Assalamualaikum,

Alhamdulillah, saya, isteri dan ibu& bapa mertua terpilih untuk menjadi tetamu Allah pada musim Haji tahun ni. Sy bersyukur kerana setelah lama plan, akhirnya Allah memberi keizinan utk kami menjadi tetamu Allah. Mula2 kena kumpul cuti, sepanjang tahunlepas dan tahun ni Maria terpaksa berjimat cermat dengan cuti tahunan. Semuanya dikumpul utk digunakan semasa kami menunaikan haji kali ni. Walaupun terpaksa juga ambil unpaid leave utk beberapa hari.

Biasanya, kalau ada sahabat2 sy yg pergi menunaikan umrah, sy akan kirimkan doa utk didoakan di hadapan kaabah. Sebab doa yg paling mustajab dibaca adalah doa didepan Multazam.. Iaitu antara pintu Kaabah dan Hajarul Aswad. Setakat ni, semua doa yg dibaca di situ, semuanya dimakbulkan Allah. Alhamdulillah... Dan ramai sahabat yg sy bacakan doa masa sy pergi menunaikan umrah, mengucapkan terima kasih kerana hajat hajat mereka dah pun tercapai.

Memandangkan Allah memberi peluang untuk sy pergi ke Mekah kali ini, dan memang dah ramai pun yg call sy minta sy doakan hajat2 mereka di hadapan Kaabah. Memandangkan Allah dah memberi peluang sy utk sampai ke sana, sy berbesar hati utk memanjangkan hajat2 sahabat2 sy yg ingin sy doakan hajat mereka di hadapan Kaabah. Cuma yg saya minta, kalau nak minta sy doakan sebarang hajat di hadapan Kaabah, tolong emel sy seperti berikut:

1) Taip semua doa dlm Microsoft Word 97-00 Document. Jangan save dlm advance version, nanti sy tak leh nak buka

2) Tulis doa tu dengan membahasakan diri sendiri menggunakan nama sendiri. Sebab sy yg akan baca doa tu.

Contohnya. Nama Pengirim Khairul.

"Ya Allah, sahabat aku Khairul ingin memohon kepada Mu beberapa perkara:

i) Ya Allah, tetapkanlah Iman Khairul dan ahli keluarganya. Tingkatkanlah iman mereka dari hari ke hari dan matikanlah mereka semua dalam keadaan beriman.

ii) Ya Allah, Khairul memohon kepada Mu agar Engkau menjadikan anak-anaknya, anak yang soleh dan solehah. Berikanlah kejayaan kepada anak anaknya di dunia dan di akhirat.

iii) Ya Allah, bantulah Khairul dalam perniagaan yang dijalankannya. Kurniakanlah dia rezeki yang halal dan jauhi dia dari rezeki yang haram dan syubhah. Berilah kekayaan kepada dia, mudah mudahan dengan kekayaan yang dia peroleh, dia dapat mengeluarkan zakat yang banyak dan dapat membantu umat Islam yang lain.

iv) Ya Allah, Khairul memohon kepada Mu agar Engkau memanjangkan umur mereka sekeluarga, mudah mudahan mereka dapat menggunakan umur yang panjang itu untuk mempertingkatkan amal ibadah kepada Mu.

v) Ya Allah, Khairul memohon agar Engkau memilih mereka utk pergi menunaikan haji sebelum mereka berumur 35 tahun.

vi) Ya Allah, inilah sahaja hajat yg Khairul ingin sampaikan kepada Mu. Dengan limpah rahmat Mu, kabulkanlah hajat-hajat Khairul ni.

Apa yg sy tulis ni hanyalah contoh.. Anda boleh tulis ayat tu ikut keselesaan sendiri. Cumanya, jadikan diri anda sebagai ganti diri org yang ketiga. So bila sy baca, doa tu di refer ke Khairul. Kalau tulis "Ya Allah, aku memohon kepada Mu... " Bila sy yg baca doa tu, sort of sy yg minta doa tu.

3) Jangan tulis lebih dari satu muka surat. Sebab setakat ni memang ramai yg minta sy doakan di depan Kaabah. Jadi, sy rasa satu muka surat memadai utk sy baca di sana utk setiap org.

4) Kalau boleh, doa tu straight to the point. Senang sy nak minta... Jgn bagi ayat tu panjang panjang.

5) Emelkan kepada mfms1981@yahoo.co.uk sebelum hari 25 September ni ni. Sy perlukan masa utk nak compile semua emel dan buat dlm satu fail. Sebab tu sy perlukan kiriman doa ni segera.

6) Walaupun sy mungkin tak kenal pembaca blog ni, tapi kalau still berhajat nak minta sy doakan.. No problem. You are most welcome.... Sebarang hajat, termasuklah utk kebaikan anak2 kita yg masih kecil. Pekerjaan kita.... Bisness kita.. Atau apa2 saja hajat...

Kepada sahabat2 dan pembaca blog ni, tolong doakan mudah2an Allah mempermudahkan segala urusan sy, isteri, ibu dan bapamertua sy sepanjang perjalanan kami pergi dan pulang. Dan dipelihara ahli keluarga kami di Malaysia... Dan yg penting, dikurniakan haji yang mabrur.

Wassalam

9 comments:

  1. fidot... nurman here.... will certainly email u our family's request insya-allah. anyway selamat hari raya maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete
  2. Salam Nurman,

    No problem. Insya Allah, akan disampaikan hajat tu disana nanti. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin...

    ReplyDelete
  3. salam....baiknya hati anda walaupun tdk mengenali tp ikhlas utk membantu sesama islam...moga anda sekuarga selamat pergi n pulang,dikurniakan haji yg mabrur..insyaallah.saya pun nk kirim doa saya utk anda baca d sana...marina

    ReplyDelete
  4. kenapa adik baru rasa nak tengok sekarang post ni :( huu dah terlambat :(

    ReplyDelete
  5. Tq sgt, sangat membantu dr segi contoh doa yg ingin di kirim..

    ReplyDelete
  6. Assalam..trima kasih bnyk2 atas perkongsian ini.sgt2 membantu.Hanya Allah yg membalasnya.


























































































    ReplyDelete
  7. terima kasih bagi detail explaination....sangat bermanfaat

    ReplyDelete
  8. Contoh yang diberi sangat berguna kerana saya sedang memikirkan bagaimana mengirimkan doa di depan Kaabah. Mohon izin untuk copy.Allah saja yang balas kebaikan puan. Terima kasih

    ReplyDelete
  9. Salam Alaiyk..

    Saya baru terbaca entry ini sebab sedang mencari tips utk kirim doa kpd rakan yang akan tunaikan Umrah pada Januari 2014. Bila terbaca entry ni, sy kagum dan MasyaALLAH murninya niat saudara kerana sudi menerima kiriman doa untuk dibacakan di depan Kaabah. AMin

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top