Assalamualaikum,

Hari ini Ramadhan yang ke 23. Bermakna kita berada dlm 10 hari yg terakhir utk Ramadhan tahun ini. Ya Allah, cepatnya Ramadhan berlalu. Sedar tak sedar, dah nak sampai ke penghujungnya...

Sy bukan lah org yg layak utk menceritakan amalan di bulan Ramadhan ni.. Sebab bagi sy, amalan sy pun tak seberapa... Sekadar melakukan apa yg termampu... Kadang2 terfikir, cukupkah amalan yg dah dilakukan sepanjang 23 hari yg lalu..

Tidak seperti tahun2 lepas, Ramadhan tahun ini agak tenang bagi sy... Sy lebih banyak masa utk berehat dan beribadah. Sebab kali ni sy tak jual ayam semasa Ramadhan. Kalau tahun2 lepas, sy jual ayam masa penghujung Ramadhan, perghhh... jangan tanya la bab nak cari malam lailatul qadar... Kalau sy boleh complete kan terawih lapan rakaat dan solat sunat sket pun dah kira hebat masa tu. Sebabnya, terlalu penat dengan tangkap ayam, timbang ayam yg kerjanya dari pukul 2 petang sampai 10-11 mlm kadang2 tu... Dah penat, mcm mana nak qiamullail..

Alhamdulillah.. tahun ni sy betul2 berazam nak mencari mlm lailatul qadar... Setakat ni, Alhamdulillah.. setiap mlm sy cuba bangun... bangun sekitar pukul 4 pagi. Dan kemudian, menunaikan Solat Tahjud, Solat Hajat, Solat Taubat disamping bermunajat memohon ampun daripada Allah. Di samping memohon Allah permudahkan segala segala urusan sy didunia dan diakhirat... Mudah2an, segala doa2 dan ibadah sy diterima Allah.. Amin.. Sampai pukul 5 pagi, solat Witir dan bersahur... Mungkin tempoh satu jam terlalu pendek, sebab sy tgk org lain ramai yg berqiamullail bermula pukul 3 pagi...

Kadang2, semasa bermunajat kpd Allah.. terasa betapa kerdilnya diri kita ini.. betapa lemahnya kita... Dan terasa apa yg kita peroleh hari ini semuanya drpd Allah.. Tanpa pertolongan dan bantuan Allah, sy mungkin tak berada di mana sy berada hari ini. Syukur kepada Allah..

Sebagai tanda syukur kepada Allah atas segala nikmat yg dikurniakan kepada sy, sy berazam betul2 utk mencari malam lailatul qadar.. Mudah2an, Allah temukan sy dan muslimin dan muslimat yg lain dgn Malam Lailatul Qadar... Mlm yg lebih baik dari seribu bulan... Setiap ibadah pada mlm itu digandakan pada tahap yg tertinggi. Dan para malaikat turun dari langit utk memperkenankan doa2 kita..

Di Masjid berhampiran rumah sy, mereka menganjurkan qiamullail setiap mlm bermula mlm ke 21. Mereka menunaikan solat tasbih pada pukul 11. Habis pada pukul 12 mlm. Kemudian, mereka tidur dan bangun semula pada pukul 3 pagi. Menunaikan Solat Taubat, Solat Hajat dan Solat Tahjud 10 rakaat sampai pukul 5 pagi. Kemudian bersahur. Alhamdulillah, parents sy memang tak lepas peluang ni utk merebut peluang yg ditawarkan Allah.... Hanya ada satu mlm dlm setahun. Dan rugi kalau kita semua lepaskan peluang ni...

Setakat ni, daripada perbincangan sy ngan sahabat2 lain... mereka kata malam lailatul qadar belum turun lagi.. Mungkin kami betul, dan mungkin juga kami silap.. Andaikata kami betul, maksudnya hanya ada 6 hari sahaja lagi utk kita mencari mlm lailatul qadar.... Jadi, peluang utk kita mendapat mlm lailatul qadar semakin cerah...

Jadi, kepada diri sy, isteri sy dan ahli keluarga sy serta para pembaca.. Marilah kita sama2 mengambil peluang utk mencari 1 mlm ini.. Mlm yg penuh keberkatan.. Mlm yg Allah akan memperkenankan setiap doa2 hambanya.... Mudah2an... Kita bertemu dengan mlm itu..

"Ya Allah, berilah kami semua peluang untuk bertemu dan beribadah pada malam Lailatul Qadar... Amin"

1 ulasan:

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top