Assalamualaikum,

Hari Sabtu dan Ahad lepas, sy di Shah Alam utk menghadiri Kursus Haji Perdana Anjuran Zahafiz Travel And Tours. Bertempat di Masjid Negeri. Kursus haji ni melibatkan teori dan praktikal yg dikendalikan oleh tenaga pengajar yg berpengalaman.

Ada beberapa perkara yg sy nak kongsi bersama:

1) KAD JEMPUTAN KE BAITULLAH

Tahun ni, perjalanan agak kelam kabut. Bagi sy, apa yg sy nampak Tabung Haji agak lewat memberikan kuota kepada pakej swasta utk menguruskan bakal jemaah haji. Memang lewat. Selalunya, pada awal Ramadhan, pakej swasta dah pun terima berapa kuota yg diberikan. Tapi, tahun ni, lepas raya pun tak dapat lagi.

Tahun ni, Tabung Haji agak strict. Sesiapa yg dah pernah pergi haji, tak boleh pergi menunaikan haji. Melainkan guna kabel kabel tertentu. Ni bagi memberikan lebih ramai peluang kepada jemaah yg belum pernah menunaikan haji utk pergi haji wajib. Ni satu peraturan baru yg sy amat sokong.

Tapi, tabung haji terlalu lewat bagi kuota kepada pakej swasta. Because of that, kami para jemaah seramai 1200 yg berdaftar dengan pakej swasta Zahafiz agak kelam kabut. Dua minggu lepas raya, baru dapat tahu kami dapat pergi. Dan pihak Zahafiz dah warning supaya bersiap sedia utk segala kemungkinan.

Dan akhirnya, Tabung Haji hanya memberikan kuota kepada Zahafiz sebanyak 500 org. Bayangkan, dari jumlah 500 ni, bermakna 700 org tak dapat pergi. Selang beberapa hari, Zahafiz dapat kuota tambahan sebanyak 200. Menjadikan jumlah kuota 700 yg dapat pergi dan still 500 jemaah yg tak dapat pergi. Alhamdulillah, sy awal awal lagi dah termasuk dlm golongan 500 org ni.

Dan bayangkan, pihak pakej hanya memberi kami 5 jam masa utk menjawab sama ada kami terima atau tolak tawaran dan perlu dilakukan di tempat kami mendaftar haji dulu. Perghh. Sy dapat call pukul 11 pagi. Dan penerimaan mesti dibuat sebelum pukul 5 petang di Tabung Haji. Kalau tak, TAK BOLEH PERGI. Sy call Maria utk balik dari kerja. Pukul 1.30 petang Maria sampai ke rumah. Pukul 2 kami bertolak ke Tabung Haji Bagan Serai utk menjawab surat penerimaan kami menunaikan haji dan menyerahkan passport. Pukul 3.30 petang kami diberi buku kesihatan utk cucuk vaksin dan juga buat pemeriksaan kesihatan. Kalau nak buat di Hospital kerajaan, akan ambil masa. So, sy terpaksa buat di klinik swasta. Pukul 5.30 petang, selesai kami dapatkan vaksin dan laporan perubatan siap. Alhamdulillah.. Keesokannya, hari Jumaat pagi sy pulangkan kembali buku rawatan kepada pihak Tabung Haji utk rekod sebelum menyimpan buku ni utk kami ke Mekah nanti. So, selesai kerja kami dengan Tabung Haji. Urusan seterusnya, hanya dengan Zahafiz.

Semasa kami di Kursus Haji Perdana, pihak Zahafiz meluahkan rasa kecewa kepada para jemaah.

1) Seramai 40 ahli jemaah yg dapat tawaran tetapi menolak tawaran disaat saat akhir. Dan tak mahu pergi ke Tabung Haji utk tolak tawaran secara formal. Dan disebabkan itu, kuota Zahafiz sebanyak 40 org tergantung di Tabung Haji. Kesian, disebabkan 40 org buat hal macam ni, bermakna 40 org tak dapat pergi utk ambil alih tempat dia.

2) Banyak jemaah yg maki dan komplen kepada Zahafiz sebab bagi short notice. Tapi, Zahafiz kata, apa yg dia bagi adalah apa yg disuruhkan oleh Tabung Haji. Tapi, disebabkan Zahafiz yg uruskan kami, ramai jemaah yg marah kepada para petugas. Zahafiz kata, para jemaah harus sabar dlm menghadapi segala ujian. Ni baru ujian kecil. Di Tanah Suci nanti, lagi banyak cabaran yg bakal dihadapi.

2) ANDA NAK MENUNAIKAN HAJI?

Sekarang bukan mudah macam dahulu. Skrg ni, senarai menunggu yg dah mendaftar haji tapi belum pergi adalah sebanyak 700,000 orang. Dan kalau anda daftar tahun 2011, anda hanya boleh pergi menunaikan haji pada tahun 2040. Lagi 29 tahun. Jadi, bagi sy anda harus mendaftar sekarang, itu pun utk pergi lagi 29 tahun. Kalau skrg umur 30, maksudnya umur 59 baru boleh pergi menunaikan haji.

