Assalamualaikum,

Semalam, seorang sahabat lama sy di Sheffield, Tuan Hj Fauzi, Senior Lecturer di UTM Jalan Semarak datang melawat sy di sini. Tujuan beliau dan rombongan datang ke sini adalah utk buat satu projek yg dinamakan 'Early Disease Detection In Chicken Farming'.

Matlamatnya, mereka akan menggunakan segala teknologi yg ada utk membuat satu sistem yg boleh memberitahu penternak bahawa ayam mereka sakit pada peringkat awal. So, mereka datang berbincang dengan sy. Yg menjadi masalahnya, sy tak boleh buat 'sample' di reban sy sebab ayam di reban sy dah habis.

So, sy bernasib baik sebab kawan sy di Bagan Serai sedang jual ayam. Jadi, bolehla sy ziarah ayam di reban dia utk dijadikan 'sample data' utk projek sahabat sy ni. Sy sebenarnya segan jugak nak masuk ke reban org, sebab sy pun tak suka org masuk reban sy. Tapi sebab ayam dia ni dah dlm peringkat jualan, so should not be any problem.



Ni contoh sample gambar yg diambil. Gambar tahi ayam yg cair dan berpenyakit. Apa yg diaorg akan buat, dia org ambil gambar ni, dan kemudian masukkan dlm komputer. Lepas tu, akan ada lagi satu kamera dlm reban yg akan ambil gambar najis ayam dan buat comparison. Kalau bentuk sama, maksudnya ayam sakit dan penternak akan mendapat SMS situasi di reban tu. That's the plan.



Keadaan ayam dlm reban. Dia org ambil gambar dan video behavior ayam. Dan kemudian record gambar ayam normal situation. Jadi, kalau ayam tu 'mis behave', maksudnya ada sesuatu dlm reban.
r


Gambar kamera berharga RM5k yg dipasang dlm reban utk ambil video dan gambar.


Gambar di transfer ke dlm komputer utk dianalisis.
.


Frankly speaking, this project will be a long term project. Sy tak pasti dari feasibility of this project. Buat masa ni, sy hanya buat manual inspection dlm reban. Dan kehadiran alat2 canggih ni boleh membantu penternak pada masa hadapan. Kepada Tuan Hj Fauzi, sy doakan semoga projek yg dijalankan berjaya dan dipermudahkan Allah.

.

Wassalam

2 ulasan:

  1. Bagus ade gak org melayu kite cipta benda nie
    Syabas saudara tuan haji

    BalasPadam
  2. berapa harga tu alat pengimbas penyakit ayam..

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top