Nasihat-Nasihat Bagi Mereka Yg Bakal Menunaikan Umrah
.
1) Bawa bekalan ubat yg secukupnya. Seperti Panadol Active Fast, Ubat Selsema, Ubat Batuk. Other than that, bawa Multi Vitamin yg kuat. Ni bagi memastikan kita mempunyai kesihatan yg baik semasa kita berada di sana. Kebanyakan aktiviti di Mekah memerlukan fizikal yg kuat.
.
2) Kalau berpeluang, cuba naik Gua Hira'. Gua ni nampak aja tinggi, tapi kalau kita naik slow2, insya Allah boleh sampai. Kalau remaja umur 20 tahun, 30 minit dah boleh sampai ke atas. Kalau tak larat pun, insya Allah dlm 45 minit boleh sampai ke atas. Kita naik ke Gua Hira' utk kita rasai sendiri macam mana Rasulullah naik ke atas bukit ni utk beruzlah kepada Allah. Dan kita tengok sendiri di mana Wahyu pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad. Biasanya, kita kena minta mutawif uruskan ziarah tambahan dlm hal ni. Dan mungkin kena bayar dlm 15-20 Riyal seorang.
.
3) Bila ada di Masjidil Haram, perbanyakkan ibadah tawaf sunat. Kalau boleh, sekurang-kurangnya 5 kali sehari. Cuba semampu mungkin. Tawaf 7 pusingan mengambil masa dlm 30 minit kalau ramai org. Ibadah paling afdhal di Masjidil Haram adalah Tawaf. Setiap hari akan turun 120 rahmat di Masjidil Haram, 60 rahmat utk org yg bertawaf, 40 rahmat utk org yg bersolat, 20 rahmat utk org yg melihat Kaabah. So, kalau kita tawaf sunat, then solat sunat tawaf, then tengok kaabah. Kita dapat semua rahmat yg Allah janjikan.
.
4) Kalau boleh, cuba semampu mungkin utk berdoa di hadapan Multazam. Multazam adalah tempat antara pintu kaabah sebelah kiri hingga ke Hajarul Aswad. Berdoa di situ banyak2. Berdoa dengan penuh pengharapan, minta Allah kurniakan anak2 yg soleh dan solehah dan berjaya di dunia dan di akhirat.
.
5) Kalau boleh, tanya sahabat2 yg ingin kirim doa kepada kita utk kita doakan di hadapan Multazam. Ingat, apabila kita doakan utk sahabat kita atau doa utk org lain, Malaikat akan mendoakan benda yg sama utk kita. Dan yakinlah, doa para malaikat utk kita adalah lebih kuat berbanding doa kita kepada org lain. Jadi, bila kita doakan utk org lain, dlm masa yg sama kita mendoakan diri kita sendiri. So, kita tak rugi di mana pun.
.
6) Apabila tawaf mengelilingi Kaabah, pastikan bahu kiri kita SENTIASA bertentangan dengan Kaabah. Ramai yg silap dlm hal ni. Para jemaah terlalu fokus utk baca doa di dalam buku sehingga BAHU MEREKA TERABAI dan ini menyebabkan tawaf mereka tidak sah. Kita tak SEMESTINYA baca doa seperti di dalam buku kalau apa yg kita baca tu kita pun tak faham. Yg lebih afdhal, kita mendoakan dlm hati kita apa yg kita mahu. Doa itu lebih ikhlas dan lebih terasa dan menusuk ke dalam hati.
.
7) Di Masjidil Haram, setiap solat yg kita lakukan pahalanya lebih 100,000 kali ganda berbanding dengan solat di masjid-masjid lain. Jadi perbanyakkan lah solat sunat di Masjidil Haram. Kalau dah tak larat nak tawaf dan solat sunat, lihat kaabah pun besar pahalanya.
.
8) Kalau nak bershopping, lebih baik shopping di Madinah. Di Madinah, barang lebih banyak sebab kedai pun banyak. Di Mekah, kedai banyak jugak. Tapi, tumpukan lebih ibadah di Masjidil Haram kerana ibadah di sini lebih besar pahala.
.
9) Duit kalau nak bawa, cukup lah seorang RM1000. Jumlah wang ni cukup kalau kita tak berboros belanja. Kalau kaki shopping.. Mungkin tak cukup. Kalau suami isteri, bawa dlm RM2k insya Allah cukup. Dan pastikan kita tak bawak semua duit ni ke Masjid semasa menunaikan solat. Sebab, masa sy pi ada kes jemaah bawa duit RM1k dan letak dlm beg galas. Masa solat, dia letak di hadapan tempat sujud, selepas bangun dari sujud beg sandang dia tu dah hilang. Hilang bersama duit RM1k dan IC serta kad-kad bank. Di nasihatkan, duit tinggal dlm beg dlm hotel. Pastikan beg tu berkunci. Duit utk bawa ke masjid sekadarnya.
