Assalamualaikum, Baru baru ni, masuk berita kawasan Parit Buntar dilanda ribut. Macam macam yg berlaku di sini. Allah nak uji hamba-hambanya. Sy terkena tempias sket. Bumbung reban ayam sy turut melayang diangkat angit yg amat kuat. Nak claim insuran pun tak padan sebab yg terkeluar tu pun 6 keping saja. So, sy beli la zink baru dan suruh org pasangkan. Nak panjat sendiri tak berani. Tinggi sangat.
Ni la apa yg berlaku. 6 keping zink terpaksa diganti dengan yg baru. Kos baik pulih sekitar RM300.

Dan skrg, proses pengeluaran baja tahi ayam dah bermula. Ni gambar sy hantar baja tahi ayam ke customer di Parit Buntar. Dia order 100 beg saja.
Ni pulak duit customer yg beli ayam bayar kat sy. Sepatutnya, dia kena bayar kepada CP. Tapi salesman CP sibuk masa tu, dia minta sy ambil dulu duit tu. Kalau RM50 kira macam ni senang la. Total RM2292.72.


Tapi dia bagi duit RM1 banyak ni. Aduh.... Bukan senang nak kira. Lepas kira, duit tu tak cukup RM30. Aduh.. Nasib baik kira depan dia. Aduh.... Kalau tak, sia sia kena ganti balik kat CP. Dan waktu malam, salesman tu pun mai ambil duit dari saya.

.

Rasanya cukuplah dulu setakat ni. Ayam di EP07 pun ada lagi sekitar 5000 ekor tak habis. Insya Allah, hari ni habis kot. Oklah, that's all. Moga Allah beri yg terbaik. .

Wassalam.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top