Assalamualaikum,

Dlm masa 2-3 minggu ni, bertalu-talu emel yg masuk tanya sy pasal ayam. Ada yg sy jawab dan ada yg sy tak jawab. Kepada yg sy tak jawab emel personally tu, sy mohon maaf sesangat. Sy agak sibuk kebelakangan ni.

Utk manfaat kepada lebih ramai org dan memudahkan sy. Sy akan jawab soalan di sini.

EMEL PERTAMA :

Salam Sejahtera. Saya XXXX berasal dari Perak. Baru – Baru ini saya ada baca blog abang di internet berkenaan penternakan ayam di dalam reban tertutup.

Untuk pengetahuan abang, saya berminat untuk melibatkan diri saya dalam bidang ini. Saya bercadang untuk memulakan dengan kapasiti 30k ayam pedaging.

Setelah melihat blog abang, saya amat kagum and teruja dengan kegigihan abang dan kecekapan mengendalikan penternakan dalam reban closed house ini.

Kalau abang sudi, saya bercadang hendak melawat abang dan bersembang untuk mendapatkan khidmat nasihat.

Bolehtak kita jumpa di tempat abang pada pagi Sabtu ni 20 haribulan 8.

Saya harap abang dapat berikan saya tunjuk ajar dan contacts untuk memulakan business ini.

Harap abang dapat membalas dan berikan saya temujanji untuk berjumpa dengan anda.

Sekian, terima kasih,

EMEL KEDUA

salam tuan,,
sy XXXX dr k.l.
sy berminat menceburi bidang penternakan ayam.
sy tertarik dgn blog yg tuan sediakan & sy telah pun baca..
sy ingin berjumpa tuan utk bertanyakan ttg lanjut bisnes ayam ni..
kalo tuan tidak keberatan blhla tgglkan alamat & no.fon tuan.
blh sy hbgi direct pd tuan..
harap tuan dpt membantu sy..
salam ramadan..
tqvm

EMEL KETIGA

Assalamu'alaikum, sy XXXXX nk wat lawatan ngan XXX bulan depan sept,oktober n november. bole bg alamat?

EMEL KEEMPAT

ASKUM,

Sy still baru and bru nk menceburi dlm bidang ternakan ayam. Sy just nk mntak pandangan saudara, if sy beli ladang ayam yg ready made punye means kte just usahakan business yg ada. Sy rase cara nie pn ok jgk kan.

Tp ape yg sy musykil nye mcm mane and dkat mne nk cari ladang ayam yg tuannya nk jual. Sy harap kalau saudara ada knalan yg dapat membantu sy lg bagus.

tq.


EMEL KELIMA

Salam....saya XXXXX ..umo 26..haa kat email address tu mmg nama penuh saya...;) saya sangat2 berminat nak menceburi bidang penternakkan...oleh sebab saya tgh surf web dan tibe2 nampak penternak yg sudah berjaya iaitu abg so saya ada beberapa soklan yg xbrape best n best nak tanye abg...soklan pertama saya...da brape lama abg bela ayam CP?knapa CP knapa bukan ayamas or kenny roggers? CP amik dgn harga lebih tinggi ke mcmana?,kedua...berdasarkan pic yg di upload dlm blog....saya nampak reban ayam...adakah reban ayam tu kategori hi-tech?? Aircond di perlukan sama skali ke??sekiranya tidak yg hi tech...ramai ke pekerja kene ada??contohnye utk 20k ayam...brapekah kos utk reban hi-tech?brape pula reban yg mcm abg??brape bill bulanan utk reban abg??ade sumber mengatakan ayam ni kuat minum...betul ke??mengenai taik ayam pula...brapekah keuntungan abg??sekiranya saya dah dpt kontrak tersebut....boleh ke kontrak dipajakkan mcmtu je nak dptkan loan??n saya nak tanye reban abg kat mana?? Boleh x kalau kite lepak2 or jumpe abg??sbb saya ade lg 1000 soklan nak tanye... :D

EMEL KEENAM

assalammualaikum..

saya XXXX..baru baru ni saya pulang ke kampung di alor setar kedahsebab ayah saya suruh balik tengok tanah bukit yang baru di clearkan..luas tanah tu dalam 2 ekar..dalam saya dok jalan jalanmeninjau kawasan tanah bukit tu...saya ternampak 2 reban ayam...saya pun ajak la ayah pergi melihat reban ayam tu dan sembang dengan pekerja kat situ..semabang punya sembang terasa menarik juga business ni..prospek yang bagus...memandagkan tanah bukit saya tu takde apa2 plan lagi,saya syorkan kepada ayah supaya ternak ayam...dia pun kata ok...lagipun tanah saya tu dok tepi jalan je..senang sket..

saya sekarang tengah buat research sket pasal ayam ni..dari segi makan,minum, sakit, penjagaan,kebersihan, reban,kontract farming..dll.. kaji punya kaji,terserempak la ngan blog en firdaus ni..memang best..banyak saya tau mengenai business ayam daging ni..