.
10) IC, Kad Bank, Kad Kredit tak perlu bawa. Lebih baik tinggal di Malaysia. Semasa ke sana, pihak agen akan bagi kita satu kad yg ada gambar kita, no phone hotel kita di Madinah dan Mekah, ini ajalah IC kita di sana.
.
11) Duit tak perlu tukar di Malaysia. Kalau kita tukar duit di Mekah atau Madinah sekarang, lebih tinggi duit yg kita dapat. Rate sekarang RM100 = 114 Riyal. Bila tukar, cek nilai tukaran dua - tiga kedai Money Changer.. Setiap kedai mungkin memberi nilai tukaran yg berbeza.
.
12) Kalau menaiki Saudi Airlines, boleh beli Air Zam2 tambahan. Setiap jemaah akan dibekalkan 10 liter Air Zam Zam oleh travel agen. Tapi, kalau kita nak beli sendiri sebagai tambahan, boleh. Tapi, mutawif akan kata tak boleh sebab dia tak mahu kita semua beli Air Zam Zam tambahan. Tapi..... andaikata beli air zam zam tambahan, then kat airport sangkut.. jgn salahkan sy. Sebab sy bawa dan lepas. Alhamdulillah. Tapi jgn citer kat semua jemaah satu group dengan kita, sebab kalau semua org beli air tambahan.. problem nanti di airport.
.
13) Di Mekah, pastikan kita bawa gunting sendiri masa nak bertahlul selepas selesai ibadah Umrah. Kalau kita tak bawa gunting, dan tiba2 ada budak2 dlm umur 15 tahun dtg ke kita dan offer nak gunting rambut kita utk tahlul.. JANGANLAH terima offer diaorg ni. Sebabnya, lepas gunting dia akan minta kita 50 Riyal sebagai upah gunting rambut tadi. Kalau tak, dia haramkan dia gunting tadi dan dia akan kata Umrah kita tak diterima. Perghh.. Jgn terkejut, ada jemaah yg terkena.
.
14) Kalau nak cium Hajarul Aswad, pergilah secara berkumpulan. Pastikan kita tawaf sunat dan solat sunat. Minta doa Allah permudahkan utk cium Hajarul Aswad ni. Kalau nak lebih mudah, datang awal ke Masjid, dlm sejam sebelum Azan. Dan berbaris, jgn keluar barisan. Insya Allah giliran kita akan sampai. Dan perempuan pun masa tu la nak cium senang sket sebab berebut sama2 perempuan aja. Waktu lain kalau perempuan nak cium, kena berebut dengan lelaki.
.
15) Sebelum pergi ke sana, sembahyang solat sunat taubat dan solat hajat. Minta Allah permudahkan urusan di sana. Dan Allah ampunkan dosa kita... Minta Allah jadikan kita tetamu Istimewa di Masjidil Haram nanti.
.
16) Kasut selalu hilang di sana. Kalau tak nak hilang seliper di sana, bawa satu uncang beg kasut dan bawa ke mana2 kita solat dalam Masjid. Kalau boleh, uncang tu warna terang. Senang kita nak cari masa nak ambil. Kalau kita tak bawa uncang dan main letak ajer seliper, niatkan sedekah dlm hati. Kalau hilang, jgn salah sesiapa...
.
17) Dlm masjidil haram, ada satu tempat dlm masjid yg berhawa dingin. Kalau dari luar, kita boleh masuk ikut pintu King Fahd. Kalau dari dlm masjid, kita tengok side yg pintu lampu warna kuning. King Fahd. Kalau tak silap, pintu no 79 @ 80. Boleh la kita selesa sket kalau diri kita tak berapa selesa di tempat lain. Tapi, kekurangan kalau duduk di tempat ni ialah kita tak boleh nampak Kaabah. Kurang lah pahala.
.
18) Semasa hari Jumaat, utk bersolat Jumaat, pastikan kita datang sekurang2nya SATU jam lebih awal dari waktu solat. Kalau kita datang setengah jam sebelum azan, alamat susahla nak mendapat tempat utk solat. ESPECIALLY PEREMPUAN. Tempat solat perempuan terhad. Lebih baik masuk melalui pintu khas untuk perempuan (kawasan yang ada aircond) supaya bila nak keluar masjid nanti tak perlu bersesak2 dengan lelaki yg lebih ramai drpd waktu biasa. Jadi, kalau masa solat Jumaat, pastikan kita datang awal ke Masjid utk elak sebarang masalah mencari tempat solat.
