Assalamualaikum,

Hari ni, sy ada dpt emel dari kawan adik sy yg kata, betul2 berminat dlm industri ayam ni. Dan dia hantar emel panjang lebar menyatakan kesungguhan utk sertai industri ni. Dan, soalan yg dia hantar ke sy dah banyak kali sy terima dari org lain gak. Tapi, sy tak jawap di blog. So, kali ni sy jawap biar semua org tahu.

Soalan

Nak tanya berdasarkan pengalaman Firdaus, bagi saya sebagai orang yg langsung tidak ada pengalaman, apakah spesifikasi optimum bagi saya untuk memulakan ternak ayam ni:

Bilangan ayam sepusingan =
Jenis reban = (tertutup/2 tingkat etc)..
Jumlah keluasan tanah =
Integrator = CP?
Modal permulaan =
Jarak rumah ke reban = maksimum berapa jauh..

bak kata Firdaus dlm blog "Kalau nak berjaya, kita ikut cara orang yg dah berjaya"

Jawapan

1) Bilangan ayam sepusingan bergantung kepada dua faktor. Pertama modal permulaan yg kita ada. Dan kedua, berapa pendapatan kita nak dlm sebulan. Bagi, sy utk permulaan, bilangan yg ideal sekitar 20,000 ekor ayam. Dengan bilangan ayam ni, kita akan dpt untung bersih sekitar RM13,000 sepusingan.

2) Sistem reban digalakkan tertutup. Utk saiz 20,000 ekor ayam, kalau nak buat setingkat kena saiz 360' x 50' x 1 tingkat. Atau 230' x 40' x 2 tingkat.

3) Saiz tanah yg diperlukan utk sebuah reban sekitar 1 ekar. Tapi bergantung lebar dan panjang tanah tu.

4) Integrator banyak ada. Bergantung kepada tempat kita nak ternak. Sesuaikan dengan keadaan di situ. Mcm sy, di sini sy selesa dgn CP. Kalau tempat lain, mungkin company lain boleh bagi untung tinggi lagi. So, kena buat kajian tempat sekitar.

5) Modal permulaan utk kapasiti 20,000 ekor ayam sekitar RM300,000-RM330,000. Mana nak pinjam duit, hmmm... fikir2kan...

6) Jarak dari rumah terdekat. Digalakkan 500 meter dari penempatan terdekat.

Harap apa yg sy ceritakan ni dpt membantu.

Wassalam

2 comments:

  1. terima kasih tunjuk ajar.. anggaran untung bersih tu dah tolak bayar loan yg kita pinjam ke?

    ReplyDelete
  2. Untung bersih tu belum tolak loan bank la bang... Loan bank bergantung berapa banyak loan kita buat.

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top