Assalamualaikum,

Pagi semalam, sy berkesempatan utk pergi ke sebuah Hardware di Titi Serong. Masa sy tiba di sana, ada seorang pemuda Melayu yg berdiri depan pintu masuk hardware tu. Sy tak tahu yg dia kerja di situ. Tapi dari gaya pakaian dia, nampak mcm dia kerja di situ. Sy buat tak tahu la kat dia sebab sy terus pi berjumpa dengan tauke kedai tu utk order barang.

Lepas tu, Tauke Cina tu suruh pemuda Melayu tadi bawa sy ambil barang. Dlm perjalanan sy ke tempat ambil barang dia pemuda tu, sy tanya dia dah lama ka kerja sini. Dia cakap, baru first day. Sy pun cakap, patut la nampak lain macam aja.

Perbincangan sy ngan dia sekitar mcm ni:

Saya : Hang umur berapa?
Pemuda : 23 tahun.
Saya : Kenapa kerja sini?
Pemuda : Dah tak dak kerja lain.
Saya : Berapa gaji tauke bayar kerja kat sini?
Pemuda : RM500 sebulan.
Saya : Masya Allah, rendahnya.. Kenapa kerja sini. Gaji rendah gila. Pekerja sy gaji RM1200 sebulan pun bising kat saya kata gaji rendah. Macam mana hang boleh tahan gaji macam ni.
Pemuda : Dah tak dak kerja lain. Abg ada tau mana mana tempat ada kerja kosong tak?
Saya : Buat masa la tak dak la.... Tak pa lah. Sy pergi dulu...

Lepas ambil barang. Sy pulang ke rumah sambil memikirkan. Mentaliti anak bangsa ku. Macam mana boleh tahan dan macam mana nak hidup dengan RM500 sebulan. Aduh... Sy hairan. Macam mana pekerja asing yg datang ke Malaysia boleh mendapat gaji sekitar RM1000 sebulan dan org Melayu still sanggup kerja ngan org pada gaji RM500 sebulan. Maid sy dari Indonesia pun gaji tinggi lagi.... Aduh.

Sy rasa kesal dengan sikap sesetengah dari anak bangsa kita yg suka kerja makan gaji tapi gaji rendah. Rasanya kalau kerja Guard pun gaji tinggi lagi. Apa yg sy perhatikan, ada jiran sy org kemboja yg berpendapatan sekitar RM3000 sebulan. Kerjanya hanya menjual air bungkus menggunakan motor ke tempat2 construction. Bila sy tanya, berapa banyak bungkus boleh jual sehari. Dia cakap minimum 100 bungkus, maksimum 250 bungkus. On average 150 bungkus sehari. Di sebabkan dia jual air, sy andaikan dia untung 70%. That's mean pendapatan sekitar RM100 sehari. Tu tak masuk dia jual kuih, bihun goreng dan nasi lemak. Dia ni hanya guna motor dan tak berlesen pun. Tapi, boleh survive. Anak bangsaku, kerja makan gaji RM500 sebulan.. Aduh.. Sedih rasa hati..

Moga jadi pengajaran kepada anak muda yg lain.... Wassalam

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top