Assalamualaikum,

Hari ni, ayam di reban dah berumur 15 dan 14 hari .Semalam, di EP11 masa umur 14 hari ayam sy timbang jantan seberat 450g dan betina sekitar 500g. Berat ayam betina ok, dan melebihi berat pun. Yg hairannya, kenapa ayam jantan ringan dari ayam betina. Dari apa yg pekerja sy cakap, ayam betina kurang makan berbanding ayam jantan. Tu yg musykil, makan sket tapi berat ok. Alhamdulillah la...

Ayam di reban EP07 pulak, banyak yg jadi mcm superman. Kaki dia melunjur ke belakang. Mcm tak cukup gula aja dlm badan ayam ni. Skrg, waktu petang sy bagi ayam makan vitamin dan gula pada waktu petang. Nak bagi energy sket kat ayam2 tu. Waktu pagi pulak, sy bagi ayam ubat antibiotiok Amoxicilin + Norflox. Utk cuci upper part of the body. Di samping meningkatkan daya tahan sakit ayam tu.

Ada sorang kawan, pembaca blog ni jugak. Sy bercadang utk kongsi masalah yg dia hadapi dengan pembaca semua. Walaupun masalah kecil, tapi, ada potensi utk masalah kecil ni jadi masalah besar kalau silap2 haribulan.

Kawan sy dia ternak ayam 9000 ekor sepusingan. Disebabkan ayam dia sket aja, so dia beli anak ayam sendiri, dia beli dedak sendiri secara cash dan dia jual ayam sendiri. Satu tindakan yg bijak utk penternak kecil. Tapi, kena pandai atur strategi. Dalam erti kata lain, dia tak buat contract farming.

Bagi sy, ada kebaikan dan keburukan kita tak buat contract farming. Kebaikkannya, kita boleh pilih nak anak ayam dari mana, nak beli dedak dari kilang mana, dan boleh jual ayam sendiri ikut harga pasaran. Kalau harga tinggi masa jual, memang untung besar, kalau harga turun, memang rugi pun besar.

Tapi, sistem ni pun ada masalahnya jugak. Pertama kita perlu duit cash utk beli anak ayam. Perlu ada duit cash utk beli dedak ayam. Sebagai contoh, bila kita ternak ayam 10,000 ekor ayam sepusingan. Kita perlu beli anak ayam cash. Harga seekor anak sekitar RM1.50, so dah RM15,000. Lepas tu, kita kena beli dedak cash. Utk sepusingan kita perlu dlm 750 beg makanan ayam setiap beg berharga RM83 = RM62250. So, total modal diperlukan sekitar RM77,250. Bila jual ayam pulak, katakan lah sekilo masa jual harga RM4.00, ayam hidup seberat 2.2kg seekor. Bilangan ayam dijual katakan 9700 x 2.2kg x RM 4 = RM85,360. Boleh la untung dlm RM8 ribu.

Itu kalau harga RM4.00 sekilo, kalau harga RM3.50, hmmm.. rugi terus. Tapi kalau harga naik sampai RM4.60, makan besar la pulak. So, bila kita ternak dan jual ayam sendiri tanpa contract farming, potensi untung besar pun ada dan potensi rugi besar pun ada. So, siapa yg berani ambil risiko, boleh la buat sistem ni. Tapi, yg tak berani tu. Buatlah contract farming.

Bila jual sendiri, ada risiko lain lagi. Bila kita dah hantar ayam kepada pembeli, ada risiko pembeli tak bayar duit pulak. Ni lagi satu masalah. Ayam dah sembelih dan dia pun dah habis jual, tapi dia tak nak bayar. Ni masalah besar ni. Dan masalah ni tak dak kalau kita buat contract farming. Sebab tu, bagi penternak yg ada banyak ayam, mereka lebih suka buat kontrak farming sebab risiko kurang. So, bagi kita terpulang lah kita nak pilih yang mana.

Rasanya, cukup dulu setakat ni. Lain kali update lagi. Wassalam

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top