Assalamualaikum,

2 minggu lepas, masa sy bawa Farees jalan2 di belakang rumah.. Semasa Farees berjalan jalan, dia terjatuh. Dan dahi dia terkena batu kecil. Akibatnya, perghh... dahi dia berlubang yg agak dalam. Darah keluar mengalir macam air sungai. Terkejut dan cuak gak sy masa tu. Mula2 dia nangis kuat, lepas pujuk2 dia pun berhenti nangis.. Baru sy bawa balik rumah.

Lepas ambil gambar dan MMS ke abg sy yg kerja sebagai doktor, dia kata better bawa Farees ke Hospital dan jahit. Mungkin dalam 1-2 jarum. Perghhh... Kalau tak pun, guna salotape di hospital utk tampal, tak perlu jahit.

Lepas ke hospital, doktor membuat keputusan utk jahit 2 jarum. Perghhh.. Farees dijahit secara live and exclusive tanpa ubat bius... Perghhhh.... Apa lagi, meraung la member... Tapi, lepas habis jahit, dia terus tak nangis...

Lepas keadaan reda, habis... semua org 'pam' sy... fuh.... penat menahan telinga sorang2 marah.. adoyai.. nak buat macam mana. Sendiri salah.. sendiri mau ingat la... Org no 1 marah.... TARA.. UMMI Farees la.... sapa lagi.. Bukan senang nak jaga Farees.. Dia ni agak lasak... In 1 second, he can change the situation....

Ni gambar Farees lepas dah buka jahitan. Tapi kena tampal tape tu.. Sebab dia asyik garu aja.. After this incident, Ummi terus force Abi utk ambil langkah berjaga2. Preventive action. Di rumah sy ada tangga. So, utk elak Farees jatuh tangga, Ummi suruh Abi beli Safety Gate utk elak Farees naik tangga. Cek2 kat internet, jenama yg berkualiti dalam RM500 utk 2 set.. Nak buat cam na, kena beli la jugak...

Pekerja sy sedang pasang safety gate. Easy Fit Extansion Gate. Gate ni boleh dipanjang dan dipendekkan ikut keluasan pintu. Tapi, kena beli extension la....

Gate pertama yg dah siap di pasang. Kalau ikutkan, gate ni perlu extension.. Bila beli extension...terlebih panjang pulak.. So, tak perlu pun pasang extension. Rugi aja beli extension RM60.

Ni Safety gate no 2. Utk pintu ni perlu 2 extension. Sebelah kiri dan kanan... Kiri 14cm, kanan 7cm.

Reaksi pertama Farees lepas gate dipasang. Dia dah marah2. Mengamuk.. Tengok tu.. cuba melalui ruang kecil antara besi2 tu sambil muka nak nangis..

Lepas percubaan gagal... Terus nangis meraung2...

Lega lepas pintu di buka... Baru boleh jalan.. Muka tension aja dia ni... Nak buat cam na Farees.. This is for your own good... Kepada mereka yg berminat nak beli Safety Gate ni, boleh tengok di website ni.. http://www.littlewhiz.com/
.
Utk makluman semua, Alhamdulillah.. Farees had made a tremendous recovery. Luka bekas jahit tu tak nampak pun di dahi dia.. Org tak perasan kalau tak diberitahu. Abg sy cakap, insya Allah bila dia dah besar nanti bekas jahit tu tak nampak.... So, harap lepas ni semuanya selamat.. Tiada lagi apa2 yg tak baik berlaku.. Pengajaran yg perlu diambil, sentiasa extra alert when we take care of our baby. No 2, buat langkah2 pencegahan sewajarnya utk elak kemalangan dari berlaku dlm rumah kita...
.
Wassalam.

1 comments:

  1. Pidot...Awat tebuk lobang....Gate tu kan xyah tebok2..just pusing je supaya dia ketat ke dinding...

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top