Assalamualaikum,

Semalam, sy macam tak berapa sihat. Sy rasa sakit tekak dan nak demam. Dan sy nak pergi ke klinik. Tiba tiba, member sy call. "Firdaus, nak gi tak ke IKBN Bukit Mertajam, Imam Masjidil Haram, Sheikh Abdul Rahman Sudais datang." Sy pun cakap, ok lah. Sy nak pi. Cancel plan nak ke klinik. Bukan senang nak dapat peluang mcm ni.

Sy tahu dah, kalau di Mekah, kawalan keselamatan terhadap insan ni memang ketat. Memang tak berpeluang nak salam dengan dia. Sy harap rezeki menyebelahi sy di sini. Sy teringin sangat nak salam dengan Imam Masjidil Haram ni. Kalau boleh nak peluk dia... Tapi sy tau, bukan mudah. Dan org pun ramai gila.. Apa2 pun, serahkan kepada Allah.


Tempat diadakan Solat Maghrib bersama Shaikh Abdul Rahman Sudais di Institut Al Qayyim.


Sebelum waktu Maghrib, beliau sampai. Dan org punyalah ramai yg berebut2 nak melihat beliau dari dekat. Shaikh memakai kain merah di hadapan tu.


Selepas Solat Maghrib, Shaikh Sudais memberikan sedikit ceramah sekitar 20 minit dalam bahasa Arab. Di sebelah beliau adalah Datuk Asri, bekas Mufti Perlis dulu.


Gambaran jelas, wajah Imam Masjidil Haram. Sy berpeluang duduk di barisan hadapan masa ceramah beliau. Selepas tu, ada seorg yg menterjemahkan apa yg beliau sampaikan. Ada dua point penting nasihat daripada Al Shaikh Sudais, 1) Kita sebagai umat Islam wajib menimba ilmu agama. Kerana ilmu itu tunjang dalam amalan kehidupan kita samada diterima Allah atau tidak. 2) Kita wajib menyampaikan dakwah kepada org lain berdasarkan apa sahaja ilmu yg kita ada.


Selepas sy solat Jumaat tadi, sy balik tengok di TV1, ada siaran langsung Imam Sudais menjadi Imam di Masjid di KL. Subhanallah, sedap sungguh suara dia masa baca jadi imam.

.

And you guess what, Alhamdulillah sy dpt bersalam dengan Al Shaikh Imam Abdul Rahman Sudais. Selepas beliau memberi ceramah, sebelum beliau balik sy sempat lari ke depan dan bersalam dengan beliau. Subhanallah, sy betul2 tak sangka, Allah bagi sy peluang utk bersalam dengan beliau. Dulu, masa sy ke Medinah, di Masjid Nabawi sy berpeluang untuk duduk bersolat berhampiran Imam Masjidil Nabawi Imam Shaikh Saad Said Al Ghamidi, lepas solat bila sy lari nak pi salam dengan beliau, polis tahan sy dan halang. Dan Imam tu tak salam dengan sy, dia tepis aja tangan sy. Tapi, kali ni, Alhamdulillah... Sy dpt bersalam dengan Imam Masjidil Haram. Puas rasanya hati. Peluang ni bukan senang nak dpt kalau kita berada di Mekah, sebab kawalan keselamatan ke atas beliau teramat tinggi. Di Masjid, akan ada 6 org polis yg sentiasa berada disekeliling beliau.

.

That's all for now. Alhamdulillah. Syukur kepada Allah. Wassalam

2 comments:

  1. syukur alhamdulilah...memang rezeki saudara firdaus dapat berjumpa beliau..

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top