Assalamualaikum,

Hari ke 2 kami di Madinah, pihak Andalusia membawa kami ziarah ke kawasan2 menarik di sekitar Madinah. Antara tempat menarik dan bersejarah yg dibawa adalah Masjid Quba, Jabal Uhud, Ladang Kurma, Masjid Qiblatain dan Pasar Kurma.

Maria dan Mak dlm bas

Tempat ziarah kami yg pertama. Masjid Quba. Kelebihan Masjid Quba adalah sesiapa yg berwudhuk di rumahnya dan kemudian menunaikan solat sunat 2 rakaat di Masjid Quba, pahalanya sama seperti mengerjakan Umrah. Yg menjadi masalahnya, Mutawif kami tak beritahu kelebihan ni sebelum kami bertolak. Bila bas dah bertolak dan hampir nak sampai ke Masjid Quba, baru dia cakap kelebihan ni. Perghhhh... Alhamdulillah sy tahu fadhilat ni dan dah nasihat jemaah2 yg duduk berhampiran sy dlm bas utk berwudhuk sebelum bas bergerak.

Gambar di luar Masjid Quba

Tempat seterusnya, Jabal Uhud. Tempat dimana berlakunya Perang Uhud. Di belakang Maria dan Mak adalah Maqam Shuhada' Uhud yg berjumlah 70 org termasuk Saidina Hamzah. Semasa Perang Uhud, tentera musuh diketuai Khalid Bin Al Walid yg belum masuk Islam.

Perkuburan Shuhada' Uhud

Di belakang adalah gambar Jabal Qubis. Tempat berlakunya Peperangan Uhud. Di sinilah tentera Islam disuruh untuk tidak meninggalkan bukit ni, tapi mereka turun juga bukit ni setelah melihat ramai tentera musuh yg terkorban. Dan pada masa itu jugak lah, Khalid Bin Al Walid memimpin tentera musuh dan menaiki Jabal Qubis ni dan menyerang tentera Islam dari atas. Pada masa ini, ramai tentera Islam yg terbunuh dan hampir hampir tewas. Di sini jugalah, semasa berperang Rasulullah mengalami luka dan berdarah. Rasulullah kemudian berehat sebentar di dalam sebuah gua. Darah Baginda terkena sedikit pada batu dlm gua ini. Dan kesannya, sehingga hari ini, seluruh gua itu berbau wangi. Subhanallah..

Jabal Uhud di belakang kami.

Next station, kami di bawa ke Ladang Kurma. Nama aja ladang Kurma, tapi sebenarnya kedai yg jual kurma dan barang2 berkaitan kurma... Maria tengah pilih coklat kurma. Kita org tak beli pun, Mak aja yg beli. Mahal sangat, sekilo 40 Riyal.

Lagi gambar di kedai di ladang kurma.

Tempat ziarah kami yg seterusnya adalah Masjid Qiblatain. Di sinilah bermulanya sejarah utk umat Islam menunaikan solat berkiblatkan kaabah. Sebelum ini, Rasulullah menunaikan solat dan berkiblatkan Masjidil Aqsa. Semasa Baginda sedang menunaikan solat Zuhur, pada dua rakaat pertama, Baginda berkiblatkan Masjidil Aqsa dan kemudian Baginda mendapat wahyu daripada Allah utk menukar arah kiblat ke arah Kaabah. Di sinilah sejarah bermula. Direction Masjidil Aqsa dan Masjidil Haram adalah 180 Degree.

Masjid Qiblatain dari luar.

Alamak.. lupa pulak nak ambil gambar di Pasar Kurma. Gambar atas adalah gambar2 kedai yg kami pi shopping on the last day. Nak habiskan duit riyal..

Mak tengah tengok2 kain... Pilih mak pilih....

Mak dan Maria tengok jubah pulak.

Bazar ni terletak di hadapan Masjid Nabawi. Secara amnya, sy advisekan jemaah utk bershopping di Madinah berbanding shopping di Mekah. Sebabnya di Madinah lebih banyak kedai dan lebih banyak barang pada harga yg lebih murah. Di Mekah pulak, kita fokus dengan ibadah tawaf, solat sunat dan sebagainya kerana pahala ibadah di Mekah adalah lebih besar...
.
Rasanya, cukup lah dulu entry kali ni. Next entry rasanya dah nak balik Mesia... Uhuks....
.
Wassalam

2 comments:

  1. Assalam,

    Menariknya sejarah yang tuan haji kongsikan.

    Syukran

    ReplyDelete
  2. Slm...sedikit pembetulan. Jabal yg berhampiran Jabal Uhud bukanlah Jabal Qubais tetapi namanya ialah Jabal Ruman. Jabal Qubais terletak berhampirn Masjidil Haram di Mekah.Wallahualam.

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top