Assalamualaikum,

Minggu lepas sy ada buat entry pasal Q & A. Ni soalan susulan dari yg bertanya.

Soalan :

Apa khabar buat Abg Firdaus. Moga abg Firdaus sihat disamping keluarga tercinta. Untuk cerita kali ini, saya ingin menceritakan kisah pagi tadi mengenai kedatangan pegawai dari Jabatan Veteriner. Kedatangan mereka adalah untuk melihat tapak tanah dimana saya akan dirikan reban ayam [REBAN TERBUKA] sebelum mereka meluluskan permohonan lesen ternakan ayam ini.

Malang sekali, pegawai veteriner tersebut tidak bersetuju untuk membenarkan saya mendirikan reban ayam di tanah milik ibu saya. Faktor sebabnya adalah tanah milik ibu saya itu berdekatan dengan kawasan perkampungan. Tetapi yang saya hairan kenapa mereka tidak membenarkan saya untuk berternak ayam disitu sedangkan penternak ayam yg lain di sekitar tempat saya senang lenang mendirikan reban ayam yang berdekatan dengan taman perumahan. Bagi saya, ini adalah tidak adil.

Walaubagaimanapun, saya tetap menerima kata kata pegawai tersebut memandangkan saya harus menggelak sebarang aduan daripada penduduk kampung yang akan membawa faktor bau yang amat busuk..

Memandangkan apa yang telah berlaku pagi tadi bersama pegawai veteriner, saya juga berkesempatan untuk datang bincang bersama ayah saya mengenai tanah lot yang sesuai untuk ternakan ini. Last last bincang punya bincang, nasib ada satu lot tanah yang amat sesuai yang jauh dari kediaman org awam. Tapi ada satu masalah yang datang jika saya mendirikan reban ayam di tanah tersebut. Yang pertama adalah,

1. Saya tidak tahu berapa kos bagi penyambungan elektrik & air bersih ke kawasan itu.
2. Memandangkan belum ada jalan mudah untuk kenderaan masuk ke tanah itu, saya amat binggung kemungkinan perkhidmatan jentolak akan digunakan untuk meratakan tanah tersebut untuk dibuat jalan raya. Tetapi berapa kos kalau kita sewa jentolak? dan kepada siapa saya harus berhubung?

Moga abang ada penjelasan untuk masalah saya ini.


Jawapan:

1) Memang bagus utk panggil JPV dulu utk check kesesuaian tempat sebelum buat satu2 reban. Sekurang kurangnya, depa ni boleh bagi pandangan tentang kesesuaian reban di buat di tempat tu.

2) Malangnya, sukar utk dpt sokongan dari JPV terutama kalau nak buat sistem reban terbuka, tambahan pulak dekat dengan kawasan perumahan. Bila ditanya, kenapa org lain boleh buat senang lenang, jawapannya, dia org tak panggil JPV utk check. Terus buat aja. Kalau dah panggil JPV memang la susah nak dapat kelulusan kalau tak sesuai.

ADIL. Dunia hari ni memang tak adil, sebagai contoh. Sy bercadang utk buat reban baru di Bandar Baharu, Kedah. Di kawasan tu, ada ada 1,000,000 ekor ayam yg telah pun diternakan. 100% hak milik org Cina. Dan bila sy, org Melayu yg pertama nak buka business ni secara sistem tertutup, dan nak ternak pun sekitar 50,000 ekor saja. TAPI, bila kita buat permohonan MACAM HARAM LAGI KITA DILAYAN OLEH HAMPIR KEBANYAKAN JABATAN2 KERAJAAN. Hanya ada sesetengah sahaja yg memberi sokongan penuh dengan niat sy ni. Kepada yg menolong sy, sy ucapkan terima kasih. Bila sy tanya, ayam yg sejuta ekor tu, dapat kelulusan ke daripada pihak mereka. Meraka jawab tak dapat kelulusan pun. Semua menternak secara haram. Bila di tanya, apa tindakan yg dah diambil. Jawapannya, kita dalam proses ambil tindakan. Padahal reban2 tu dah beroperasi lama. Tapi masih lagi 'dlm proses ambil tindakan'. Sy yg nak buat permohonan pulak, diberi syarat yg ntah apa ntah. Sedangkan penternak2 lain dengan bebas menternak, tanpa kelulusan pun.

Ada Jabatan XXX yg kita dah hantar permohonan selepas 2 bulan, lepas tanya apa status. Dia jawab tak dapat permohonan. Mengarut sungguh. Talking rubbish. Ada Jabatan XXX yg kata, kenapa nak buat reban ayam di tanah ni. Kalau nak buat reban kena buat di tanah berstatus industri berat. Bila sy tanya, kat mana kawasan sekitar ni yg status industri. Dia jawab Kulim Hi Tech. BODOH PUNYA JAWAPAN. Tanah di situ, seekar pun dah sejuta. Macam mana sy nak mampu beli tanah di situ. Bila ditanya, macam mana reban2 yg sejuta ayam tu boleh beroperasi di tanah yg bukan status industri berat. Dia kata, dia tak dapat laporan pun dan tak tahu. Perghhhh.... Ada Jabatan XXXX, bila respon slow sangat, kita tanya kenapa lambat. Dia jawab, macam ni la bila berurusan dengan jabatan kerajaan. Aduh... Dia dah merendahkan diri sendiri sebagai penjawat awam. MALAS LA NAK CERITA YG LAIN. Kalau cerita, nanti semua org tak mahu bela ayam. Sebab susah gila nak dapat kelulusan. Dan akhirnya, semua org Cina akan memonopoli business ni. Sebab mereka ni BERANI utk buat reban walaupun TAK DAPAT KELULUSAN DARI PIHAK MAJLIS.

3) Pasal kos elektrik dan air. Pergi la ke TNB check ngan dia org. Pergi la ke pejabat yg supply air. Tanya berapa kos.

4) Bab jalan sy kurang berkenan sket. Make sure TAK LALU TANAH ORG. Takut mula2 dia bagi lalu, lepas tu dah kita maju dia tak bagi guna jalan tu. Dah banyak kes yg jadi macam ni. Pasal jentolak tu, kos di sini sekitar RM650 sehari. Escabator EX200. Kalau back hoe, sekitar RM350. So, pergi la jumpa org yg berkaitan di sana.

Sekian. Wassalam

2 comments:

  1. ini kes kat lubuk buntar? di selama perak lagi hebat, tauke2 dari penang sarang kat sini. depa dapat duit kami dapat lalat.

    ReplyDelete
  2. ada duit semua jadi. bawah meja atas meja dalam meja tepi meja hehehe

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top