Assalamualaikum,

Ada seorang pembaca blog ni emel sy dan tanya soalan ni. Sy rasa wajar utk dikongsi bersama.

Saya terjumpa blog En. Firdaus semasa melayari internet untuk mendapatkan maklumat mengenai indusri penternakan ayam pedaging. Untuk makluman tuan, saya berminat untuk melabur dalam skim penternakan ayam pedaging yang ditawarkan oleh sebuah syarikat yang berpejabat di Putrajaya. Di bawah skim ini pelabur ditawarkan untuk menyewa reban ayam dengan kos RM 35,000.00 untuk 1 reban dengan kontrak selama 3 tahun. Pelabur dijanjikan pulangan hasil jualan sebanyak lebih kurang RM 3600 untuk setiap 45 hari bermula dari tarikh 2 minggu selepas bayaran pelaburan dibayar kepada syarikat berkenaan. Setelah mendengar taklimat oleh pihak syarikat berkenaan, saya tertarik untuk melabur dalam skim tersebut.

Walaubagaimapun dalam masa yg sama, perasaan ragu-ragu masih ada, takut tertipu. Memandangkan tuan terlibat secara langsung dalam industri ternakan ayam, diharap tuan dapat memberikan pandangan mengenai skim tersebut, sebelum saya membuat keputusan.

Kalau tidak keberatan bolehkah saya dapatkan no telefon tuan untuk mendapatkan penjelasan lanjut dan mendalam mengenai skim tersebut dan juga maklumat mengenai industri ternakan ayam.

Jawapan Saya:

1) Bagi sy Syarikat ni MENIPU. Takkan ada penternak ayam yg boleh bayar kepada investor sebanyak tu. Ingat bela ayam ni untung banyak ka sampai boleh bayar kepada investor sebanyak tu. Kalau dia kata dia bercakap betul, minta daripada dia. Tunjukkan Penyata Aliran Tunai ayam utk satu pusingan. Dan tunjukkan macam mana dia boleh bagi kepada investor RM3500 setiap 45 hari. Kalau betul, sy pun mau. TAPI PERCAYA LAH, SEMUANYA TIPU.

2) Ya Akhi, sy minta maaf la. Buat masa ni sy tak dpt bagi no phone sy kepada umum. Bukan sy sombong atau tak mau membantu, tapi sy sibuk sket buat masa ni. Setiap hari sy banyak urusan yg perlu diselesaikan. Insya Allah, kalau sy lapang, dan waktu tu ada org minta no phone sy, sy boleh bagi.

3) Kalau nak tanya apa2 soalan, sy prefer tanya ke emel sy. Bila lapang sy akan jawab. Kalau sibuk sy KIV. Kalau soalan tu tak penting, sy ignore aja. Lebih mudah utk sy utk communicate mcm ni.

4) Kalau nak tahu pasal industri ternakan ayam, klik TERNAKAN AYAM dan baca entry2 sy yg terdahulu. Dah beratus2 entry sy cerita pasal ayam. Dah terlalu detail dlm blog ni. Semuanya ada disini. Utk dibaca secara percuma. Kalau lepas baca still ada soalan nak tanya sy, emel. Insya Allah sy akan jawab.

Sekian. Wassalam

3 ulasan:

  1. boleh tgk kat pautan ni.....

    http://vetphg.pahang.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=30&Itemid=1

    memang kompem skim2 camtu tipu....

    BalasPadam
  2. PENIPUAN PELABURAN
    Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Veterinar sedang memantau syarikat-syarikat swasta yang mengendalikan penternakan kontrak dengan mengambil deposit atau menjual ternakan dengan menjanjikan pulangan yang tinggi kepada pelabur, tanpa pelabur menternak sendiri.

    Sehubungan dengan itu, orang ramai/pelabur diminta menghubungi Jabatan Perkhidmatan Veterinar bagi memastikan syarikat yang menawarkan perkhidmatan/peluang pelaburan tersebut telah memaklumkan kegiatan mereka kepada Jabatan melalui talian 03-8870 2405, 2429, 2443 atau Fax: 03-8888 8178 atau email Jabatan di alamat all@dvs.gov.my

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top