Assalamualaikum,

Hari Jumaat, 16 April jemaah kami semua di bawa menaiki bas sewa utk kami mengerjakan umrah. Bas membawa kami ke Tanaim. Tempat Miqat yg paling dekat dengan Tanah Haram. Jarak Tanaim dari Masjidil Haram adalah lebih kurang 6 km. Tapi disebabkan jalan yg agak jamm, perjalanan sehala mengambil masa hampir 20-30 minit.

Kami bergambar di luar hotel tempat menunggu bas. Background belakang adalah gambar hotel2 baru yg sedang dibina.
Maria dan Mak dlm bas menuju ke Tanaim

Pintu masuk utama Masjid Tanaim

Maria dan Mak bergambar di hadapan masjid


Gambar Masjid Tanaim dari luar

Selesai berniat di Tanaim, bas bertolak menuju ke Masjidil Haram. Kami terus memulakan tawaf. Jam waktu ni sekitar 8.30 pagi. Selesai tawaf, kami bergambar dihadapan kaabah sebelum menuju ke Bukit Safa utk Sai.

Sy pun ambil gambar gak. Gambar ni berhampiran Multazam, membelakangkan pintu kaabah dan menuju ke tempat Sai

Sy dan Mak di Bukit Safa. Dulu batu batu bukit ni boleh dipijak, tapi sekarang dah ada pagar. So, jemaah skrg dah tak leh nak pijak batu di Bukit Safa.

Ni gambar dari bawah Bukit Safa. Pemandangan ke atas. FYI, Sai skrg dah boleh dibuat dlm 4 tingkat, tapi skrg ni Sai hanya di buka utk 2 tingkat. Hanya musim haji semua tingkat akan di buka.

Ni gambar batu2 di Bukit Safa..

Terus menunaikan ibadah Sai.

Habis Sai, sy bertahlul. Kali ni sy membotakkan kepala... Sekali botak di kedai, tak sampai 5 minit pun, tapi kena bayar 10 Riyal....
.
Alhamdulillah, selesai ibadah umrah sy yg kedua.. Masa selesai umrah tu, jam dlm pukul 10 pagi dan sy balik ke hotel utk berehat... Sebelum kembali ke Masjid utk menunaikan solat Jumaat...
.
Bersambung nanti. Wassalam....

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top