.
19) Semasa solat fardhu 5 waktu, paling elok kita datang awal at least 30 minit sebelum azan. Baru senang nak cari tempat solat yg first class. Dekat dengan Kaabah. Kalau tak, susah la sket. Duduk solat dari jauh aja la jawapan dia.
.
20) Biasanya, kalau pi Solat Maghrib, kita akan terus tunggu sampai waktu Isyak. Antara Maghrib dan Isyak, elok buat tawaf sunat. Walau pun org ramai masa ni, tapi itulah seafdhal-afdhal ibadah.
.
21) Di sana, cuaca agak panas. Jadi, kulit kita akan kering. Bagus kalau kita bawa krim Vaseline. Kat sana pun ada jual jugak. Boleh sapu di bahagian2 kulit yg kering. Terutama kaki kita.
.
22) Jemaah lelaki, elok kalau bawa at least 2 pasang stokin. Semasa tidak berihram dan bersolat di Masjid, elok pakai stokin supaya... Kalau kita buat ibadah tawaf sunat banyak kali. Tapak kaki kita tak pecah. Tapak kaki sy masa di Mekah agak merekah. Sebab tak pakai stokin. Tapi, jangan pakai stokin pulak masa berihram umrah.
.
23) Masa di Madinah, boleh bincang dengan Mutawif utk ziarah tambahan ke sebuah gua di Jabal Uhud. Kalau dah pergi ke sini, pastikan kita naik sampai ke dlm gua. Perjalanan naik ke gua mengambil masa 10 minit saja. Semasa Perang Uhud, Rasulullah berdarah dan kemudian berehat di gua itu. Darah baginda terkena batu di dlm gua tu, dan sehingga kini Gua tu berbau wangi walau pun tak dak siapa yg letakkan minyak wangi. Dan kelebihan tempat tu, banyak kambing yg suka pergi ke gua tu walau pun di situ langsung tak ada rumput dan air. Nampaknya, kambing pun suka pergi ke tempat yg Rasulullah pernah pergi.. Ziarah tambahan ni mungkin kena bayar 20 Riyal.
.
24) Semasa buat umrah, suami isteri dinasihatkan tak berpegang tangan masa tawaf dan sai. Bukan apa, takut current terlebih pulak. Susah kalau kita sedang berihram. Tapi, kalau masa tawaf sunat, tak pa lah. No problem.
.
25) Masa tawaf mesti berwudhuk, tapi kalau kita tersentuh dengan wanita di sana. Hukumnya tak batal wudhuk. Kalau tersentuh di kira batal, sampai bila pun kita tak leh nak habiskan tawaf kita sebab pasti bersentuhan.
.
26) Masa berdoa di Multazam, lelaki boleh sampai dekat terus dengan Kaabah. Tapi perempuan tak leh rapat sangat dengan kaabah. Lelaki kalau nak sampai dekat terus dengan kaabah, kena bertolak lah sket dengan org. Semua org berebut. JANGAN SALAH FAHAM. Multazam adalah antara pintu kiri kaabah dengan batu hajarul aswad. Di sana nanti, ramai yg berdoa di pintu Kaabah sedangkan di situ bukan Multazam. Kalau boleh, setiap kali lepas tawaf sunat, pergi ke Multazam utk berdoa. Tak payah baca doa ikut buku, baca aja doa ikut hati. Lebih ikhlas dan kita lebih faham.
.
27) Ini tips utk jemaah wanita. Setiap kali setengah jam sebelum waktu azan, polis akan halang wanita utk masuk ke kawasan tawaf sbb nak readykan kawasan tu utk saf2 solat berjemaah lelaki. Bila dah dekat2 dgn waktu iqamat, wanita yg sedang tawaf pun akan "dihalau" oleh polis drpd kawasan tawaf sbb nnti kawasan tuh akan penuh dgn saf2 lelaki. So wanita kalau nak tawaf especially tawaf umrah, make sure budget timing betul2 supaya dapat habiskan tawaf 7 pusingan at least sebelum waktu azan. Kalau tak sempat habis 7 pusingan, agak susah sikit sebab nanti bila kena halau dgn polis, nak kena keluar dr kawasan tawaf utk cari tempat solat. Lepas tu nak kena pergi sambung tawaf balik. Kalau lelaki takpa sbb lelaki boleh tawaf sampai waktu iqamat then just stop dekat kawasan tawaf utk solat.
.
