbau nostalgia 6 tahun lalu! :)

~ AKAD NIKAH | 6 JANUARY 2007 | Taman Keramat, Kuala Lumpur ~










~ BRIDE'S RECEPTION | 7 JANUARY 2007 | Taman Keramat, Kuala Lumpur ~








~ GROOM'S RECEPTION | 20 JANUARY 2007 | Parit Buntar, Perak ~









0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top