Assalamualaikum,

Hari ni hari ke 14 Syawal, masih ramai dikalangan kita yang menyambut hari raya dengan menziarahi saudara mara dan sahabat handai. Alhamdulillah, gunakan kesempatan yg ada ni untuk merapatkan hubungan sesama kita. Semoga, kalau ada silap dan salah dapat kita bermaaf-maafan. Mudah-mudahan, kurang seksa kita di akhirat kelak bila dimaafkan atas dosa yg telah kita lakukan.

Dlm bulan Syawal ni, ada lagi satu ibadah yg ditekankan Islam utk kita semua lakukan. Iaitu Puasa Enam hari di bulan Syawal. Pahalanya amat besar, bila kita berpuasa 6 hari di bulan ini, sama seperti kita berpuasa sepanjang tahun. Subhanallah, besar sungguh pahala yg Allah tawarkan untuk kita... Tapi tak ramai yg mahu merebutnya...

Berdasarkan apa yg sy sembang dengan rakan2 dan jiran2, tak ramai yg memberi respon positif bila sy tanya pasal puasa 6. Ramai diantara mereka yg mcm mengambil mudah dengan tawaran yg Allah berikan ni. Sayang, sayang seribu kali sayang.. Sy tak mau la nak marah bila org tak buat puasa enam sebab amalan ni pun SUNAT sahaja. Tapi, yg sy nak TEKANKAN... teramat rugi mereka yg tak buat puasa enam ni. Bukan susah pun nak buat, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih...

Antara alasan yg diberikan... bila puasa penat la.. susah nak buat kerja... skrg nak makan la.. dah sebulan kita berpuasa... dan macam2 lagi.. Tak palah, biarlah mereka yg memberi alasan terus memberi alasan..

Kali ni nak citer pasal determination org yg puasa sunat 6 ni.. Sy sebenarnya kagum dgn beberapa saudara dan kawan yg buat puasa enam start dari hari raya kedua, direct terus hingga hari raya ke 7. Memang sy respect, sy pun tak leh nak buat. Sebab tak leh tahan dengan godaan makanan yg menarik masa raya. Ditambah dengan rumah terbuka...

Tapi ada org yg mula berpuasa pada hari raya ke dua. Bila sy tanya kenapa berpuasa... jawapannya simple.. Skrg cuti kerja, senang sket nak puasa. Pasal makanan ni, tahan aja lah.. Nanti malam makan la... Kalau dah start kerja nanti, susah nak puasa sebab kerja sibuk dan teruk... Org yg ada DETERMINATION utk berpuasa, dia tak beri alasan utk tidak berpuasa. Tapi, dia mencari jalan macam mana nak puasa... Alhamdulillah, sy kagum dengan org2 macam ni.. Kalau org2 tua berpuasa macam ni, memang dah biasa sy tengok.. tapi, kalau org muda buat macam ni, memang sy respect lah... Sy sendiri tak leh nak buat..

Dan sy pun Alhamdulillah, sedan berusaha utk lengkapkan puasa enam ni dlm bulan Syawal. Mula2 ingat nak puasa hari Isnin dan Khamis. Tapi, bila difikirkan minggu depan dah start nak tangkap ayam.. Kalau tangkap ayam, sy kerja pun dah teruk dan meletihkan. So, sy pun mula berpuasa hari Isnin yg lepas... Dan terus puasa.. So far Alhamdulillah, skrg dah masuk hari ke 5 bila puasa hari Jumaat... Mudah2an, esok hari Sabtu selesai sy buat ibadah ni.. Mudah2an, ibadah ni diterima Allah.. Amin...

Kepada para pembaca, ayuh... mari kita sama2 berazam utk berpuasa 6 di bulan Syawal yg mulia ni. Kepada yg masih belum mula, masih belum terlambat, masih ada 15 hari di bulan Syawal ni. Tapi, kita perlu ada keazaman yg tinggi sket utk buat.. Sebab mungkin kita kena puasa direct.. Lebih mudah... Kalau nak selang seli pun boleh jugak... Asalkan, 6 hari dlm bulan ni..

Jom... sebelum terlambat.. Tahun hadapan, belum tentu milik kita lagi... Gunakan apa yg Allah berikan segala peluang yg ada dengan baik.. Mudah2an, amal ibadah ni mendekatkan diri kita dengan Allah... dan mendekatkan diri kita dengan syurga dan menjauhkan kita dari api neraka.. Amin...

Wassalam

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top