Insya Allah, tahun hadapan kadar tambang bagi jemaah haji yg nak pergi melalui muassasah adalah sekitar RM14,000. Tahun ni, sekitar RM10,000. Dan tahun tahun mendatang, lebih mahal. Pengajarannya, lebih baik kita pergi awal daripada kemudian.

Skrg ni, walaupun nak pergi dengan pakej swasta pun, belum tentu kita dapat pergi pada tahun yg kita mahu. Sebab, kuota di pihak swasta pun semakin berkurang setiap tahun dan org yg mendaftar dengan swasta pulak semakin bertambah.... Bayangkan lah....

Nak buat cam na utk daftar? Pergi ke Tabung Haji. Buat simpanan sebanyak RM1300 di akaun tabung haji dan anda dah layak mendaftar. Dan akan diberikan jadual bila nak pergi menunaikan haji.

Sekiranya mati sebelum pergi. Sekurang kurangnya, di akhirat kelak kita boleh jawab dihadapan Allah kita tak dapat pergi sebab kita belum dipanggil oleh Tabung Haji. Kalau kita tak daftar dan tak pergi haji, macam mana nak jawab nanti... Lu pikir la sendiri...

3) Kiriman Doa Di Kaabah.

Sehingga hari ni, sy dah terima sekitar 30 kiriman doa dari para pembaca blog dan para sahabat yg mengenali sy. Ada beberapa perkara yg sy nak kongsi dlm hal ni:

i) Sy hanya berdoa di Multazam dan ditempat2 yg mustajab utk sy berdoa utk para sahabat. Sekiranya permohonan para sahabat dimakbulkan nanti. Jangan sesekali beriktikad 'permohonan dimakbulkan sebab sy baca di sana'. Tetapi, anggaplah Allah yg memakbulkan doa tu dan sy baca di sana hanyalah sebagai wadah utk disampaikan hajat tu kepada Allah.

ii) Sy dah nak compile semua doa doa ni dan masukkan dlm 1 file sahaja. So, sy rasa cukuplah kot. Sy terpaksa menutup kiriman doa ni.

iii) Sy minta, para sahabat berusaha sendiri utk mencapai matlamat apa yg dihajatkan. Doa hanyalah senjata, tapi kalau tak berusaha. Masakan Allah nak beri apa yg kita hajatkan tu. Setiap doa mesti disertakan dengan usaha yg gigih dan berterusan.

4) Sumbangan Wang

Alhamdulillah, sy ucapkan jutaan terima kasih kepada para sahabat yg memberi sumbangan kewangan kepada sy. Semoga, apa yg tuan tuan berikan kepada sy, Allah lipat gandakan kepada pemberinya. "Ya Allah, Kau bantulah mereka yg membantu aku. Kau murahkan rezeki kepada mereka yg memberi sumbangan kepada ku, semoga Engkau memberikan kepada mereka lebih daripada apa yg mereka berikan kepada ku."

Ada sahabat yg memberikan sumbangan sebanyak RM1000 kepada sy. Jutaan terima kasih sy ucapkan kepada beliau. Moga Allah membantu dan mempermudahkan segala urusannya.

5) Sumbangan Al-Quran kepada Masjidil Haram

Kepada mereka yg berhajat utk menyumbang Al Quran kepada Masjidil Haram melalui sy, boleh diberikan kepada sy. Setiap satu naskah Al Quran berharga RM35. (Saudi Riyal 35-40). Pahala yg amat besar menanti kepada mereka yg menyumbang kerana apabila ada org yg membaca Al Quran yg kita sumbangkan, kita akan mendapat pahala sama seperti org itu baca. Dan bayangkan berapa ramai org di Masjidil Haram yg membaca Al Quran. So, terpulang kepada para pembaca yg berhajat.

6) Kiriman Air Zam Zam.

Bagi mereka yg berhajat, 10 liter air zam zam berharga RM120. (Saudi Riyal 120) Akan dipos terus ke rumah anda dari Mekah. Ni berdasarkan harga pada tahun lepas. Sy rasa harganya masih sama. Air zam zam bagus utk air penerang hati utk anak anak anda. Bagi yg nak air zam zam, boleh masukkan duit ke akaun sy dan bagi alamat anda ke emel sy serta no telefon.

* Akaun Maybank : Mohd Firdaus Bin Mat Saad 152116040160

7) Tarikh Berlepas

Insya Allah, sy dan keluarga akan berlepas ke Tanah Suci antara 6 @ 7 Oktober ni dari Kelana Jaya dan terus ke Jeddah melalui KLIA. Mohon para pembaca mendoakan keselematan kami yg pergi menunaikan haji dan semoga dikurniakan haji yg mabrur dan dipermudahkan segala urusan.

Wassalam.

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top