Assalamualaikum,

Dah lama tak update pasal ayam. Skrg ayam di EP11 dah habis dijual. Alhamdulillah. Pencapaian kali ni boleh dikatakan sederhana. Average la. Macam yg biasa dok dapat. Average weight 2.16kg per bird. Mortality 2% dan FCR 1.65.
.
Kalau tanya saya ok tak result mcm ni. Jawapannya, not soo good but not soo bad. Tapi, bila difikirkan ayam pusingan ni dari awal lagi menunjukkan performance yg kurang memberangsangkan, sy kata ayam kali ni ok la. Better that what i expected before.
.
Bagi memenarikkan lagi entry ni, sy memasukkan beberapa gambar terkini yg sy ambil di reban semalam.
.
Pekerja sedang menaikkan bakul ke dalam reban. Setiap satu bakul seberat 8.0 kg.

Kemudian pekerja mula mengepung ayam dengan blok kayu. Kemudian menangkap ayam. Sekali tangkap 10 ekor guna dua belah tangan sahaja. Sy percaya tak ramai org yg boleh buat macam ni.

Kemudian memasukkan ayam ke dalam bakul. Sebelum proses menimbang berat bakul dan dimasukkan kembali ke dalam lori.

Ni gambar dlm reban sebelum ayam habis dijual. Skrg semuanya dah clear di reban ni. Tinggal tahi ayam saja lagi skrg ni.

Lori yg dah siap dan ready utk keluar. FYI, ayam perlu dimandikan dulu sebelum dibawa keluar. Kalau tak ayam akan mati sebelum sampai ke tempat proses. Sebab cuaca diluar terlalu panas.
.
Itulah saja cerita kali ni. Skrg dlm proses utk habiskan ayam di reban besar. Baki ayam yg tinggal di sini 23,000 ekor lagi. Hari ni dijangka sebanyak 10,000 ekor ayam akan dijual. Semoga Allah permudahkan. Amin...

1 ulasan:

  1. Salam tuan blog.
    Saya pelajar dari UUM, sedang menjalankan projek berkaitan ternakan ayam daging di perkampungan orang asli di Ulu Legong, Baling.

    Mintak tunjuk ajar dari pihak tuan kerana nampaknya tuan seperti sudah lama berkecimpung dalam bidang penternakan ni.

    Harap tuan sudi berkongsi ilmu tentang dunia penternakan ayam di blog tuan.

    Terima kasih.

    Syakirah.
    www.facebook.com/syakirahshamsul

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top