28) Kami dah try different waktu utk buat umrah. Antaranya pagi, lepas solat zuhur and lepas solat asar. So based on our experiences, antara byk2 waktu ni, kami lebih prefer utk start buat umrah lepas solat asar. Lepas solat aja terus naik bas untuk berniat miqat di Tanaim. Disebabkan lepas asar takda solat sunat, kami tak buat solat sunat ihram. Bila sampai je di masjid Tanaim, kami turun bas dan terus naik bas yang nak ke masjidilharam balik dan niat umrah dalam bas. Ini lebih menjimatkan masa. Waktu ni biasanya perjalanan dari Masjidilharam-Tanaim-Masjidilharam mengambil masa dalam 1 jam.
.
Jadi bila sampai di Masjidilharam balik, insyaallah sempat untuk habiskan tawaf umrah sebelum waktu maghrib and then terus pergi buat sai. Bila masuk waktu Maghrib, kita boleh berhenti untuk solat Maghrib di kawasan Sai di mana kita berada waktu tu. Lps solat, terus sambung sai balik sampai complete. Then after tahalul, boleh terus stay di masjid sementara tunggu waktu isyak. Sempatlah time nih kalau nak pergi toilet ke, nak baca quran ke sementara tunggu azan isyak.
.
* No 27 & 28 Maria yg tulis. Sebab tu ayat mcm skema sket. Harap maklum
.
29) Dinasihatkan jemaah bawa cermin mata hitam. Sebab lantai di Masjidil Haram warna putih. Bila kena silauan matahari, perghh... Menyilau mata dibuatnya...
.
30) Di Madinah, cubalah seboleh mungkin utk berdoa di kawasan Raudah. Berdoa di kawasan Raudhah jugak amat afdhal dan mudah dimakbulkan. Kalau boleh, carilah masa utk menunaikan solat sunat hajat, sunat taubat di situ dan kemudian, berdoalah sebanyak2nya. Kalau dah puas berdoa di situ, berilah peluang org lain pulak utk berdoa di situ. Harap maklum, Raudhah adalah kawasan yg karpetnya warna putih. Kalau karpet warna merah, itu bukan raudhah. Jemaah lelaki lebih mudah utk dpt peluang ke Raudhah. Lagi pun, kawasan Raudhah dibuka 24 jam skrg. Tapi kena masuk ikut Pintu No 1, No 2 atau No 41 sahaja. Pintu2 lain akan ditutup waktu malam. Utk jemaah wanita, kalau nak ke Raudhah, boleh pergi selepas pukul 7.30 pagi atau selepas solat Zohor atau selepas Solat Isyak.
.
31) Jemaah wanita kalau berkulit putih, dinasihatkan bawa "sunburn cream". Cuaca di sana agak panas, takut nanti warna muka berbelang nanti. Kalau nak beli di Mekah, ada di farmasi2 sana. Brand SebaMaid. Harga 64 Riyal.
.
32) Di Madinah, kita tak banyak sangat aktiviti. So, kalau boleh, setiap kali lepas solat. Jemaah lelaki kalau mampu pi la ziarah maqam nabi setiap kali lopas solat. Ini nak menunjukkan tahap kecintaan kita kepada Nabi Muhammad S.A.W. Jemaah wanita skrg dah tak leh nak ziarah maqam nabi. Tapi kalau pi ke Raudhah, masa tu lah yg paling hampir dengan Maqam Nabi. Setiap kali lalu di Maqam Nabi, perbanyakkan selawat ke atas Nabi.
.
33) Semasa kita tiba di airport Jeddah, bila keluar aja dari airport, akan ada pekerja Bangla yg datang berlumba lumba nak tolong angkat beg kita. Kita nampak macam bagus la sebab ada org nak tolong. JANGAN SESEKALI BENARKAN DIAORG TOLAK TROLI KITA SEMASA KELUAR DARI AIRPORT. Kalau kita bagi dia org tolak troli tu, walaupun jaraknya dlm 10 meter, dia akan minta at least 10 Riyal. Kalau jauh sket dia tolak, nanti dia akan minta sampai 50 Riyal. Tolak troli aja pun. So, berhati-hati.
.
Pendek kata, di sana, kalau ada pekerja2 yg nampak semangat lain macam aja nak tolong kita. Jangan la... Caj diaorg ni bukan2.
.
34) Semasa tiba di airport Jeddah, jangan sesekali beratur dibelakang warga kulit hitam. Masya Allah, masa yg diambil utk clear satu org hampir 7 minit. Kalau boleh, beratur la di belakang warga Malaysia. Masa sy beratur hari tu, disebabkan ada mamat2 kulit hitam di hadapan, perghhh.. hampir sejam lebih kena tunggu walaupun yg ada depan sy tak sampai 8 org pun. Lagi satu, nanti dia suka2 aja bagi kawan dia potong line kita.
