Assalamualaikum,

Bagi saya, secara jujurnya saya akui Prof Kamil adalah antara insan yang berjaya mengubah hidup saya.

Banyak kata kata nasihat beliau yang saya 'kutip' dari beliau secara 'direct' semasa saya menunaikan haji tahun lepas masih segar di ingatan saya hingga hari ini.

Apa yang beliau sampaikan amat mudah difahami.

Beliau hanya akan bercerita mengenai pengalaman hidup beliau. Menceritakan bagaimana beliau berubah daripada insan biasa kepada insan yang 'luar biasa' dan sentiasa berdampingan dengan Allah pada setiap waktu.

Saya rasa, sukar untuk mencari insan seperti beliau di Malaysia pada hari ini.

Saya bukanlah terlalu fanatik dengan beliau.

Tetapi, saya amat menghormati beliau kerana beliau mampu untuk 'mengetuk' pintu hati saya untuk melakukan sesuatu perkara semata mata kerana Allah.

Terus terang saya katakan. Hati saya agak keras.Namun, Allah cairkan hati saya yang keras ini melalui Prof Kamil. Saya bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada Prof atas segala nasihat yang telah beliau berikan.

Bahkan, cara penulisan saya di blog ini selepas saya pulang dari haji turut berubah. Saya fikir, saya perlu banyak berkongsi dengan para pembaca bagaimana kita perlu mendekatkan diri dengan Allah. Sepertimana yang Prof Kamil ajarkan kepada saya.

Blog beliau, www.muhdkamil.org menjadi rujukan saya setiap hari. Terlalu banyak nasihat beliau yang diberikan setiap hari. Setiap hari, ada saja input input baru yang saya pelajari.Terima kasih Prof atas segala ilmu yang dicurahkan.

Usah berbicara soal ibadah beliau.

Beliau akan menjaga solat berjemaah. Bayangkan, dalam 6 tahun selepas beliau menunaikan haji. Hanya 2 waktu beliau terlepas solat berjemaah. Yang lain. Semuanya beliau bersolat berjemaah. Subhanallah.

Beliau melakukan Qiamullail. Setiap malam. Bercerita dengan Allah segala masalah yang beliau hadapi. Ya, setiap malam selama 2-3 jam setiap hari.

Beliau berpuasa seperti mana Nabi Daud berpuasa. Iaitu berpuasa selang sehari. Masya Allah.

Kalau hendak saya listkan, memang terlalu banyak. 'Hebatnya' beliau dalam ibadah dalam usaha mencari keredhaan Allah.

Dan sekarang, beliau ada di Malaysia. Beliau kini sedang bercuti selama 2 bulan. Sepanjang berada di Malaysia. Beliau akan mengadakan program tazkirah dari masjid ke masjid di merata rata tempat.

Saya berharap, jika beliau ada pergi di tempat tuan tuan. Cubalah, lapangkan masa dan ajak ahli keluarga kita untuk pergi mendengar ceramah beliau. Percayalah, ia lain daripada yang lain.Banyak yang beliau katakan terkesan di hati.

Berikut merupakan jadual kuliah beliau sepanjang bulan ini dan bulan hadapan:
Lihatlah. Kalau kalau beliau berada di sekitar tempat tuan tuan. Luang luangkan lah masa. Dan insya Allah. Anda akan terkesima dengan apa yang beliau sampaikan.


Semoga hidayah Allah akan sampai kepada kita semua.

Ayuh, marilah kita semua mendoakan kesejahteraan hidup beliau.

"Ya Allah, kami mohon kepada Mu. Berilah rahmat Mu kepada Prof Kamil sekeluarga. Berilah kesihatan yang baik kepada beliau, agar beliau dapat meneruskan kerja kerja dakwah beliau dan terus memberi nasihat kepada kami semua. Ya Allah, masukkanlah beliau sekeluarga ke dalam syurga Mu tanpa di hisab. Amin. Ya Rabbal Alamin"
 
Wassalam

7 ulasan:

  1. Assalamualaikum..
    Semoga dirahmati Allah SWT..
    Sama2 lah kita istiqomah sebagaimana prof Kamil..
    InsyaAllah , mudah2 an Allah membantu kita..

    BalasPadam
  2. InsyAllah kami akan datang terutama sekali di Shah Alam.Terima kasih saudara Mohd Firdaus dan Ahmad Nazrimi semoga dpt doakan hajat masa umrah nti.tq.

    BalasPadam
  3. ....Salam

    Blog Prof. juga adalah blog pertama yg akak buka setiap hari...tidak boleh ketinggalan...moga kita dlm lindungan Allah yg Esa

    BalasPadam
  4. Salam, hari ini sy berkesempatan mendengar Tazkirah di Karangkraf Sek 15 Shah Alam.Allah telah penuhi hajat saya, pertama di benarkan masuk ke dlm dan dapat minum dlm bekas cawan beliau yg tersisa.Alhamdulillah....mmg sesuai dgn jiwa sy pengalaman beliau menjadi Insan Terpilih.TQ Tuan Haji.

    BalasPadam
  5. assalam,

    Semuga kita semua dalam rahmat dan redha Allah. amin Ya Rabb

    BalasPadam
  6. Salam. Eldor. Cuba kongsi apa yg dpt dipelajari
    Semasa mendengar ceramah prof.

    BalasPadam
  7. Sebenarnya jauh di sudut hati ingin menulis tapi di sebabkan faktor gaya bahasa yg teruk sy cuma sampaikan pd keluarga saja.Takut nti org yg minat ttg ceramah beliau jadi terbalik pulak.InsyAllah, jika nanti sy dikurniakan kepetahan oleh Allah mcm tuan hj atau prof, sy akan buat. Maaf ya.

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top