Assalamualaikum,

Sejak akhir2 ni, sy sibuk sket uruskan keadaan di reban. Tak sempat nak update blog. Rasanya, entry ni mungkin akan jadi entry yg terakhir utk cerita mengenai TRAVELOG UMRAH. Entry2 selepas ni akan lebih kepada ayam dan family sy.

Setiap hari, ada saja warga Malaysia yg pergi ke Mekah utk menunaikan umrah. Mengikut statistik, setiap tahun dianggarkan 80,000 warga Malaysia yg menunaikan Umrah. Tak termasuk 28 000 orang yg pergi menunaikan haji.

Jika ditanya kenapa kita menunaikan umrah? Pelbagai jawapan diberikan. Antaranya, memang dah jadi rutin tahunan dia utk ke mekah, ada yg kata rindukan suasana di Mekah, ada yg kata nak melihat sendiri "RUMAH ALLAH" @ Kaabah. Ada yg kata nak memohon ampun drpd Allah atas dosa2 lalu, ada yg ke sana kerana ada hajat-hajat yang hendak didoakan di hadapan Kaabah. Ada yg nak mencari keredhaan Allah. Alhamdulillah, apa jua hajat mereka.. mudah2an segala ibadah di sana diterima.

2 tahun lepas, sy ada berjumpa dengan seorang mak cik yg baru balik menunaikan Umrah. Dia kata, Alhamdulillah, dia dah 'buat' banyak pahala di Mekah. Dan dia kata mana2 solat dia yg sebelum tu tak terbuat. Dah 'tercover' dengan solat-solat dia di Mekah selepas balik dari Umrah. Bila sy tanya dia kenapa dia cakap mcm tu?. Dia kata "Kalau nak dikira pahala dia bersolat di Mekah yg pahalanya 100,000 kali ganda berbanding solat2 di tempat lain... Kalau dikira2, dah cover habisla mana2 solat yg dia tak solat macam tu. Sebab dah banyak pahala yg dapat".... Perghhh.. ni salah satu silap paham oleh org yg pergi ke Mekah. Dia ingat, dengan pergi ke Mekah, bersolat di sana yg pahalanya banyak, settel semua yg dia tak solat masa dulu2.

Sy pun cakap la, kalau dia berfikiran macam tu, senang la. Kat Malaysia ni kita tak yah solat. Setahun sekali kita pi Mekah 2 minggu, dan solat banyak2 di sana. So, kira semua pahala dah cover dosa solat yg ditinggalkan. Mana boleh macam ni. Mak cik ni pun terdiam. Harap tak der la yg tersalah faham mcm ni.

Bagi sy, bila kita pergi menunaikan Umrah selama 2 minggu di Mekah dan Madinah, biasanya kita akan beribadah lebih berbanding biasa. Seolah2, kita sedang mengecas bateri sepanjang kita berada di sana.

Bagi sy, bukan ibadah yg kita lakukan di Mekah dan Madinah sahaja yg penting.... Tapi apa yg lebih penting adalah bagaimana ibadah2 yg kita lakukan selepas kita pulang ke Malaysia. Bagaimana, proses pentarbiahan kita selama 2 minggu di sana utk kita istiqamah selepas pulang ke Malaysia.

Misalannya, kes yg begitu obvious sy lihat... Di Mekah, org perempuan betul2 menjaga aurat mereka. Hampir kesemua jemaah wanita memakai stokin all the time. Sebab nak tutup aurat. Hampir kesemua jemaah wanita di Mekah dan Madinah memakai tudung yg menutup dada mereka. Hampir kesemua jemaah wanita memakai sarung tangan untuk memastikan aurat mereka tertutup supaya tidak ternampak tangan2 mereka melalui celah lengan baju mereka. Alhamdulillah, satu situasi yg menyejukkan mata memandang.

Tapi, itu di sana. Proses pentarbiyahan selama 2 minggu di sana tak kekal apabila sebahagian jemaah ni pulang ke Malaysia. Inilah yg sy katakan, apa yg lebih penting bukan kita fokus ibadah2 di Mekah semata2, tetapi apa yg penting kita menterjemahkan apa yg kita amal di sana apabila kita pulang ke Malaysia...

Dan di sana, kita biasanya menunaikan solat secara berjemaah di Masjid. Hampir kesemua waktu solat kita bersolat di Masjid. Dan setiap kali solat, kita datang awal ke masjid dan menunaikan Solat Sunat Qabliah dan Ba'diah. Alhamdulillah, di sana kita mampu mengamalkan ibadah yg sangat2 dituntut oleh Allah...