.
Jangan berebut2. Sebab semua org akan lepas imegresen tu. Tapi, apa pun berlaku di situ, bersabar dan selawat banyak2. Sebab kan kita sedang berihram. Allah mungkin nak menguji kita.
.
35) Bila kita sampai di hotel dari Jeddah, pastikan beg kita diturunkan dari bas. Kena make sure. Sebab bila kita turun dari bas, mutawif akan suruh kita terus ke hotel. Dan akan ada pekerja hotel yg angkat beg kita secara percuma. Tapi, tugas kita MAKE SURE BEG KITA MASUK KE HOTEL. TAKUT BEG KITA TERTUKAR KE HOTEL LAIN. Masa sy pi, ada dua jemaah yg hilang beg. Di airport beg dia memang naik bas, tapi bila turun hilang entah ke mana.
.
Benda yg sama semasa kita nak pindah dari Mekah ke Medinah, dan Medinah ke Airport. Make sure beg kita masuk beg. Semasa sy pindah dari Mekah ke Medinah, bangla yg angkat beg ke bas dah 'terambil' beg jemaah yg baru sampai dari Malaysia malam sebelumnya. Kesannya, beg jemaah yg baru sampai ke Mekah tu terus pergi ke Madinah.
.
Di Madinah pulak, ada jemaah sy yg pekerja hotel tu tak angkat barang dia masuk bas. Bila sampai di airport, cari2 beg dia hilang. Perghh.. Memang dia org akan angkat beg utk kita. tapi TUGAS KITA, PASTIKAN BEG KITA DIANGKAT DIA ORG. KALAU NAK PLAYSAFE, ANGKATLAH SENDIRI. BUKAN SUSAH PUN.
.
36) Kalau nak beli SIM CARD utk guna di sana. Beli yg line DIL SE atau SAWA. Jgn beli ZAIN. Sy beli kad ZAIN, dia potong duit ikut block 30 seconds. Setiap call tak kira berapa second pun kita cakap, dia akan potong ikut block. Kalau beli sim card lain, dia potong ikut second yg kita guna sahaja. Satu second satu sen duit sana. Kalau nak call ke Malaysia, call aja terus. Kena guna +6019578XXXX. Jangan tekan 006019578xxxx. Tak boleh.
.
Sim Card boleh beli pada mutawif. Atau tanya dia nak beli di mana. Sy rasa, mungkin setiap jemaah perlu beli sim card 30 Riyal. Kalau tak habis boleh top up nanti. Kalau beli banyak2, takut tak habis pulak.
.
Di Airport, akan ada cleaner Bangla yg datang ke kita tanya nak beli sim card ka tak, biasanya diaorg jual mahal sket. e.g 60 Riyal utk Sim Card nilai 50 Riyal. Kalau tanya mutawif, mungkin boleh dapat 30 Riyal duit utk 30 Riyal nilai sim card.
.
37) Kalau nak beli air zam2 tambahan, beli dari Mekah. Satu tong bernilai 30 Riyal. Tanya mutawif. Kalau nak beli di Madinah, harga 35 Riyal. Siap dengan air + Plastik beg. Mutawif akan kata air zam2 ni tak boleh lepas sebab susah nak deal dengan kaunter di airport Madinah. Mutawif akan cakap tak boleh. Sebab kalau dia kata boleh, nanti semua jemaah akan beli air zam2 lebih. So, kalau nak beli. Beli aja. TAPI, KALAU TAK LEPAS, jangan salahkan saya. Ini hanya untuk penerbangan Saudi Airlines. Flight lain susah sket.
.
38) Semasa di depan kaabah, akan ada warga Indonesia yg bertindak utk jadi agen cium hajarul aswad. Dia akan dtg ke kita dan tanya, "Mahu di bantu pak, cium hajarul aswad".. kalau kita kata mahu, dia akan bawa kita utk cium hajarul aswad tu. Tapi, jgn terkejut kalau lepas tu dia akan minta sehingga 1000 Riyal. Kalau kita tak bayar, dia akan ikut kita sampai ke hotel. Kan sy dah kata, kalau nak cium, tawaf sunat dulu, solat sunat minta doa kepada Allah. Insya Allah, akan dpt. YAKIN DENGAN PERTOLONGAN ALLAH. Kalau nak senang, lelaki dan wanita dtg la ke hajarul aswad sejam sebelum azan asar.
.
39) Biasanya, org Malaysia tak minat dengan minyak wangi dari Mekah, sebab minyak wangi di sana bau agak tengit. So, terpulang la kalau nak beli. Biasanya, kalau kita bagi pun dia org tak pakai pun. Kalau nak bagi cenderahati ke member, lebih baik bagi kurma, kepiah, tasbih ( pun jarang org pakai skrg ni ), kacan pistachio.


