Assalamualaikum,

Minggu lepas, sy balik ke KL. Di KL sy berkesempatan utk makan di Al Rawsha Restaurant dengan family sebelah Maria. Disebabkan Maria dan Kakak2 tak makan Kambing, so, sy ajak yg lelaki saja utk pi makan di sana.

Memandangkan bagi sy makan di sini betul2 sedap, so sy pun nak kongsi lah dengan pembaca semua. Restauran Al Rawsha terletak di Bulatan Pandan. Dari Bulatan Pandan menghala ke Pandan Jaya. Dari Bulatan Pandan dlm 100 meter saja. Boleh tengok bangunan macam castle warna putih.

Buku menu makanan yg disediakan. Tengok buku pun dah menyelerakan. Kami yg pi makan malam siap tak makan tengah hari lagi. Utk memastikan makan dengan sepuas puasnya.

Susah nak pilih makanan sebab banyak sangat. So, sy call adik sy utk tanya makanan yg sedap. Dia propose Lamb Madghut - Half Portion RM25 sepinggan utk makan 3 orang. Since kami pi 5 org, sy order Lamb Madghut - Half Portion dua set + Mixed Grill.

Ni gambar Mixed Grill. Rasanya... Masya Allah... Memang sedap tak terkata...

Dan ni Lamb Madghut Half Portion. RM25 setalam. Perghhh.. Memang sedap. Ni bukan sepinggan. Tapi setalam. Yg nampak macam camca tu bukan sudu sebenarnya, tapi senduk nasi. Bayangkan besarnya portion ni. Kalau makan sorang memang tak habis.

Pandangan dari tingkat atas. Sebab restoran ni dua tingkat. Dilengkapi dengan tandas yg amat bersih dan surau yg selesa.
.
Kalau nak makan di sini, berhati hati. Kos makanan tak mahal sangat, tapi harga air minuman mahal gila... So, kalau nak makan, order air kosong satu jug utk semua. Kalau tak, nanti harga air minuman lebih mahal dari harga makanan. Total kami makan utk 5 org RM96. Not bad. Sebab makan memang sedap dan puas.. Next time nak kena pergi lagi.... Nak kena jadi acara wajib ni bila ke KL.
.
Wassalam

4 ulasan:

  1. salam
    wah mkn besar rupenya abg firdaus pas jumpa kitorang..kan best kalau kita dapat jumpa kat situ,,makan pun sedap sambil sembang2..sgt2 menyelerakan..hu2

    BalasPadam
  2. makan ramai2 mmg la sedap..tambah lagi kalau hidangan yg memang sedap, lagi2 kalau geng lelaki semua...mcm2 leh sembang dgn bebas...hahaha

    BalasPadam
  3. Tapi memang betul sedapppp... Nak buat cam na... Terpaksa la makan banyak...

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top