Assalamualaikum,

How big is big.... Baru baru ni, CP hantar lori besar. Antara yg terbesar. Boleh kat maksimum la. 332 bakul utk satu lori. Kalau diisi ayam satu bakul 10 ekor, dah mencapai 3320 ekor ayam dlm satu lori. Kalau seekor ayam harga RM10, total satu lori pun dah RM33,200. Perghhh....
.
Sy saja nak tunjuk gambar lori ayam ni. Punya la besar. Bila lori ni masuk, reban sy pun dah rasa macam kecik.

Lori ni satu tingkat ada 9 lapis bakul. Tinggi gila. Susah nak naikkan bakul atas lori ni.

Nampak, besar tak lori ni. Ni gambar lepas dah habis diisi dengan ayam. Kemudian, ayam ni perlu dimandikan. So boleh tahan dlm perjalanan. FYI, ayam2 ni ke KL. Ke Pudu dan Chow Kit.

Gambar lori masa nak reverse dlm reban. Bukan senang, dengan saiz reban yg macam ni. Bukan senang lori ni nak pusing.
.
So, siapa yg nak buat reban, make sure mempunyai kawasan yg mencukupi utk lori2 besar macam ni nak keluar masuk.
.
Wassalam.

2 ulasan:

  1. Salam, selalunya berapa hari collect ayam. 5 or 6 hari ker?

    BalasPadam
  2. 6-7 hari to clear the chicken

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top