Tapi, bagaimana bila kita balik ke Malaysia. Mengapa kita tidak menunaikan solat secara berjemaah. Dan mengapa kita tidak terus menunaikan solat2 sunat seperti yg kita lakukan di Mekah...

Sy sebenarnya amat takut.. Takut kalau sy tak leh nak terus konsisten dlm menunaikan ibadah2 seperti yg dilakukan di Mekah dahulu. Di sana, sy juga berdoa "Ya Allah, bukalah hatiku untuk istiqamah ( melakukan secara berterusan ) ibadah2 yg aku lakukan di sini bila sampai di Malaysia". Alhamdulilah, so far ok la walaupun tak sesempurna seperti ibadah di sana. Mungkin bateri yg di caj kuat lagi. Mudah2an, sy akan terus istiqamah mengamalkan ajaran Islam lepas balik dari Mekah ni...

Sy rasa, cukuplah dulu entry2 sy mengenai pengalaman2 sy di Mekah dan Madinah. Sy berharap dengan adanya cerita2 ni, dpt membantu sahabat2 yg belum pergi ke Mekah sedikit sebanyak gambaran mengenai keadaan bila ada di Mekah.

Dan, sy berdoa dengan cerita2 sy ni dpt memberi motivasi utk para pembaca utk berazam bagi menunaikan umrah dan haji. Dan Alhamdulillah, sy dan Maria skrg dah pun register di Lembaga Tabung Haji utk kami berdua menunaikan haji. Daftar tahun ni, kita hanya akan di panggil pada tahun 2032. Perghhh... 22 tahun lagi.. So, bagi yg belum mendaftar haji, lebih baik pergi daftar segera. Walaupun, langsung tak dak niat nak ke Mekah lagi skrg ni. Pergi aja daftar dulu. At least, kalau di takdirkan Allah kita meninggal dunia sebelum menunaikan haji, at least kita ada niat utk ke Mekah, cuma belum sampai masa.

Walaubagai mana pun, kalau kita nak cepat pergi ke Mekah utk haji, kita boleh merayu utk dpt pergi awal. Insya Allah, sy dan Maria plan utk menunaikan haji pada tahun hadapan. So far, that's the plan. Kami sekadar merancang... Nak kena kumpul duit dari skrg. Sebab kalau nak pergi awal, kena guna pakej. Bukan pakej muassasah yg biasa. Bayaran kalau pergi dengan pakej, at least RM15k. Tu yg skrg ni nak kena start kumpul duit balik ni. Dua org dah RM30k.

Rasanya, cukuplah dulu setakat ni. Sy memohon maaf kalau ada yg tersalah dlm cerita2 sy dlm entry2 sebelum ni. Semoga kita semua dpt manfaat.

* Tolong sebarkan blog ni kepada rakan2 @ saudara yg berhajat utk menunaikan umrah...

Wassalam.

7 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. salam... jazakallah atas perkongsian.. saya pun akan bertolak mengerjakan umrah 3 hari lagi, insyaAllah. Perkongsian yang sangat membantu...

    BalasPadam

  3. naper lah dah balik dari umrah baru sy terjumpa blog nie, kalau tak boleh dapat tips lebih.. walaubagaimanapun Alhamdullilah Allah permudahkan segalanya.

    BalasPadam
  4. Assalam,

    Terima kasih atas semua pengalaman, tips, peringatan dan gambar gambar yang dikongsikan.

    Semuga tuan haji dan keluarga serta semua warga MFUAD sentiasa istiqamah malakukan ibadat semata mata kerana NYA.

    Jazakaullahukhairan kathira'

    AJ

    BalasPadam
  5. salam,

    Terima kasih atas perkongsian ini banyak ilmu didalamya membantu saya &isteri dalam persedian untuk menunaikan umarah pada 13.7.2012.

    Halalkan yeaa ilmu yang diambil dan moge allah memberikan rahmat kepada kamu.

    BalasPadam
  6. Terima kasih di atas perkongsian. InsyaAllah, akan digunakan sebagai panduan ketika ke sana

    BalasPadam
  7. Terima kasih atas perkongsian...lg 2 minggu Akan menunaikan umrah, pernah menunaikan haji pd 2011 namun mungkin berbeza krn ms yg singkat.byk tips yg blh dijadikan panduan...

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top