Assalamualaikum,

Weekend ini, kami sekeluarga pulang ke kampung Maria di Taman Sri Keramat, Kuala Lumpur. Dah lebih 2 bulan kami tak balik ke KL. Saya terlalu sibuk menguruskan persiapan kemasukan ayam di reban baru di Bandar Baru sejak satu bulan lepas.

Saya rasa, para pembaca dapat merasai kesannya. Saya langsung tak berkesempatan nak update blog sejak kebelakangan ini. Saya terpaksa memberi prioriti kepada ternakan ayamnya yang menjadi perniagaan utama saya.

Maria pun tak kurang sibuknya. Bayangkan, kami tinggal di Parit Buntar dan Maria bekerja di Kulim Hi Tech. Setiap hari Maria memandu kereta selama 1 jam pergi dan 1 jam pulang, jumlah perjalanan sejauh 80km. Ia perjalanan yang memenatkan.

Sudah pasti, selepas Maria sampai di rumah, Maria dah terlalu letih untuk melayan anak sulung kami, Farees.  Ini kerana Maria terpaksa menguruskan Fateh yang sekarang ini berusia 4 bulan. Di samping itu, Maria juga perlu melakukan aktiviti-aktiviti untuk part time business nya. 

Allah Allah... Hanya Allah sahaja yang tahu. Saya sibuk di reban baru setiap hari, Maria pula keletihan selepas pulang ke rumah. Kesannya, sejak kebelakangan ini Farees seperti kurang kasih sayang daripada kami berdua.

Farees mula menunjukkan sikap dingin dengan kami. Kami tak menyalahkannya. Tapi, kami salahkan diri sendiri yang kurang memberi perhatian kepada Farees.

Sebab itulah, selepas berbincang dengan Maria untuk pulang ke Kuala Lumpur, saya cuba mencari masa terbaik untuk kami semua bercuti di sana.

Di Kuala Lumpur, kami cuba untuk memberikan sepenuh perhatian dan kasih sayang kepada anak kami yang sulung ini, Farees.


 Setiba di rumah Atuk, Farees terus nak main piano.


Kemudian, kami bermain di pusat hiburan keluarga di Jaya Jusco AU2 yang hanya terletak di belakang rumah Maria.


 Farees nak main bawa eskabator. Main sakan Farees hari ini. Sambil saya melayan Farees, Maria pula ambil kesempatan untuk shopping. Hmm..mentang-mentang baru dapat bonus dari part-time business tengah-tengah bulan, shopping sakan jugaklah Maria. Takpelah..reward for herself for her hardwork last month..


 Farees nak jadi driver bas la pulak. Yang pasti, Farees mahu semuanya bergerak, dan dah pandai minta token untuk memastikan bas ni bergerak. Alhamdulillah, hari ini saya cuba gembirakan Farees sebaik mungkin. Semoga Farees gembira dan dapat merasakan kasih sayang daripada kami.


Hot Wheels cars, favourite toys Farees. 


Keesokan harinya, Farees request nak main lagi di arked. Kali ini, saya bawa sepupu Farees sekali, Kakak Wardah untuk temankan Farees. Farees sekarang dah pandai main game ni, walaupun kalah dengan Kakak Wardah..heheh.. Kakak Wardah ni pun, main tak bagi peluang kat Farees.


Hari Sabtu malam, kami mengaturkan perhimpunan kami sekeluarga. Abang dan kakak Maria datang ke rumah untuk majlis makan makan kami sekeluarga. Sudah menjadi tradisi, semasa kami pulang ke KL, Maria akan aturkan majlis sebegini.

Inilah peluang buat kami bertemu dengan adik beradik yang lain. Inilah juga peluang untuk Farees bermain dengan sepupu-sepupunya.

Disamping itu, kami juga buat majlis sambutan hari jadi ahli keluarga yang jatuh pada bulan ini dan bulan lepas.


Abang Hafiz dan Wan buat home made pizza. Memang sedap.


 Abang Turie pula bawa KFC.


Program dimulakan dengan bacaan doa. Alhamdulillah, saya membacakan doa, memohon kepada Allah agar diberi kebahagian kepada kami semua sekeluarga. Dijadikan anak anak kami anak yang soleh dan solehah serta diberi yang terbaik di dunia dan di akhirat.


Entah macam mana, Farees pun ada di tempat birthday boy dan birthday girl..heheh..


Kali ni saya beli Nasi Mandi Kambing, Nasi Mandi Ayam dan Lamb Madghut dari Al Rawsha. Okaz... Dah datang KL tak makan nasi mandi ka?


Sepupu Fateh. Fatimah Az Zahra berusia 7-8 bulan dan mula merangkak ke sana ke mari.


  Fateh bersama Pak Long Turie.


Semua saudara mara berkumpul malam itu. Semuanya ada. Memang meriah. Farees memang happy dapat main dengan sepupu-sepupunya.


Anak saudara Maria, Hakim yang akan melangsungkan perkahwinan bulan Jun ini. Sekarang sedang bekerja keras untuk mengumpul duit buat belanja perkahwinan nanti. Hehehe...

Insya Allah, hari ini kami akan berangkat pulang ke Parit Buntar. Kami semua rasa gembira. At least, kami dapat luangkan masa dengan anak-anak, ibu bapa dan adik-beradik yang lain selepas asyik sibuk bekerja setiap hari ketika di Parit Buntar.

Ia percutian yang ringkas, tetapi penuh bermanfaat. Semoga diberkati Allah.

Wassalam.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top