Assalamualaikum,

Hmm.. ramai yg baru terbuka blog sy ni lepas sy bagi link dekat Facebook. Jumlah visitor meningkat dengan agak cepat.

Sebenarnya, tujuan sy meletakkan gambar2 sepanjang perjalanan sy di Mekah dan Madinah adalah utk memberi gambaran kepada pembaca2 yg belum pernah menjejakkan kaki ke bumi Mekah. Dan kepada yg dah pernah sampai kesana, gambar2 ni pasti mengingatkan kita kembali dengan saat2 manis kita semasa berada di sana.

Sy juga sebenarnya nak membangkitkan semangat para pembaca yg belum pernah menjejakkan kaki ke Mekah utk berazam dan bercita2 supaya dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan utk sampai ke sana.

Sy sebenarnya plan utk ke Mekah menunaikan umrah sejak dari tahun 2009 lagi. Bermacam2 faktor yg perlu diconsider, kewangan.... cuti Maria, timing dengan ayam di reban, Farees yg sedang menyusu ibu dan bermacam2 hal lagi. Tapi, bila kita dah berazam nak ke Mekah, satu demi satu Allah permudahkan urusan. Bila niat aja nak ke Mekah, untung ayam Alhamdulillah.... tidak pernah mengecewakan.. Allah dah selesaikan masalah kewangan.... Farees yg sedang menyusu pun menjadi halangan jugak.. Kami terpaksa mencari jalan penyelesaian supaya Farees menyusu ibu sepenuhnya walaupun kami berada di Mekah...

Bila difikirkan masalah ni, Allah jua yg memberi penyelesaiannya. Selepas bersalin, setiap hari, Maria akan pump susu dan susu ni kami simpan dlm peti ais. Memang dah plan dari awal, kena ada stok secukupnya kalau kami nak ke Mekah utk Farees. Kalau tak silap sy, sebelum kami ke Mekah dah ada hampir 120 bekas susu, semuanya stok utk Farees masa kami di Mekah nanti... Dan Allah tu Maha Bijaksana dalam mengatur sesuatu perkara... bila kami menjejakkan kaki di KL, selepas 14 hari... stok susu Farees hanya tinggal 1 bekas saja lagi... Dan Farees minum susu stok terakhir ni semasa kami on the way back from KLIA to Parit Buntar. Dan bila kami sampai aja di rumah, Farees terus menyusu badan balik. Allah Maha Memahami kehendak kita. Kita niat nak make sure Farees fully breastfeed, Alhamdulillah.. Allah makbulkan...

Dari segi date pulak supaya selari dengan ayam sy, Alhamdulillah.. Sy bertemu dengan sebuah Syarikat Agensi yg betul2 besar. Syarikat Andalusia menawarkan pakej umrah hampir setiap hari setiap bulan. Jadi, sy boleh pilih date yg betul2 sesuai dengan ayam sy. So that masa sy pi ke sana, sy boleh elakkan time ayam besar. Dan masa sy ke Mekah, reban ayam sedang di basuh dan bila sy balik ke Malaysia, anak ayam dah berumur 9 hari...

Mekah adalah satu tempat utk sesiapa saja yg ingin mencari ketenangan. Di sana, langsung tak teringat pasal ayam. Pasal ayam di Malaysia, sy serahkan segalanya kepada Allah. Lagipun, sy ada minta staf CP utk tolong datang tengok anak ayam sy masa masuk. Di Mekah, kita hanya fokus utk beribadah kepada Allah... Fokus utk memohon keampunan kepada Allah atas segala dosa2 yg telah kita lakukan... Fokus utk memohon Allah memudahkan segala urusan kita di dunia dan akhirat. Segala2nya... FOKUS KITA HANYA KEPADA ALLAH. Apa yg kita boleh buat utk mendekatkan diri kita dengan Allah...

Di Masjidil Haram, ada tempat yg dinamakan Multazam... Tempat yg paling mustajab utk kita berdoa di atas muka bumi ni.. Berdasarkan pengalaman2 sy berdoa di tempat ni pada ziarah2 sy yg terdahulu.. Hampir kesemua doa-doa sy dimakbulkan Allah.. Alhamdulilah... Dan semasa sy di sana kali ni, ada banyak doa yg sy minta ketika di Multazam... dan Alhamdulillah.. ada yg Allah dah pun 'bayar cash' lepas sy balik dari Mekah ni.. Tak perlulah sy bagi tahu kepada umum apa yg sy doakan.. Cukuplah sy katakan.. berdoa di Multazam... betul2 mustajab.. Itu aja yg sy nak semua reader faham...