Wassalam...

12 comments:

  1. dari semalam dok tenung gambar maria, rasa macam pernah nampak.. kat mana ya..? hari ni baru perasan, ohh ur wife's face iras2 muka dr. soraya our maresmart schoolmate! patutlah mcm pernah nampak ;-)

    ReplyDelete
  2. masyaallah..panjang lebar sekali penerangan, tips dan pengalaman yang dikongsikan...terima kasih banyak2..beruntung sangat saya jumpa blog ini. Amat berguna kepada saya yang akan ke sana dalam masa 5 hari lagi, insyaallah..

    ReplyDelete
  3. terima kasih banyak2 dengan penerangan,pengalaman dan tips yang dikongsikan. Amat berguna untuk saya yang akan ke sana dalam masa 5 hari lagi..insyaallah

    ReplyDelete
  4. Salam

    Nak tanya. Tentang tukar duit. Saya dah tukar kat Malaysia tapi dapat nominasi 500 Riyal sahaja. So, ada cadangan kat mana saya boleh tukar wang kecil atau apa2 cadangan lain. Terima kasih

    ReplyDelete
  5. Salam,

    Saya nak minta izin untuk edarkan tips ni pada keluarga saya sebab kami akan menunaikan umrah Mac ni satu keluarga. Terima kasih

    ReplyDelete
  6. Salam Ina, baca entry2 lain berkaitan Travelog Umrah. Semua ada 18 part. Baca semua artikel utk pengalaman sy di sana. No problem, boleh copy dan edar kan kepada sesiapa yg nak ke sana. Sy no problem. Duit boleh tukar di Mekah atau madinah nanti. Banyak money changer kat sana. Jgn takut... Selamat mengerjakan umrah. Moga diterima segala ibadah. Boleh ke sy kirim doa utk Ina doakan disana???

    ReplyDelete
  7. Assalam,

    Terima kasih berkongsi tips yang berguna dan semuga memberi menafaat kepada pembaca warga MFUAD.

    Semuga tuan haji dan keluarga dalam kasih sayang Allah.

    AJ

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah dijumpakan Allah dgn blog ini. terima kasih byk atas segala informasi. semoga Allah memberkati tuan/puan sekeluarga.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah dijumpakan Allah dgn blog ini. terima kasih byk atas segala informasi. semoga Allah memberkati tuan/puan sekeluarga.

    ReplyDelete
  10. Terima kasih. Very helpful read. Semoga sentiasa diLindungi Allah SWT

    ReplyDelete
  11. Terima kasih banyak sebab berkongsi pengalaman - saya menghargainya. Semoga dapat pahala & sentiasa diberkati Allah swt.

    ReplyDelete
  12. Asslm. Tksh dgn prkongsian pengalaman mengerjakn umrah tuan. .info yg benar2 bermanafaat bg smua especially yg baru pertama kali hendak pergi ke sana. .smuga sgala yg tuan kongsikan dberkati Allah swt.Aamiin...

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top