sekarang saya tengah fikir macam mana nak cari modal nak bina reban..boleh tahan gak kos nak buat reban ni..saya cadang kat ayah supaya cagarkan tanah getah (6 ekar) dan tanah dusun (1 ekar) kat agrobank...apa pendapat dengan rancangan saya ini?ataupun ada alternatif lain untuk dapatkan modal..macam mana dengan mara?kena buat paperwork ke?kalau tak keberatan boleh cik firdaus cerita bagaimana cik firdausdapatkan loan buat reban..

banyak banyak terima kasih dari saya

JAWAPAN DAN LUAHAN HATI SAYA

Waalaikumsalam semua. Sy berbesar hati menerima kunjugan tuan tuan semua ke blog sy. Sy sengaja meletakkan kesemua emel ni sekali pada satu masa. Supaya sy nak semua pembaca tahu kenapa kadang2 sy tak jawab emel. Dan kenapa kadang2 sy terlewat menjawab emel.
.
Ikhlas sy katakan, sebelum ni terlalu ramai yg datang ke reban sy utk belajar dan mengetahui dengan lebih mendalam pasal ternakan ayam. Boleh sy katakan, tak kurang dari 300 org yg dah datang bertanya kepada sy pasal ternakan ayam ni sepanjang 6 tahun sy menjalankan operasi.
.
Setiap kali ada tetamu datang, sy terpaksa memulakan penceritaan yg sama. Yg bila dah terlalu banyak kali saya mengulang cerita yg sama kepada org baru, sy rasa boring. Sy letih bercakap. Setiap kali berjumpa, sy mungkin meluangkan masa antara 1-3 jam. Sy sebaik mungkin cuba memenuhi hajat tuan2 yg datang berjumpa sy. Tuan2 yg datang mungkin tak terasa letih sebab Tuan tuan jumpa sy sekali, tapi sy la yg terasa letih sebab sy terpaksa menerangkan benda yg sama berulang ulang kali kepada beratus2 orang.
.
Ikhlas sy katakan, industri ternakan ayam ni bukan satu saingan. Sy lebih suka membantu rakan2 yg nak menceburi bidang ni. Saya suka tengok kawan2 berjaya dlm industri ni. Lagipun, industri ni hanya dimonopoli oleh satu kaum saja di Malaysia ni. Tak bagus utk ekonomi negara. Jadi kalau ada kawan2 yg nak buat, memang sy suka. Biasanya, sy cuba utk bantu sebaik mungkin. Sedaya yg sy mampu.
.
Tapi, lepas sekian lama. Lebih dari 300 org yg datang berjumpa dengan sy... Hanya 3 org saja yg menjalankan perniagaan ni lepas mendapat khidmat nasihat sy. Cuba bayangkan, ratio yg datang jumpa sy dan ratio yg menggunakan apa yg sy kata. Sy rasa letih sebab apa yg sy katakan tak dpt diaplikasikan oleh mereka yg datang.
.
Bagi mengurangkan tetamu datang melawat reban sy. In which, memang tak bagus pun kalau ada tetamu datang melawat reban. Sy memikirkan sy perlu buat blog. Dan akhirnya, pada tahun 2008 sy memulakan menulis blog ni pasal ternakan ayam. Dah beratus2 entry yg sy tulis pasal ayam. Sy menulis semoga lebih ramai yg faham mengenai apa yg sy lakukan. Tetapi, skrg sy tengok tulisan2 sy lebih menimbulkan lebih banyak persoalan daripada jawapan. Para pembaca berasa teruja dan eager nak tahu lebih mendalam mengenai industri ni.
.
Alhamdulillah, sy syukur, sekurang-kurangnya tulisan sy ni dapat menimbulkan rasa keperluan tuan tuan utk menceburi bidang ini. Semoga, sy dpt mencetuskan lagi rasa membara tuan-tuan utk menceburi bidang ni.
.
Namun, sy berasa sedih. Sedih kerana sy tak dpt nak memenuhi permintaan ramai org yg nak berjumpa dengan sy secara direct. Sy harap Tuan-tuan semua faham. Sy juga hanyalah manusia biasa. Sy pun ada perasaan. Sy pun ada kerja-kerja yg nak sy selesaikan. Dan kebiasaannya memang sy sibuk. Skrg sy boleh tulis panjang2 ni sebab sy di kedai, tengah servis kereta. Kena tunggu 2 jam. Itu la sy ada masa sket nak update blog ni.
.
Sekarang ni, sy tengah memikirkan mekanisma yg terbaik utk memenuhi permintaan ramai org. Pernah sy terfikir sy nak tulis buku saja pasal ternakan ayam ni. Dan in fact, memang sy dah tulis pun. Tapi, sy berhenti lepas dah tulis 10%. Sebabnya, sy rasa sy belum layak utk berkata diri sy dah berjaya dlm industri ni. Sy rasa sy hanyalah insan biasa dlm dunia ayam ni. Jadi, belum masanya utk sy tulis buku pasal ternakan ayam. Dan sy sendiri pun masih lagi belajar pasal ternakan ayam. Mana mungkin sy boleh mendabik dada kata 'SY PANDAI BELA AYAM'. Dan sy hanya bercadang utk tulis buku kalau sy dah betul2 berjaya. Mungkin lepas 3 tahun lagi. Sebab skrg sy bercadang utk buat reban ayam yg baru lagi. Kalau sy succesfully operate reban baru ni, baru sy boleh kata kepada diri sy..'Alhamdulillah.. Sy dah berjaya'.
.
Ada org suruh sy anjurkan kursus ternakan ayam kepada para pembaca yg berminat. Mungkin kursus yg diadakan secara personal. One by one dengan peserta yg berminat. Persoalannya, berapa bayaran yg sy perlu kenakan utk kursus ni. Sy ada tengok, kursus ternakan burung walit, mencecah RM800 utk tempoh 5-6 jam. Kursus ternakan kambing dan lembu mencecah RM500. Kalau sy kenakan kadar sekitar RM300-RM500. Nanti org kata mahal. Sedangkan bagi sy, ilmu yg sy curahkan tu worth more than that. Boleh merubah kehidupan anda bagi mereka yg mencuba dan berjaya. Kalau sy kenakan caj yg murah, sy takut nanti sy pulak tak ikhlas. Sy memikirkan kadar yg dirasakan perlu utk 'mengikhlaskan' diri sy. Sy rasa, cara ni lebih banyak kebaikannya. Yg pertama, sy dpt buat selection. Bila ada bayaran. Hanya yg betul2 berminat saja yg akan menghubungi sy dan datang berjumpa dengan sy. Dengan cara ni, sy tak membuang masa utk bercerita panjang lebar dengan mereka yg hanya saja saja nak tahu pasal industri ni. Dan, dlm masa yg sama, mereka boleh berjumpa dengan sy personally dan boleh tanya sy soalan mcm mcm.
.
Skrg ni, sy tak tahu apa yg terbaik utk para pembaca yg betul2 nak mendalami ilmu ayam ni. Sekarang, sy nak tanya para pembaca, apa yg tuan tuan rasa perlu sy lakukan skrg ni. Supaya, sy dpt berikan yg terbaik kepada semua org.
.
Wassalam....