Dan sekarang, lepas balik dari Umrah ni... Sy mula berazam utk pergi menunaikan haji pulak. Insya Allah, perancangan sy dlm 2-3 tahun dari sekarang. Sy mungkin akan pergi menggunakan pakej. Dan estimation cost dlm RM20k seorang, so skrg nak kena kumpul RM40k. For me and Maria... So, mulai skrg ni, kena ada allocation utk pergi menunaikan Haji. Cumanya, kena ada perancangan yg rapi dengan ayam, sebab sy akan tinggalkan ayam satu pusingan terus. Kira-kiranya, pergi Mekah ayam belum masuk, balik Mekah ayam dah habis jual. Fuhh... Ini memerlukan perancangan yg betul2 rapi... Tawakkal kepada Allah pada tahap tertinggi ni...

Pada pemerhatian sy, ada juga segolongan jemaah yg pergi menunaikan umrah bersama sy dari golongan yg sederhana pendapatan mereka. Ada makcik2 dan pakcik2 yg sy jumpa mempunyai kewangan yg terhad ketika berada di sana. Tapi mereka sampai juga ke Mekah... Apa yg sy nampak pada mereka ni, kehidupan mereka ada KEBERKATAN. Sebab apa sy kata, mereka ni tak da sumber kewangan yg tetap setiap bulan... Ada yg bekerja sendiri kecil2an.. Tapi mereka DIPILIH Allah utk pergi ke RUMAHNYA... Dan bila sy lihat balik, MASIH RAMAI org Islam di Malaysia yg KAYA, BERHARTA atau boleh dikatakan MEMPUNYAI SUMBER KEWANGAN YG KUKUH... Tapi belum DIPILIH oleh Allah utk kesana. Sama ada belum DIPILIH oleh Allah, atau pun diri sendiri yg memberikan seribu satu alasan utk tidak ke sana....

Percayalah, kalau kita berazam.. Insya Allah, Allah sendiri akan berikan jalannya nanti...

Dan bagi mereka yg belum ke Mekah sama ada menunaikan Haji atau Umrah, bagi sy eloklah kalau pergi menunaikan umrah dulu.. Sekurang2nya.. kita dapat gambaran macam mana yg dikatakan Masjidil Haram... Tempat2 utk tawaf, dan Sai.. Kita juga akan dibawa ke tempat2 penting seperti di Arafah, Muzdalifah dan Mina.. Tempat Melontar dan sebagainya... At least, kalau kita pi Haji nanti, kita dah ada persiapan dari segi ilmu pengetahuan...

Mak mertua sy yg pergi bersama sy kali ni bersyukur kerana Allah memberi kesempatan kepada dia utk pergi menunaikan umrah. Dan skrg baru dia faham dan dia rasa lebih yakin utk pergi menunaikan haji nanti...

Rasanya.. cukuplah dulu utk entry kali ni... Moga apa yg sy tulis dpt memberi manfaat utk kita semua.. Dan sebar2kan lah link ni kepada kawan2 yg rasa boleh mendapat manfaat bersama. Yang baik datangnya dari Allah, dan yg lemah datang dari kelemahan diri sy.. Hakikatnya dari Allah jua... Moga kita sama2 berazam utk membuat PENYUCIAN ROHANI DI TANAH SUCI... Wassalam..

2 ulasan:

  1. Assalam,

    Maha Suci Allah.

    Tawakalallah! Itu lah pegangan kita bagi orang orang islam. Dengan keazaman, usaha dan doa, insya Allah semua nya akan Allah perkenankan sebagaimana apa yang terjadi kepada tuan haji.

    Terima kasih kongsi pengalaman umrah tuan dan keluarga bersama kita semua.

    Semuga di rahmati Allah.

    Jazakaullah

    AJ

    BalasPadam
  2. Mohon doa agar permohonan visa kami diluluskan...ikut jadual kami akan berangkat 27.5.2014 ni...tapi arab saudi dah hadkan tempoh sah visa hanya 15 hari je sekarang, jadinya kelulusan visa kami belum tahu lagi apa keputusannya...moga dipmudahkan Ya Allah...amin...

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top