Assalamualaikum,

Hari ni ayam umur 38 hari. Ayam dah start keluar dari umur 36 hari. Sy tak nak kasi CP tangkap ayam masa hari ke 36 hari tu, sebab ayam kecil, tapi dia nak datang gak. So, dia datang dan kesannya. Ayam tak cukup berat.

Before this, sy ada cerita yg ayam jantan ada problem. Ayam tak mau membesar. Ayam terlalu ringan. Masa hari ke 35, ayam jantan yg sy timbang hanya mencapai 1800g. Tu average utk 30 ekor. Tapi masa jual pada umur 36 hari, average ayam yg jual utk satu lori hari tu hanya 1.77kg sahaja. Utk standard ayam jantan, boleh dikategorikan terlalu ringan.

Hari ke 37, sy keluarkan ayam jantan. Dan berat hanya mencapai 1.97kg. Cuma hari ni, baru ayam jantan tu naik berat sket ke 2.1kg. So, harap2 mulai esok, berat ayam tu ok balik. Dan hari ni jual ayam betina, berat pulak. Ayam betina 2.2kg pada hari ke 38. Kebiasaannya, ayam sy pada hari ke 38 hanya 2.00kg. Harap2 ayam betina dapat cover berat ayam jantan yg ringan.

Macam ni la adat buat bisness... Kadang2 makan besar, kadang kadang makan kurang... So, terima seadanya.

Oklah.. Wassalam..

1 ulasan:

  1. Salam...kes kalau ayam x berat atau xnak besar ni biasa ke terjadi pada ayam daging ni en.Firdaus?

    Hafiz..

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top