Assalamualaikum,

Insya Allah, mlm ni ayam habis. Skrg dlm reban ada lagi 500 ekor. Petang tadi dah 2 lori keluar, total yg keluar tadi 3400 ekor. Tengok2 dlm reban ada banyak ayam lagi. Sy call CP dan CP dengan pantasnya adjust lori masuk hari ni jugak utk clearkan ayam sy.

Ayam di EP11 dah habis di jual. Berat purata ayam hanya 2.23kg. Mortality 1.8%. FCR 1.55. Dlm sejarah sy ternak ayam, sy tak pernah dpt FCR serendah ni. My best performance before this pun FCR 1.63. Tapi kali ni FCR betul2 rendah. Alhamdulillah, keuntungan di reban EP11 kali ni memberangsangkan. My friend, Leong Chee Choy must be happy with this performance. As he is the MASTER SIFU...

Ayam di reban EP07 pulak berat not bad... Cumanya, selagi tak habis ayam.. Malas nak ckp lebih2... Insya Allah, esok dah boleh tau keputusan kot.... Harap2 untung kali ni ok...

Lepas ni, proses jual baja tahi ayam pulak... Ntah dari mana, tiba2 org berebut pulak nak beli baja tahi ayam. Selalu jadi macam ni, last2 minit tiba2 ada org yg nak beli... Mungkin sebab sy offer harga kot... Sebelum ni dok jual mahal, tapi bila jual murah ni.. Ramai pulak yg dulu tak mau skrg dah mau.. Tak pa la, asalkan baja tahi ayam ni habis dah la. Sy meniaga ayam, bukan meniaga tahi ayam..

Oklah.. Wassalam

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top