Assalamualaikum,

Baru baru ni staf daripada JPV Ipoh datang ke reban ayam saya untuk membuat pemeriksaan bagi perlesenan ladang unggas. Mulai 2011, pihak JPV mula membuat pemantauan dan perlesenan bagi setiap ladang ayam di seluruh Malaysia.

Untuk membolehkan sesebuah ladang beroperasi, pihak pengusaha perlu mematuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh pihak JPV. Agak ketat syarat-syarat yg ditetapkan, tapi sy nampak setiap yg diminta ada kebaikkannya utk jangka masa panjang utk pengusaha sendiri. Buat masa ni, pengusaha perlu mengeluarkan sedikit modal bagi mematuhi syarat-syarat yg ditetapkan.

Antara yang diminta oleh JPV adalah "Wheel dip" ( pencelup tayar lori ) di hadapan pintu pagar. Tujuannya adalah utk mengelak kemasukan virus atau penyakit ke dalam reban yg dibawa melalui lori dedak atau lori ayam. Ini syarat wajib. Tidak boleh tidak. Masalahnya, ruang dihadapan pagar sy amat terhad. Dan tidak muat utk dibina 'wheel dip' ni. Kalau dibuat juga, akan ada masalah lori besar utk keluar dan masuk ke kawasan reban nanti.

Sebagai alternatif, selepas berbincang dengan pihak JPV, mereka meminta sy menggunakan mesin utk mencuci lori sebelum masuk. Sy perlu menyembur ke tayar dan badan lori secara keseluruhannya bagi memastikan semua virus yg dibawa lori dimatikan sebelum masuk ke reban sy. Ini bagi memastikan tidak berlaku jangkitan penyakit terhadap ayam.

Akhirnya, sy membeli motor ni. Motor ni berfungsi utk mengepam air yg telah dibubuh anti virus. Air keluar secara debu sebelum di pam ke seluruh badan lori.



Pekerja sedang mengepam bahagian kepala lori.


Pekerja mengepam bahagian tayar. Penggunaan motor ni lebih efektif berbanding menggunakan tong racun secara manual. Motor ni berharga RM250.


Next, sy perlu membuat pagar disekeliling reban. Tujuannya adalah untuk memastikan tidak ada keluar masuk melalui jalan lain melainkan pintu hadapan. Ini bagi memastikan keselamatan peralatan dan barangan dalam reban daripada diceroboh org luar. Nak buat macam mana. Dah syarat ni ditetapkan, sy terpaksa jugak ikut. Tinggi pagar ni 5 kaki. Utk pagar pulak, kos dihabiskan sekitar RM1000.


Gambar pagar yg dah siap dipasang. Ni gambar dihadapan reban.


Seterusnya, pencelup kaki yg permenant yg perlu dibuat di hadapan pintu masuk setiap pintu yg digunakan. Memandangkan reban ayam sy ada 12 pintu, terlalu banyak utk sy buat. Dan sy berbincang ngan pihak JPV, sy hanya perlu buat dihadapan pintu masuk utama ke reban. Dengan syarat, lagi 8 pintu lain mesti dikunci. Bagi memastikan pekerja hanya masuk melalui pintu ini. Ini pintu masuk tingkat bawah reban besar.



Dlm air ni dah dimasukkan pencelup utk membunuh kuman. Ni gambar pencelup kaki utk ke tingkat atas reban EP07.


Ni ke pintu masuk di reban kecil. Pekerja mesti memakai boot utk masuk kerja di dalam reban.



Ni pulak utk naik ke tingkat atas. Kos utk ke empat2 pencelup kaki ni sekitar RM30. Before this, sy dah buat. Tapi pihak JPV tak leh terima sebab saiznya agak kecil. Mereka mahu yg lebih besar dan permanent. So, siap juga akhirnya...


Last but not least, insenerator. Tempat bakar ayam mati. Minggu lepas sy dah buat, tapi tak approve. Sebab tak berbumbung. Dan skrg sy dah buat bumbung yg boleh di angkat semasa proses membakar ayam mati. Mengikut law, ayam mati perli ditanam ataupun dibakar. Tidak boleh dikeluarkan dari kawasan reban. Ini penting bagi mengelak penyakit merebak ke tempat lain jika dibawa keluar. Yg menjadi masalahnya, memerlukan kayu yg banyak utk bakar ayam mati. Nasib baik sy ada banyak kayu2 buruk. So, tak da la masalah nak bakar ayam mati ni.


Selain tu, ni juga tapak kubur tempat pengkebumian ayam2 yg mati. Masa nak tanam ayam mati, ayam perlu di tanam sekurang2nya 2 kaki dalam. Ini bagi memastikan biawak tak dapat mengorek balik tanah ni utk mencari ayam mati yg ditanam.


Disebelah reban lagi satu, ada parit selebar 10 kaki dengan kedalaman 5 kaki. So, belah ni dah tak perlu buat pagar. Sebab syarat JPV, kalau longkang mesti lebar 7 kaki dan dalam 5 kaki. So, ni dah lebih dari spec yg ditetap kan.
.

Diharapkan selepas ni proses pendaftaran reban ayam sy utk perlesenan dapat dipermudahkan. Gambar2 diatas ni juga sebagai bukti kepada pihak JPV bahawa semua permintaan mereka dah pun ditunaikan. Sy terpaksa selesaikan semua tugasan ni dlm masa 4 hari. Perghh.. Agak memenatkan dan meletihkan..

.

Apa2 pun, terima kasih kepada para pekerja yg buat kerja2 ni. Walaupun dok merungut jugak sebab kena buat kerja tambahan. Apa mau buat...

.

Oklah.. Wassalam

5 ulasan:

  1. a`kum..

    tips yg berguna bg penternak ayam

    BalasPadam
  2. salam en.firdaus...sy nak tanya psal vaksin pencelup kaki untuk masuk ke reban??vaksin jenis ap yg digunakan dan di mana saya boleh dapatkan vaksin tersebut???..

    BalasPadam
  3. Harith, utk pencelup kaki bukannya vaksin. Tapi racun yg kita guna utk cuci reban tu. Antibakteria. Antivirus. Macam2 jenis ada. Tanya la integrator ayam atau penternak berhampiran. Mesti dia org tau mana nak beli.

    BalasPadam
  4. A'kum saudara Firdaus.. saya baru nak mulakan penternakan unggas secara kecil-kecilan. sebagai permulaan perlukan saya menyembur antivirus di sekitar kawasan penternakan? apakah jenis antivirus yang sesuai digunakan? boleh tak guna EM? harap saudara dapat membantu.. tqvm..

    BalasPadam
  5. A'kum saudara Firdaus.. saya baru nak mulakan penternakan unggas secara kecil-kecilan. sebagai permulaan perlukan saya menyembur antivirus di sekitar kawasan penternakan? apakah jenis antivirus yang sesuai digunakan? boleh tak guna EM? harap saudara dapat membantu.. tqvm..

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top