8 comments:

  1. ASSLAMUALIKUM..
    SAJA NAK MENYELIT...SERBA SIKIT AKU PUN DAH RASA APA YG HANG RASA..(BARU HANG TAU)
    PADA PEMBACA YG BEMINAT ATAU BARU NK BERJINAK DLM BIDANG TERNAKAN AYAM..
    KEBETULAN NCER ADA MEMBUAT KURSUS TTG TERNAKAN AYAM AKU SALAH SEORG TUAN PENASIHAT SAPE YG BEMINAT BOLEH HUBUNGI......ABU NAUFAL.DGN IZIN BLH TANYA TUAN HJ FIRDAUS..

    ReplyDelete
  2. kursus ini dlm bentuk bantuan tiada caj dikenakan...



    al-faqir ila Allah...
    ABU NAUFAL

    ReplyDelete
  3. CAM BIASA DGR AYAT "BARU HANG TAU"...HEHEHEHE...SEKSA NAK LEPAS 2K 'ORGANIK'PUN AKU BARU TAU...

    ReplyDelete
  4. Buat jer kursus untuk biz nie..Kitaorang untung, Abang Firdaus pun untung...Sama2 untung..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum
    utk menjimatkan masa & tenaga... apa kata En Firdaus hanya peruntukkan hari tertentu dlam 2 bln sekali utk jumpa bakal penternak....
    xde penat nak lecture

    ReplyDelete
  6. w`salam...

    pegi je kursus anjuran kerajaan verterina atau sbgainya.. kalo en firdaus nak buat pun xbepada..bkn masalah sgt wang ringgit pd en firdaus. tp ia melibatkan tempat,tenaga,masa dan security ladang...xbebaloi kerana nila setitik rosak semuanya..


    hassan nadzom

    ReplyDelete
  7. salam firdaus...nmpaknya aku antara yg bertuahla sbb dpt jumpa hang airut hehe.. apapon aku sokong cadangan kalo hang dpt peruntukan 2 bulan sekali ke, ade hari2 tertentu yg bole hang jumpe org yg berminat. ataupon hang buatla kursus berserta caj yg sesuai...aku setuju sgt...lagipon untuk mendapatkan ilmu yg baik, apa sgtlah sedikit pelaburan wang ringgit tuh.. salam ramadhan.....

    ReplyDelete
  8. Tuan Haji, I believe that by providing a specially tailored course on your part it would greatly benefit the industry, as you have mentioned you would like to assist would be farmers. If one is serious enough I believe they would pay top dollar for your services. I would. I am a bumiputra from Sabah and have been following your blog. I have learnt a lot from your writings. Although I only have around 200 (yes two hundred) chickens but I started because I was inspired by you and your young 25 year old cousin in Johor (Correct me if I am wrong). So this is a mere suggestion from me. I hope that you will consider giving specialized courses for those who are keen to start on their own. Thank you.

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top